Boleh Ke Ibu Menyusu Anak Ketika Demam Atau Tak Sihat? Ada Kesan Atau Tidak?

undefined

Ibu menyusu anak ketika demam boleh diteruskan kerana ia tidak mendatangkan bahaya. Namun jika terlalu teruk, ibu tangguhkan dahulu penyusuan

Sudah menjadi satu keperluan harian bagi anak menyusu badan memperoleh susu ibu yang mencukupi. Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa, kadang-kala anda mungkin diuji dengan masalah kurang sihat atau demam.

Jika ia hanya menunjukkan gejala yang ringan, ibu-ibu mungkin sahaja tidak perlu mengambil sebarang ubat. Hanya rehat seketika dan pulih dengan sendiri. Kebiasannya, demam didefinisikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi normal iaitu 36.5 hingga 37.5 celsius.

Selamatkah ibu menyusu anak ketika ibu demam?

menyusu bayi ketika demam

foto: kumparan

Menurut penjelasan oleh Dr. Zubaidi, apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, dia akan mengalami rasa sejuk meskipun suhu badan semakin meningkat. Ketika berlakunya peningkatan suhu yang semakin tinggi, dia juga berasa panas dan tidak sihat.

Ramai ibu sebenarnya agak keliru dan risau dengan kemudaratan yang mungkin dialami oleh anak menyusu badan ibu yang sedang mengalami demam.

Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit atau demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini adalah tidak benar.

Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan mengatakan bahawa penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu sedang demam atau kurang sihat. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selesema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusu anak seperti biasa.

Hal ini kerana ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada bayi yang disusui. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu ingin mendapatkan sebarang rawatan, hendaklah memberitahu doktor bahawa anda sedang menyusu bayi.

Pihak perubatan akan memastikan ubat yang diberikan bagi merawat ibu demam adalah selamat. Dalam kebanyakan kes demam, tidak ada satu pun yang menghalang pemberian susu badan kepada bayi atau anak kecil, kecuali pesakit HIV atau keadaan ibu terlalu lemah.

Di negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka. 

Keadaan yang tidak membenarkan penyusuan ibu berlaku

anak menyusu ketika demam

credit to sources

Sebagai contoh, sekiranya ibu disyaki mengalami penyakit ‘keracunan makanan’, penyusuan susu badan boleh teruskan kerana simptom yang dialami hanya melibatkan proses penghadaman usus sahaja.

Namun jika kuman penyakit berkenaan telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dikhuatiri ia boleh memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, wanita yang mengalami demam atau sakit tidak dibenarkan menyusu anak mereka.

Selain itu bagi ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal yang terlalu lemah, maka penyusuan badan boleh ditangguhkan sementara waktu sehinggalah anda sihat.

Doktor pakar perubatan turut berpendapat bahawa berhenti menyusu badan sewaktu ibu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak memperoleh perlindungan dari susu ibu.

Penyakit pada ibu yang boleh berpindah kepada bayi menerusi penyusuan

Terdapat beberapa penyakit pada ibu yang boleh membahayakan kesihatan bayi melalui penyusuan ibu. Terutamanya golongan ibu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Antaranya ialah:

  • Infeksi Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Infeksi Human T-cell Lymphotropic Virus (jenis 1 dan jenis 2)
  • Tuberkulosis (TB) yang tidak dirawat

Manakala, ibu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik juga tidak dinasihatkan untuk menyusukan badan. Ini termasuklah:

1. Ibu menyusu anak menghidap diabetes

Ia memerlukan si ibu untuk mengambil jumlah makanan dalam kuantiti yang banyak supaya tahap gula dalam badan stabil dan tidak jatuh mendadak.

2. Ibu yang kurang berat badan

Mereka yang mempunyai masalah kurang berat badan atau mempunyai penyakit tiroid atau perut perlu meningkatkan kalori makanan untuk kesihatan mereka sendiri.

3. Ibu yang pernah menjalani pembedahan payudara

Sudah tentu ibu mengalami kesukaran menyusukan anak dengan susu badan selepas melakukan pembedahan payudara. Oleh itu, jika tidak mampu adalah lebih baik tidak menyusukan si kecil sebelum merawat masalah kesihatan terlebih dahulu. 

4. Ibu yang pernah mengambil bahan terlarang

Bagi ibu yang mempunyai sejarah pengambilan bahan terlarang seperti dadah tidak disarankan untuk menyusukan anak dengan susu badan. 

Ini kerana, sebarang bahan kimia yang berbahaya diambil boleh mendapatkan risiko kepada kesihatan dan keselamatan si manja.

Ibu menyusu anak melindungi bayi daripada serangan kuman

Teruskan menyusu anak kerana susu badan ini membekalkan perlindungan kepada bayi daripada kuman-kuman yang membuatkan ibu demam.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa khasiat susu ibu penuh dengan nutrien dan antibodi yang mampu melawan sebarang kuman penykit.

Apabila seorang ibu mengalami demam, maka anda mudah menerima reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibodi ini disalurkan kepada susu badan.

bolehkah menyusu ketika demam

foto: parenting

Antara reaksi immunologi sering berlaku ialah:

  • Menggalakkan sel darah putih memusnahkan kuman
  • Mengurangkan kesan toksin
  • Memperbanyakkan sel-sel antibodi
  • Meningkatkan pergerakan leukocytes

Sekiranya ingin beri anak menyusu, ibu yang demam digalakkan untuk mengamalkan kebersihan diri bagi mengelakkan si manja menerima jangkitan seperti membasuh tangan dengan kerap, elakkan batuk atau bersih pada wajah bayi.

Biasanya ketika demam, kita akan hilang selera untuk makan dan berasa pahit mulut. Bagi memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak dan berkualiti, anda hendaklah menjaga pemakanan serta minum air dalam kuantiti mencukupi.

Jika tidak, anda mungkin tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang perlu diberikan kepada si manja. Kesimpulannya, menyusu badan ketika demam adalah selamat untuk bayi. 

Sumber: Dr Zubaidi

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Baca juga: Payudara Besar Sebelah Masa Menyusu Badan? Ibu Boleh Atasinya Dengan 6 Cara Ini!

Baca juga: Jadual Penyusuan Bayi Mengikut Usia Yang Perlu Anda Tahu, Buatkannya Tidur Lebih Lena

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!