Anak Setahun Makan Durian Selamba, Tak Kerut Dahi Atau Pandang Kiri Kanan Langsung!

Anak makan durian dengan bersahaja padahal baru berusia setahun. Aksinya yang comel pasti mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali tiba musim durian, penggemar raja buah pasti tak sabar menikmati pelbagai jenis durian. Bukan sahaja orang dewasa, anak makan durian juga turut tidak terkecuali malah ada yang sanggup terbang ke Malaysia hanya untuk merasai keenakan buah berprestij itu.

Anak Baru Setahun Dah Makan Durian Musang King

Anak kacukan Asia-Eropah ini benar-benar mencuri tumpuan! Baru berusia setahun, dah pandai makan durian Musang King dengan gaya bersahaja dan penuh selera.

Aksi Skyla yang dimuat naik di Tiktok oleh ibunya,  seorang wanita dari Ukraine yang menetap di Singapura, @ninamonzolevska raja buah ini dilihat seromok menikmati durian telah mencuri perhatian ramai.

Percaya atau tidak, si kecil ini juga menikmati durian seperti seorang professional. Malah, dia siap mengambil beberapa ulas durian untuk ‘bekalan’ dirinya sendiri. Sangat comel!

Anak Makan Durian Siap Jilat Jari

Dalam video tersebut, Skyla kelihatan tidak mempunyai masalah untuk menghabiskan tiga ulas durian Musang King. Bukan itu sahaja, dia malah menjilat biji durian terakhir bagi memastikan semua isi sudah bersih dari jari-jemari kecilnya.

Bayangkan, si kecil ini sudah pandai makan durian seperti orang dewasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu Skyla, Nina, yang juga seorang model, berkata bahawa durian Musang King tersebut adalah durian yang paling sedap yang pernah dia cuba.

Dan kerana Skyla terlalu menyukainya, mereka pun membeli sebiji lagi durian selepas itu.

Ramai Takut Perut Anak Kecil Meragam

Video ini tular dengan lebih daripada 1.5 juta tontonan dengan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Ada yang teruja melihat keberanian Skyla, malah ada yang membandingkannya dengan kanak-kanak lain yang mungkin lari bila melihat durian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Warganet mencadangkan Nina mencuba jenis durian lain seperti Udang Merah atau Black Thorn, yang terkenal dengan keunikan rasa masing-masing.

Setiap jenis durian ada keistimewaan tersendiri dengan rasa yang berbeza.

Namun begitu, tak semua yang selesa menonton video ini. Ada yang bimbang melihat Skyla, yang baru berusia setahun, sudah menikmati durian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maklumlah, durian dikatakan ‘panas’, risau pula si kecil jatuh sakit.

@ninamonzolevska Join the all-you-can-eat durian buffet at FairPrice Extra @ AMK Hub from July 26th to 28th @FairPrice SG #durianbuffet #durianbuffetsg ♬ Nice and Easy – Louis Adrien

Boleh Ke Kanak-Kanak  Umur Setahun Makan Durian

Tak perlu risau! Menurut pakar pemakanan, Dr. Amalina Mohd Daud pernah menjelaskan bahawa kanak-kanak berusia setahun ke atas boleh makan durian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, bayi seawal enam bulan juga boleh mencubanya, dengan syarat diperkenalkan secara beransur-ansur dan dalam kuantiti kecil.

Namun, ibu bapa perlu berhati-hati kerana durian mengandungi kadar gula dan garam yang agak tinggi.

Jadi, jika anda ibu bapa yang ingin memperkenalkan durian kepada anak kecil, teruskan sahaja!

Pastikan anda memantau dan mengawal pengambilan supaya kesihatan si manja terjaga sambil menikmati keenakan durian. Bukan kita sahaja yang terliur, anak kecil pun sama tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: JANGAN lakukan perkara ini jika ibu nak buat atau beri makanan bayi

Baca juga: Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

Baca juga: Bukan Semua Kena Kongsi, Sesekali Ajar Anak ‘Kedekut’ Untuk Hak Mereka Tak Salah Pun!

Penulis

Noorhidayah