(Video) Budak 2 Tahun Tidak Kekok Di Dapur, Sudah Pandai Masak Nasi Kerabu & Ayam Goreng!

Setiap anak pasti memiliki kelebihan masing-masing. Bagaimana pula jika anak memiliki hobi memasak? justeru ibu ayah perlu mempraktikkan cara mudah ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang memiliki anak kecil, pastinya berhadapan dengan pengurusan masa kritikal kerana perlu memberi fokus terhadap tuntutan kerjaya dan dalam pada masa sama mencurahkan kasih sayang kepada mereka. Ketika si manja semakin membesar, sedarkah ibu ayah bahawa anda perlu melibatkan mereka untuk melakukan tugasan rumah termasuklah anak memasak di dapur?

Anak memasak di rumah dengan mudah

Baik anak lelaki mahupun perempuan, anda sebenarnya perlu melatih mereka dari awal agar sudah terbiasa untuk berdisiplin.

Mendapat ribuan tanda suka dan perkongsian di media sosial, kanak-kanak perempuan cilik ini mendapat perhatian daripada netizen dengan gelagat comelnya ketika di dapur.

Dengan mencuba pelbagai panduan resepi termasuklah cara memasak oleh Instafamous, Khairul Aming, anak perempuan kepada Shafieq Ahsraf Sharif yang berusia 2 tahun ini sudah mula menunjukkan minat memasak.

Perkongsian ayahnya berjaya meraih perhatian ramai setelah dia memuat naik video memasak dalam salah sebuah group memasak di Facebook. Tapi video itu juga dimuatnaik di laman sosial TikTok!

https://www.tiktok.com/@sosaranatasha/video/6829962157229182210?is_from_webapp=v1

Rata-rata pengguna kagum dengan bakat dan kemahiran yang ditonjolkan melalui video tersebut kerana usia baru setahun jagung, sudah memiliki minat memasak serta rajin di dapur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panduan membiasakan diri anak untuk masuk dapur

Masa terbaik untuk anda melalui kenangan manis bersama anak-anak adalah dengan pelbagai aktiviti termasuklah mengajar mereka memasak.

Alam kanak-kanak sentiasa dipenuhi oleh pelbagai perkara baharu yang menyeronokkan. Selain menjadi proses pembelajaran, ia adalah cara untuk mendidik si manja akan pelbagai nilai murni dalam kehidupan agar menjadi anak berjaya.

Justeru tidak kira anak lelaki mahupun perempuan, mereka perlu diajar untuk melakukan tugasan rumah termasuklah bahagian dapur agar tidak menjadi ‘raja’ apabila dewasa nanti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara panduan keselamatan yang boleh anda lakukan ialah:

#1. Melakukan pemantauan

Pemantauan berterusan perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan anak tidak kiralah mereka sudah mahir di dapur ataupun tidak. Sentiasalah memerhatikan setiap gerak geri anak memasak di dapur.

Berikan penjelasan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jangan lupa untuk mengatakan kesan sekiranya mereka ingkar. Tegur dengan segera sekiranya anak ada melakukan kesilapan seperti potong sayur dengan betul, tidak melakukan sepah dan membuang sampah ke dalam bakul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Tetapkan beberapa peraturan

Gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami tentang aspek keselamatan ketika di dapur ketika anda berkomunikasi dengan si manja.

Sekiranya mereka tidak boleh mengikuti peraturan dan enggan mendengar cakap. ini bermakna dia masih belum bersedia untuk bersama ibu ayah di dapur.

#3. Nilaikan kelayakan

Tidak semua anak kecil boleh dibenarkan berlegar dengan bebas di dapur, lebih-lebih lagi ketika ibu sedang memasak.

Justeru anda perlu menilai sendiri sejauh mana anak boleh melibatkan diri dengan aktiviti memasak bersama. Sekiranya dia masih terlalu kecil, pastinya sukar untuk dipantau dan tidak betah duduk diam. Adalah lebih baik menjauhkan dia daripada ruang dapur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Beri tugasan bersesuaian dengan usia

Sekiranya anda mahu memberikan sebarang tugasan kepadanya, lihat dahulu sejauh mana kemampuan diri dan kebolehan anak.

Jika mereka rendah daripada ketinggian dapur dan masih belum pandai menggunakan senduk, usahlah meminta anak membantu mengacau sup di dapur.

#5. Sesuaikan waktu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan semua waktu memasak sesuai dilakukan bersama anak kecil, lebih-lebih lagi jika anda berada dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Situasi ini mungkin menyebabkan ibu ayah sukar memantau pergerakan anak. Ingat, sekelip mata keadaan yang selamat boleh meragut nyawa.

Anak akan terdedah untuk melakukan kesilapan yang boleh mendatangkan risiko kecederaan terhadap dirinya. Oleh itu pastikan suasana dapur dalam keadaan selesa semasa si kecil membantu ibu di dapur.

Sekiranya anak baru belajar menggunakan perkakasan dapur atau memotong bawang, anda perlu memberikan bantuan kepadanya terlebih dahulu. Peralatan seperti pisau amat membahayakan dirinya. Pemantauan daripada anda dapat mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.

Sumber: Shafieq Ashraf Sharif

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dapur Bukan Tempat Bagi Bayi, Ini Cara Menjadikan Dapur Kalis Bayi

Baca juga: Tips urus belanja barangan dapur

Baca juga: 7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda