TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bapa ini mohon pihak mini market tidak meletakkan Kinder Joy di display kaunter, ini alasannya

3 min bacaan
Bapa ini mohon pihak mini market tidak meletakkan Kinder Joy di display kaunter, ini alasannya

Apa anda akan buat kalau anak menangis minta mainan? Terus berikan atau jelaskan padanya supaya anak anda faham? Ikuti kisah dari hati seorang bapa ini.

Setiap kali mengajak anak shopping ke mini market, pasti ada saja permintaan untuk beli sesuatu, sama ada jajan atau mainan. Anak menangis minta mainan tentu membuatkan ramai mak ayah malu; ada yang sangka kita tidak sayang anak.

Padahal, sayang atau tidak pada anak bukan ditentukan oleh berapa kerap anda membelikannya mainan. Kalau hanya sekali 2 kali saja anak minta dibelikan sesuatu, tentu hal ini bukan masalah.

Namun, bagaimana pula kalau setiap kali pergi ke mini market anak menangis minta mainan?

Jadi, seorang ayah ini ada menuliskan curahan hatinya di status Facebook. Dia berharap yang pihak mini market tidak meletakkan jajan atau mainan di kawasan kaunter!

Luahan hati seorang ayah kerana anak menangis minta mainan

anak menangis minta mainan, anak menangis minta sesuatu

Kredit: Alice FB

Satu akuan Facebook bernama Alice Pramac dari Makassar, Indonesia, ada menulis luahan yang mungkin turut menjadi suara hati ramai mak ayah di luar sana.

KEPADA SEMUA SUPERMARKET, MINI MARKET PERMOHONAN UNTUK TIDAK MELETAKKAN BARANGAN INI DI KAUNTER Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili ayah-ayah di seluruh Indonesia memohon agar pihak mini market dan supermarket untuk meletakkan barangan (seperti dalam gambar) di tempat lain selain di kaunter.  1. Ini kerana kami ayah-ayah tidak mampu untuk melayani ragam anak yang sangat menginginkan barang ini sehingga berlaku episode drama guling-guling di depan kaunter yang juga menyebabkan kami malu. 2. Selain daripada harganya yang sangat mahal (bersamaan dengan 1 liter minyak masak), barangan ini juga tidak memberi manfaat kepada anak-anak kami. Orang lain bolehlah, mereka kaya dan boleh beli seberapa banyak mereka mahu. Saya ini cuma pegawai bergaji rendah yang hanya mampu membeli mainan berharga Rp 2.000 (itu pun tangan saya menggeletar bila bayar) di penjual motor yang datang setiap Sabtu saban minggu tanpa putus asa membunyikan loceng khasnya. 3. Pihak kedai, fikirkanlah! Setiap kali saya berbelanja, anak saya pasti beli barang ini dan saya ada 2 anak. Kalau beli 2, hilang lagi 30 ribu rupiah. Itu sudah boleh beli beras 5 kg, buat makan sebulan.  Sehubungan dengan itu, saya berharap yang pihak kedai  dapat mempertimbangkan serta merealisasikan impian saya juga impian ayah-ayah di negara ini. Atas perhatian dan kerjasamanya, saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Pendapat netizen terhadap luahan hati si bapa

Luahan hati ayah ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang berasa yang sama kerana anak mereka turut menangis meminta mainan “telur” Kinder Joy!

Seperti yang ditulis oleh akaun Lena Bahirah Radjab Borra: “Saya salah seorang yang pernah menjadi mangsa produk ini. Anak nangis dan berteriak sampai guling-guling. Tapi akhirnya saya harus mengalah. Jumlang wang 11 ribu rupiah x 5 (x 2 anak) dalam seminggu lebih mahal daripada harga lauk-pauk!”

Beberapa netizen lain menyarankan para bapa untuk berbelanja di kedai biasa saja, tak perlu di mini market jika tidak mahu melalui kaunter yang penuh dengan Kinder Joy.

Belanja di kedai kecil tentunya lebih murah dan dapat mencegah anak menangis minta mainan. Bagaimana pendapat ibu ayah tentang hal ini?

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Learning through play keeps boredom at bay!
Learning through play keeps boredom at bay!
5 Ways to Help Boost Your Child’s Learning Potential
5 Ways to Help Boost Your Child’s Learning Potential
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 Perkara Yang Anda Perlu Ingat Sebelum Beli Mainan Untuk Si Kecil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Masalah keibubapaan
  • /
  • Bapa ini mohon pihak mini market tidak meletakkan Kinder Joy di display kaunter, ini alasannya
Kongsikan:
  • 23 Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja: Cabaran Besar Perlu Perhatian Serius

    23 Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja: Cabaran Besar Perlu Perhatian Serius

  • Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan

    Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan

  • Amniosentesis Adalah Ujian Pranatal Untuk 'Detect' Gangguan Genetik & Masalah Pada Janin

    Amniosentesis Adalah Ujian Pranatal Untuk 'Detect' Gangguan Genetik & Masalah Pada Janin

  • 23 Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja: Cabaran Besar Perlu Perhatian Serius

    23 Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja: Cabaran Besar Perlu Perhatian Serius

  • Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan

    Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan

  • Amniosentesis Adalah Ujian Pranatal Untuk 'Detect' Gangguan Genetik & Masalah Pada Janin

    Amniosentesis Adalah Ujian Pranatal Untuk 'Detect' Gangguan Genetik & Masalah Pada Janin

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham