Kalau ikut logiknya, budak kecil berusia 2 tahun sudah pastinya masih berada di dalam fasa membesar dan mudah meragam jika terdapat sebarang perubahan terhadap persekitarannya. Tular di media sosial tentang seorang budak kecil yang tidak mahu duduk di kerusinya sambil dipakaikan tali pinggang keledar ketika di dalam pesawat untuk penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur baru-baru ini menaiki MYAirlines, syarikat penerbangan terbaru.
Menerusi sebuah perkongsian oleh bapa kepada budak kecil tersebut di Facebook, Fear Dawooz, menceritakan insiden yang berlaku di dalam penerbangannya baru-baru ini dengan syarikat tersebut yang sehinggakan mengalami kelewatan dan mereka sekeluarga hampir dihalau keluar daripada pesawat.
Bapa kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap syarikat penerbangan MYAirlines berikutan cara kru kapal di dalam penerbangannya itu menguruskan masalah yang dialaminya pada ketika itu. Fear Dawooz mengatakan yang mana pada awal lagi, ketika dia mahu mencetak pas masuk pesawat sudah terjadinya insiden-insiden yang agak menyusahkan bagi penumpang tersebut.
“Insiden bermula dari Airport Langkawi. Aku dah buat web check in sehari sebelum disebabkan flight balik tak open lagi sebelum aku datang ke Langkawi (21 May 2023). Aku pernah di SOUND oleh Ground Staff My Airline di KLIA2 masa flight ke KBR.
Diorang suruh print boarding pass sebab diorang tak terima e-boarding pass kalau lebih dari 1 orang dalam 1 phone, katanya 1 phone 1 boarding pass, walhal boarding pass yang lain tu anak-anak & wife aku (yang tengah handle anak bongsu umur 2 tahun dalam stroller) bukannya trip sekolah! So untuk mengelakkan masalah yang terjadi seperti sebelum ni, aku pun decide untuk print boarding pass sebelum board.
My Airline takde kiosk macam A** Asia, nak print kena lah pergi ke kaunter check in. Maka aku pun pergi ke kaunter tersebut macam yang aku pernah buat di Airport lain sebelum ni. Cuma kali ni, staff diorang bagi instruction lain sikit. Dia cakap “abang nak print boarding pass, kena bawak semua luggage & owner boarding pass sekali”.
Aku dah pelik masa tu sebab aku just nak reprint boarding pass, so just bawak ID yang berkenaan jela, kenapa nak bawak bag semua??? Tapi aku diam je dan heret anak bini dan luggage bawak ke kaunter. Sampai di kaunter, staff cakap, “kapal kita full encik, so untuk elakkan overload, encik kena check in semua luggage. Minimum kita ada 15kg for RM90”.
Aku pun terkejut dan cakap dengan dia, aku taknak check in, aku just nak print boarding pass, tapi dia teruskan memaksa. Siap suruh timbang satu2 bag kitorang dan malangnya semua bag comply dengan berat hand carry allowance dan diorang tak boleh nak cari point. Punya lah tak puas hati, sampai ada staff di kaunter boleh keluar soalan “ni cabin size ke?”. Korang hari-hari menghadap luggage, takkan tak boleh beza size cabin ke tak kan “😂”.
So, disebabkan dia tak boleh nak pusing cerita lagi, dia pun bagi boarding passes kitorang dengan muka yang paling kelat dia boleh buat. Maka aku pun heret semula keluar anak bini luggage dari kaunter tu.
Jelasnya, staff yang bertugas di kaunter kemasukan penumpang telah memberikan kesukaran buatnya yang mempunyai anak kecil. Ia seakannya memberikan gambaran bahawa syarikat penerbangan tersebut bukanlah satu pilihan terbaik untuk keluarga yang mempunyai budak kecil kerana dari awal sebelum penerbangan lagi staffnya tidak memberikan kerjasama yang baik dalam melancarkan perjalanan penumpangnya.
Bahkan, Fear Dawooz turut mendedahkan tentang kelewatan pesawat yang mana sehinggakan penerbangannya ditukar waktu sebanyak dua kali, malah staff di kaunter tersebut juga tidak memaklumkan kepadanya sedangkan ia adalah tugas mereka untuk memaklumkan kepada penumpang sekiranya ada perubahan waktu perlepasan.
Bukan itu sahaja, satu lagi kesukaran yang dialaminya adalah apabila staff syarikat penerbangan tersebut telah memberikan layanan tidak memuaskan apabila dia cuba memaksa keluarga itu untuk membeli khidmat check-in beg dengan harga bermula RM90 serendah 15kg sedangkan saiz bagasi yang penumpang tersebut bawa tidak melebihi saiz kapasiti untuk dibawa naik ke ruang penyimpanan di atas, dengan alasan yang pesawat tersebut ‘full flights’. Jika difikirkan logiknya, insiden sebegini sepatutnya pihak syarikat yang perlu memberikan khidmat tersebut secara percuma kerana insiden begitu di luar kawalan penumpang.
Lagi mengecewakan adalah apabila insiden yang berlaku terhadap anak kecilnya ketika di dalam pesawat sewaktu ingin berlepas.
“Sampai masa untuk boarding, proses semuanya lancar sampai lah kitorang masuk ke dalam pesawat. Tiba time untuk cabin crew check semua passenger, salah sorang tanya dekat wife aku, ”anak puan ada seat ke?”. Wife aku pun reply “ada. Tapi boleh tak u bagi infant punya belt sbb anak I menyusu badan n takut dia tak boleh duduk diam dekat seat dia sbb dia baru 2 tahun”. Maka dia pun refer pada crew leader dan datang semula bagitau “tak boleh puan, 2 tahun ke atas kena duduk di seat”. So kitorang pun okay, takpelah dah diorang taknak bag (padahal masa flight datang KUL-LGK diorang bagi je sebab anak aku baru 2 TAHUN 5 HARI).
Pesawat dah mula bergerak, wife aku start dudukkan anak aku dekat seat dan pakaikan seatbelt, maka anak aku start menangis dan meronta-ronta. Dia bangun dan duduk dekat wife aku. Cabin crew tadi datang semula dan remind untuk suruh anak aku duduk. HANYA remind sahaja tanpa bertanya anak aku okay ke sebab masa tu anak aku menangis teruk sebab baru je bulan lepas naik flight duduk dengan emaknya, tiba-tiba kali ni kena duduk sendiri.
So lagi sekali, aku pula yang mintak benda yang sama i.e infant belt aka seat belt extender yang diorang ada iklankan dekat page diorang baru-baru ni. Menyedihkan, diorang tetap taknak bagi. Wife aku cakap, “bagi la belt tu, at least anak I diam kalau duduk dengan I dan safety pun comply sbb dia baru je masuk 2 tahun. Untuk take off dan landing je. Masa fly nanti dia okay boleh duduk seat dia”. Sadly, diorang tetap taknak bagi dan dia keep repeating “this is our policy”.
Penumpang bernama Fear Dawwoz ini meluahkan rasa tertekannya apabila insiden di dalam pesawat itu berlaku kerana sepatutnya toleransi boleh dicapai dalam melancarkan perjalanan pesawat tersebut tanpa membuang lebih banyak masa. Malah, ketua anak kapal di dalam penerbangan itu juga dikhabarkan bersifat cukup tidak bertimbang rasa terhadap situasi yang dialaminya itu.
Bayangkan dengan anak aku menangis non stop dekat 20 minit berhingus-hingus sebelum take off, diorang teruskan briefing tanpa pedulikan apa jadi dekat anak aku. Perasaan tertekan tu tak payah cakap la, korang yang ada anak kecil mesti faham kan. Nak pasang seatbelt dekat car seat pun struggle, inikan nak suruh duduk diam dekat airplane seat dengan seat belt 20 minit, korang rasa?
Aku malas nak argue dengan policy bodoh yang diorang buat tu, aku cakap dekat wife takpe, kita cuba je buat anak duduk guna seat dia. Sampai lah masa kapal nak take off, anak aku still menangis n berdiri atas seat sebab taknak kena ikat. Dah letak elok, dia bangun meronta-ronta.
Kali ni, chief’s cabin crew sendiri datang dan cakap “encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off” dengan nada yang agak keras macam takde apa-apa yang berlaku. Aku pun balas, “bukan saya sengaja, anak saya kecik lagi, kena ambil masa lah. U pun tengok sendiri kan? Sebab tu I mintak u bagi infant belt tapi u tak nak bagi”. Lagi sekali, dia ulang policy bodoh dia dan berkeras suruh anak aku duduk immediately. Ikut hati memang aku dah berangin sangat n nak je jerit kat muka dia, tapi disebabkan keimanan yang tinggi, dan kepercayaan yang sangat kuat kalau kita sabar, Allah sayang kita, maka aku tanya dia “sekarang nak buat macamana, anak I taknak duduk diam dekat seat dia. So macamana?” Guess what, dengan sombong dan angkuhnya dia balas “YOU HAVE TO! WHAT EVER IT TAKES”. Hebat kan jawapan dia?
Sambungnya lagi situasi tersebut bertambah memalukan apabila ketua anak kapal memaklumkan kepada kapten kapal sehinggakan kapten kapal membuat pengumuman meminta penumpang dibarisan tempat duduknya, merujuk kepada budak kecil 2 tahun tersebut untuk duduk supaya pesawat boleh berlepas, dan ia tidak dipatuhi, mereka boleh dihalau keluar dari pesawat tersebut.
Sememangnya situasi sebegini cukup memalukan dan menyusahkan tidak hanya bagi keluarga dengan budak kecil sebegini, malah juga buat penumpang lain. Sebaliknya situasi sebegini sepatutnya dikendalikan dengan cara yang profesional, bertolak ansur,
bertoleransi dan yang paling penting memudahkan
perjalanan tersebut untuk semua orang dengan selamat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Travel Hacks : Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu!
Baca juga: Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami
Baca juga: Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!