TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia, Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi!

4 min bacaan
Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia, Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi!

Habit yang perlu dibuang selepas berkahwin, ini yang anda perlu tahu. Elakkan laku 5 tabiat ini untuk rumah tangga kekal bahagia.

Bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan. Baik si suami atau pun isteri, dua-dua perlu memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga. 

Suami tidak boleh sepenuhnya mengharapkan isteri dan begitu jugalah isteri tidak boleh 100 mengharapkan suami.

Setiap manusia memang mempunyai tabiat atau habit mereka sendiri. Sebelum berkahwin, anda duduk sendiri atau bersama keluarga memang biasa melakukan apa yang anda biasa lakukan. Dan benda ‘biasa’ itu sukar untuk anda atau keluarga sedari. 

Namun apabila sudah berkahwin, percayalah, pasangan anda akan menangkap apa habit anda serta merta, sekiranya tidak dibuang!

Apa habit itu? Adakah teruk sangat sehingga boleh menggugat rumah tangga anda? Mungkin. 

5 habit yang perlu dibuang apabila berkahwin

Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia, Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi!

#1. Tidak mengendahkan panggilan

Selalu bila anda membuat kerja atau ralit dengan sesuatu, apabila ada panggilan baik dari rakan atau keluarga sendiri, anda selalu melambat-lambatkan reaksi. Percaya atau tidak habit ini sangat sering dibawa pasangan berkahwin. Ia bukan sahaja tidak bagus dalam satu perhubungan malah ia akan memberi contoh yang tidak baik apabila anda punyai anak kelak. Respon kepada pasangan setiap kali mereka bercakap dengan anda, beri reaksi secepat mungkin dan jangan lengahkan apabila mereka minta pertolongan. Habit ini dipercayai juga boleh terjadi apabila anda sudah lama berkahwin. Ya, pasangan yang berkahwin lama juga tidak terkecuali. Mungkin pada awalnya anda tiada habit ini, namun apabila sudah terbiasa dengan pasangan selepas beberapa tahun berkahwin, anda mulai biasa dengan tabiat ini. Hati-hati ya. 

#2. Suka letak barang merata

habit

Ini ‘bad habit’ paling menjengkelkan, awal-awal tu mungkin rasa lucu tengok suami tercari-cari barang kepunyaan seperti kaca mata, dompet, atau stoking. Tapi lama-kelamaan si isteri dah jadi macam kaunter pertanyaan dan detektif pula setiap kali nak keluar ditanya mana itu mana ini. Sudahlah letak barang merata, pelupa pula tu. Nak-nak pula sejenis yang bersepah juga, baju lepas dipakai diletak atas katil, di depan pintu toilet, atas lantai dan sebagainya. Memang menguji kesabaran! Jadi suami atau isteri jika ada tabiat ini silalah menjadi orang yang lebih sensitif ya. Kena buang sifat sambil lewa tu, jadi lebih peka, pengemas barulah pasangan sayang. 

#3. Pemalas & suka bangun lambat

habit

Dua tabiat ini saling berkait, bukanlah nak kata asal bangun lewat saja pemalas, dan asal pemalas saja mesti bangun lewat. Tapi kebiasaannya begitulah orang akan label anda. “Anak dara bangun lewat tu pemalas nanti tiada siapa nak kahwin dengan kamu,” biasa dengar tak? Ha, begitulah kalau dah kahwin, isteri bangun lewat atau suami bangun lewat, mesti mertua label kamu si pemalas. Tak mahu bukan? Be a morning person, tak rugi pun. Malah hari-hari anda akan lebih tersusun dan anda boleh ambil masa untuk mulakan hari anda, lantas jadi lebih bersemangat. Tiada siapa kan yang akan menganggap orang suka bangun pagi ni pemalas? Betul tak?

#4. Suka kentut kuat-kuat

Ini lebih kepada si suami, walaupun mungkin ada isteri-isteri yang suka kentut merata dan kuat. Tapi kali ini kita fokus pada suami dulu ya. Percayalah setiap gas yang dilepaskan macam bom itu, sekuat bunyinya, begitu jugalah kuatnya perasaan geram seorang isteri yang mendengarnya. Malah ia menjadi contoh tak berapa baik untuk anak-anak. Nanti anak-anak akan ikut si bapa kentut dengan kuat apabila di tempat awam. Malu tau. Pernah terjadi satu kes mahkamah ya akibat suami kuat kentut, tak percaya boleh Google! Bukan tidak boleh kentut di depan pasangan, malah ia boleh membuktikan bahawa anda selesa dengan pasangan. Namun apabila terlalu kerap, dan seperti sengaja, kalau boleh elakkanlah. Kita tak tahu, mungkin pasangan kita menghadapi hari yang buruk, ditambahkan pula dengan dentuman kentut, tentu saja menyirap bila mendengarnya. Respeklah pasangan anda ya. 

#5. Cepat marah

Baiklah kali ini untuk kaum hawa pula. Isteri-isteri yang manja, yang terutama sekali anak bongsu sudah biasa hidup bersama keluarga, anda mesti seorang yang cepat merajuk dan marah kan? Bukan apa, itu adalah lumrah personaliti seorang anak bongsu. Tapi bila dan berkahwin perlulah cover sikit perangai tu. Elakkan cepat marah sekiranya benda tidak menjadi seperti apa yang anda mahu. Jangan cepat merajuk, dan mengharapkan pasangan sentiasa kena pujuk. Selalunya sikap ini akan pudar mengikut usia, tapi kalau makin menjadi-jadi tu pandai-pandailah control ya. Ada orang cakap makin tua makin kuat merajuk, mesti anda tak mahu jadi orang tua yang kuat merajuk kan?

Baca juga: Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel, Kenapa?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia, Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham