Budak 12 Tahun Jatuh Basikal Maut Dilanggar Lori, Ibu Wajib Ajar Tips Keselamatan Ini!

Anak meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah lori. Kejadian berkenaan berpunca akibat mangsa terjatuh dari basikal yang dinaiki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah anak meninggal dunia pada usia yang masih kecil bukanlah sesuatu perkara baharu. Hampir setiap hari kes melibatkan kanak-kanak atau bayi menjadi korban kemalangan telah dicatatkan.

Pokok pangkalnya, ia hanyalah penyebab kematian. Sudah tertulis takdirnya untuk pergi menghadap Ilahi pada hari berkenaan dalam keadaan sedemikian.

Anak meninggal dunia selepas terjatuh basikal

Memetik laporan oleh Sinar Harian, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia  dilanggar lori dipercayai selepas terjatuh dari basikal yang dinaikinya.

Kejadian berkenaan terjadi di kawasan perumahan Taman Rekamas 2, Simpang Renggam beberapa hari yang lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Abang Muhammad Haizad Abang Thimbone berusia 12 tahun telah disahkan meningal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang.

Mangsa didapati mengalami cedera parah di bahagian kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, dia dipercayai sedang bermain basikal di jalan perumahan berkenaan sebelum terjatuh dan dilanggar oleh sebuah lori jenis Daihatsu seberat satu tan.

”Pemandu lori berkenaan berusia 52 tahun dikatakan tidak nampak atau sedar bahawa mangsa berada di situ. Dia kemudiannya menyedari terlanggar sesuatu dan memberhentikan kenderaannya kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa terbaring.”

”Ketika pihak polis tiba, mayat mangsa masih berada di tengah jalan dan basikalnya pula telah pun dialihkan.” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya lagi, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan lorinya juga tiada sebarang kerosakan.

”Punca sebenar kemalangan masih lagi dalam siasatan. Pemandu lelaki berkenaan juga telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tips keselamatan ketika anak bermain basikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Aktiviti berbasikal sememangnya memberikan manfaat dan pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Ia turut berupaya membangunkan keseimbangan serta koordinasi.

Namun si manja tidak terkecuali dari mengalami sebarang kecederaan ketika bermain. Bagi memastikan ia selamat bagi anak yang masih kecil, adalah amat penting untuk mereka belajar menaiki basikal di bawah pengawasan ibu ayah serta persekitaran selamat.

Justeru kami kongsikan beberapa tips mudah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ketika bermain basikal iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Melaraskan ketinggian tempat duduk

Ibu ayah hendaklah memastikan tempat duduk basikal berada pada ketinggian yang sepatutnya supaya kedua-dua kaki anak dapat menyentuh ke permukaan tanah. Apabila anda menyesuaikannya, ambil perhatian juga terhadap keselesaan anak ketika menunggang.

#2. Mendidik mengenai peraturan jalan

Anda hendaklah mengajar anak yang masih kecil untuk menunggang basikal di sebelah kiri jalan. Dia juga perlu sentiasa menunggang dengan lalu lintas dan tidak akan menentangnya.

Dalam pada itu ibu ayah juga hendaklah mengajarnya melihat di belakang sebelum berpusing, memotong mahupun berhenti. Pendidikan awal ini dapat diaplikasikan sehinggalah mereka besar supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan jalan.

#3. Memastikan anak pakai peralatan keselamatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Perkara paling utama peralatan keselamatan basikal ialah topi keledar keselamatan. Ia adalah alat paling berkesan bagi mengurangkan risiko kecederaan kepala sekiranya anak terjatuh.

Hal ini disebabkan oleh kebiasaannya anak akan hilang sokongan badan untuk kekal seimbang di atas basikal dan mereka boleh ‘terbabas’ sekiranya mengayuh basikal dengan laju.

Selain dari topi, ibu ayah juga perlu menyediakan alatan perlindungan yang lain seperti sarung tangan untuk menunggang, pad lutut serta siku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Memeriksa keadaan basikal

Anak yang masih kecil akan belajar menunggang basikal perlulah sentiasa di bawah pengawasaan orang dewasa sehingga mereka sudah cukup besar untuk bermain sendiri. Bukan itu sahaja, ibu ayah juga dinasihatkan untuk memeriksa keadaan basikal sebelum mereka menggunakannya supaya risiko kemalangan dapat dikurangkan.

Sebagai contoh, anda boleh memeriksa brek, kelonggaran rantai, tempat duduk, tayar dan hendal basikal. Sekiranya mengabaikan salah satu bahagian alatan ini, ibu ayah mungkin akan berdepan anak cedera ketika bermain.

Sebenarnya, kanak-kanak adalah golongan yang paling terdedah terhadap risiko kecederaan dan kemalangan sekiranya tiada pengawasan orang dewasa. Keselamatan basikal untuk kanak-kanak hendaklah diajar dengan baik melalui contoh dan bimbingan berkesan.

Sumber: Sinar Harian, Momkidzone

Kredit foto: Aziankhalil.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjanin-bayi