X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan

5 min bacaan
Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan

Anak memilih makan atau picky eater boleh membuatkan ibu buntu dan risau untuk memujuk si manja menikmati pelbagai makanan

Usia 6 bulan kebanyakan bayi menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk menikmati makanan pejal. Bagi ibu kali pertama tentu sekali anda disarankan untuk amal konsep no salt no sugar sehingga anak 1 tahun. Namun ada yang mengatakan ia punca anak memilih makan?

Pada tahun pertama memberikan makanan pejal, ia ibarat proses mencuba dari satu tahap ke tahap yang lain. Makanan bayi sememangnya tidak ditambah gula atau garam bagi menjaga perkembangan mereka.

Anak memilih makan selepas ibu amal no salt no sugar

Seorang ibu, Amanda Syifa telah meluahkan kekesalannya akibat terlalu menjaga makan anak di akaun Tik Tok.

Dari kecil mama jaga makan minum Syifa. No salt, no sugar, no MSG. Tapi tiada sokongan orang sekeliling, akhir sekali anak memilih makan jadi picky eater. Susah makan nasi dan sangat-sangat memilih. Bila bagi mee segera, laju pula.

Jangan cakap mama tak usaha bagi dia makan. Macam-macam menu dah buat, akhirnya ke tong sampah.

Bertahun juga cuba dan mama ambil keputusan biarlah dia nak makan apa apa. Mama pun tidak stres. Janji sihat jelah anak.

@amanda.syifa21 benda ni perlu sokongan orang sekeliling, jgn samakan budak dlu dgn skrg🥲 #fyp #pickyeater #babiesoftiktok #kids ♬ Buah Hati – Armada

 

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan. Malah ada juga ibu-ibu berkongsi pengalaman anak memilih makan yang sama.

Anak pertama saya terlalu strict bab makan. No salt no sugar sampai umur dia dua tahun. Sekarang sudah lima tahun dan jadi anak memilih makan. Si adik tidak amal dah konsep no salt no sugar, semua benda dia makan.

Pengalaman sendiri dan pengalaman sekeliling, bila ibu terlalu strict memang membuatkan anak memilih makan. Cuba bertenang, tapi tidak bermaksud kita hanya tengok orang suap apa-apa ke mulut anak.

Mika dah setahun 5 bulan dan masih no salt no sugar bila masak di rumah. Tapi waktu makan kat luar, bedal semua apa yang ada tetapi kawal kuantiti supaya tidak berlebihan.

Saya pula anak sulung memang beria amal no salt no sugar. Masuk anak kedua, saya bagai sahaja apa yang saya makan. Kalau nak bandingkan, lebih baik cara anak kedua. Mudah nak jaga bagi ibu bekerja.

Sama dan saya sangat menjaga makan anak. Akhir sekali dia jadi picky eater. Yang adik nak bagi makan semua senang. Apa yang Mummy makan, itulah dia makan.

Anak saya memilih makan juga. Asalanya no salt no sugar. Nasi, roti atau biskut dia langsung tidak mahu. Kalau makan megi atau maee, laju pula. Saya bagi sahaja asalkan dia makan.

Tidak kurang dengan itu, ada juga segelintir ibu mengatakan mereka tidak berdepan masalah anak memilih makan selepas mengamalkan konsep yang sama.

Kita amalkan no salt no sugar sebab usus anak kecil fragile. Siapa je tak sayang anak. Come on just chill mommies. As long as anak kita sihat, okay je

Anak sy pun no sugar no salt, alhamdulillah tiada masalah pickey eater 🥰 Sekarang usianya tiga tahun setengah dan makan sahaja apa yang ada. Kadang-kadang ia bukan sebab no salt no sugar.

Anak saya sampai umur 1 tahun sahaja no salt no sugar. Kemudian memang saya bagi sahaja apa yang dia nak makan. Sampai sekarang alhamdulillah dia memang suka makan.

Perasa semula jadi buat makanan anak lebih sedap

Bayi dilahirkan dengan deria rasa yang sangat sensitif – mereka mungkin mempunyai deria rasa yang lebih kuat berbanding orang dewasa.

Ia biasanya di belakang tonsil, belakang tekak, dan lidah bagi membolehkan bayi baru lahir boleh membezakan antara rasa manis dan pahit.

Secara semula jadinya, bayi lebih suka rasa yang lebih manis seperti susu ibu dan terdedah kepada perisa baru melalui susu ibu juga.

Ini bermakna penyusuan susu ibu adalah peluang baik untuk memperkenalkan bayi anda kepada rasa yang baharu sejak awal.

Seorang pakar diet berdaftar pediatrik dan ibu kepada dua orang anak, Clansy Cash Horrison, dia memperkenalkan herba segar dan rempah ratus kepada anak-anaknya apabila mereka memulakan makanan pejal pada usia 6 bulan.

Mengikut kajian, bayi berumur 6 bulan yang sihat harus didedahkan kepada pelbagai jenis perisa dan tekstur dan boleh makan apa sahaja (kecuali makanan yang menimbulkan bahaya tercekik dan yang menimbulkan tindak balas alahan).

Sudah tentu anda sentiasa mahu mengikut nasihat doktor jika anak mempunyai sebarang alahan makanan, tetapi sebenarnya adalah lebih baik mendedahkan anak lebih awal dengan pelbagai makanan menarik yang segar dan berperisa.

Perisa boleh ditambah kepada makanan bayi dalam dua cara:

  1. Dengan menghidangkan si manja dengan pelbagai jenis makanan berkhasiat
  2. Dengan menambah herba segar dan rempah lembut pada makanan bayi.

Memasukkan Herba dan Rempah pada Makanan Bayi – Ini tidak bermakna meletakkan banyak rempah atau menggunakan rempah panas.

Sebagai contoh, masukkan secubit kayu manis dalam oatmeal, potongan kecil bawang putih yang ditumbuk dengan daging atau secubit jintan manis ke dalam masakan.

Gabungan perasa makanan bayi semula jadi

Perlukan beberapa idea untuk bermula? Berikut ialah beberapa gandingan perasa makanan untuk bayi semula jadi:

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
  • Sos epal dan kayu manis
  • Pisang dan selasih
  • Ubi keledek dan buah pelaga
  • Labu dan halia
  • Lobak merah dan kayu manis
  • Kacang hijau dan serbuk bawang putih
  • Kentang dan bawang putih yang dihancurkan
  • Daging lembu dan bawang putih
  • Ayam dan rosemary
  • Ikan dan lemon

Semoga bermanfaat!

Amanda Syifa, Food Nutrition

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kembar Eusoff & Emelia Suka Makan, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 10 Tips Elak Anak Picky Eater

Baca juga: Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

Baca juga: Anak Makan Banyak Bila Bagi Tengok Skrin, Ibu Jangan Leka Ia Boleh Jadi Punca Anak Mindless Eater

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Terlalu Strict Jaga Makan & No Salt No Sugar, Ibu Kesal Akhirnya Anak Memilih Makan
Kongsikan:
  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.