X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

4 min bacaan
Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

Ada caranya untuk tenang anak ketika naik pesawat pada usia mereka masih kecil lagi. Ibu ayah boleh buat kaedah ini sebelum penerbangan.

Baru-baru ini kecoh tentang kes pasangan ibu bapa mendakwa menerima layanan buruk daripada sebuah syarikat penerbangan terbaru Malaysia, MYAirlines apabila anak mereka berusia 2 tahun 5 hari tidak mahu duduk di kerusinya ketika pesawat mahu berlepas sehingga telah menyebabkan sedikit kelewatan. Di dalam artikel ini, ibu bapa di luar sana akan dapat mengetahui beberapa cara untuk buat anak tenang sebelum dan semasa penerbangan.

Menerusi entri yang muat naik pengguna Facebook, Maryam Jamadi berkongsi tentang strategi untuk ibu ayah yang mahu menaiki penerbangan dengan anak kecil untuk mengelakkan daripada berlakunya drama meragam:

1. Dedahkan anak dengan kapal terbang

Dua minggu sebelum naik pesawat, tunjuk video vlog atau pun dokumentari tentang kapal terbang supaya anak dapat gambaran semasa naik nanti. Video sebenar atau realiti, bukan kartun. Ingatkan anak yang dia kena duduk kerusi dia nanti untuk keselamatan. Perkara ini perlu diingatkan banyak kali kepada anak.

2. Jangan terlalu penat

Anak umur 2 tahun sememangnya tengah fasa banyak tantrum, beza nangis biasa dan nangis tantrum ialah bila nangis tantrum anak nangis tidak buka mata. Bila nangis tantrum memang agak susah dan lama nak tenangkan dia. Jadi, sebelum naik pesawat pastikan anak dalam keadaan tenang untuk elak dia jadi “overstimulated”. Jika anak menyusu badan, pastikan anak menyusu sebelum naik pesawat.

Tidak perlu berebut-rebut nak masuk pesawat cepat sebab nanti kena beratur lama juga sebelum duduk. Duduk relaks dahulu, jadi orang terakhir masuk pesawat. Biasanya orang bagi cadangan biar anak penat supaya dia tidur dalam pesawat tetapi bagi Maryam, kalau anak penat sangat lagilah anak mudah “overstimulated” dan tantrum.

3. Bawa mainan baru dan lama

Cara seterusnya untuk tenang anak adalah wajib sediakan mainan baru dan lama. Mainan yang biasa dia main di rumah untuk berikan anak perasaan selamat (terutamanya anak jenis sensitif). Mainan baru pula untuk alihkan perhatian anak. Keluarkan satu-satu mainan, jangan terus longgok semua mainan depan dia. Jika anak dah bosan 1 mainan, simpan dan beri mainan lain.

Seterusnya ulang-ulang sampai anak dah bosan baru kenalkan dengan mainan baru. Kena ada “senjata rahsia” iaitu mainan atau objek yang dia suka. Bawa juga kertas/buku kecil dan pensil warna, boleh main lukis-lukis sekali. Tambahan dari ruang komen: Buku sticker

3. Snek kegemaran

Bawa snek yang bersaiz kecil dan kurang kenyang supaya anak boleh makan lama. Melainkan anak memang lapar. Menurut Maryam lagi dia suka membawa snek “sunflower seed”, Pocky, kismis dan “cereal” kerana ia boleh alihkan perhatian anak lama sikit.

Snek pun sebolehnya jangan keluarkan semua, beri satu demi satu ikut turutan snek yang kurang sedap ke lebih sedap. Gula-gula atau keropok seeloknya simpan sehingga ke usaha terakhir.

4. Tempat duduk

Beri anak pilih tempat duduk supaya dia ada perasaan konsep kepunyaan. Terus dudukkan anak dekat kerusi dia, jangan duduk-duduk terus peluk nanti susah nak lepas.

Jika anak nampak resah, terus menyusukan anak semasa duduk. Kalau anak 2 tahun, sepatutnya masa menyusu dah tak lama. Dalam 10-15 minit cukup sementara tunggu penumpang lain masuk dan duduk.

5. Jaga emosi kita

Bila anak menangis, peluk anak dari tepi dan pegang tangan anak. Yang paling penting, ibu ayah kena kekal tenang sebab anak dapat “baca” emosi kita. Elak marah atau terlampau empati sangat dengan anak nanti makin lambat dia nak tenangkan diri.

Diam lebih baik sebenarnya jika emosi kita pun ke laut waktu ini. Apa-apa pun, anak-anak bila travel yang penting nak kena pastikan dia cukup tidur, cukup makan, cukup susu, cukup main dan cukup peluk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana yang ingin kembara menaiki kapal terbang bersama anak kecil yang sudah perlu duduk di kerusi kapal terbang mereka sendiri.

Facebook Maryam Jamadi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami

Baca juga: Budak Kecil Usia 2 Tahun Meragam Tidak Mahu Duduk Di Kerusi Ketika Pesawat Ingin Berlepas, Ibu Ayah Kecewa Dengan Tindakan Kru Kapal Tidak Bertoleransi

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba! 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham