Jangan Putus Asa Kalau Anak Lembam, Ibu Ayah Perlu Usaha Cungkil Bakat Terpendam Mereka!

Memiliki anak lembam bukan tanda sudah berkahir segalanya. Ia permulaan untuk anda teroka benada baharu demi masa depan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai yang menyangka, anak lembam tidak punya masa depan. Malah anak-anak ini sering dinafikan hak mereka hanya kerana mereka lembam atau slow learner.

Lebih menyedihkan, anak-anak ini seolah-olah ‘tersimpan’ begitu saja sedangkan ada daripada mereka yang sangat hebat dalam bidang seni dan sebagainya.

Ada juga anak-anak ini yang hebat dalam bidang seni muzik atau seni halus. Jadi usahlah pandang rendah pada kebolehan mereka walaupun mereka agak terkebelakang dari segi pelajaran.

Lembam bukan tanda masa depan anak gelap, ibu ayah harus usaha cungkil bakat

Setiap daripada manusia ada keistimewaan masing-masing. Jadi tidak kiralah lembam atau sebaliknya. Apa yang perlu ibu ayah buat adalah bantu mereka dengan sehabis baik.

Cungkil bakat yang ada pada anak. Tidak semestinya tidak hebat dalam akademik hidup anak istimewa anda berkakhir. Ada banyak kemahiran boleh kita ajar pada mereka mengikut minat dan keupayaan mereka.

5 perkara mengenai anak lembam yang perlu anda tahu

Menurut Ina Iryanti Zainal, beliau yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan: Pendidikan Awal Kanak-kanak, berkata ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan-tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju atau menyerlah dalam pelajarannya.

Punca-punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi dan punca psikososial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).

Kadar plumbum yang tinggi dalam darah boleh wujudkan masalah pembelajaran

Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah ( lead poisoning ) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran.

Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran.

Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Punca yang boleh menjadikan anak lembam

#1. Kurang perhatian ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca.

#2. Masalah lemah pengamatan

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran.

Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Lemah ingatan

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis.

Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Tips Pemakanan Tambah Berat Anak Mengikut Pakar Kanak-Kanak

Baca juga: 6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk

Baca juga: 4 Resepi Masakan Berpantang Yang Baik Untuk Rangsang Imuniti Ibu Lepas Bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar