Ragam setiap anak lain-lain. Jadi kali ini ada ibu yang terpaksa bawa buai masuk restoran kerana anaknya tidak berhenti meragam. Perkongsian ibu ini membuka mata semua bahawa tidak semua bayi sama.
Wanita ini yang berkongsi di laman TikTok mengenai kisahnya yang terpaksa membawa turun buai ke restoran buat ramai yang tampil mengatakan mereka juga pernah alami kejadian sama.
Tetapi tidak kurang juga yang mengecam kenapa perlu makan di kedai jika anak meragam.
Terpaksa bawa buai masuk restoran, anak meragam tak henti
Apa pun, ibu ini pasti ada alasannya tersendiri. Malah dia lebih kenal anaknya sendiri disebabkan itu dia bertindak demikian. Tidak mengapalah terpaksa bersusah payah sedikit bawa keluar buai masuk ke restoran asalkan anak berhenti meragam.
Ragam bayi bukan boleh dijangka, ada bayi yang mudah kita handle, tapi ada bayi yang mungkin high need baby. Jadi faham-faham sajalah jika selepas ini adalah lagi kejadian bawa buai keluar. Mungkin ibu ayah itu dah tak sanggup nak menghadap anak menangis.
Ada yang kata anak meragam sebenarnya berpunca daripada kita, benarkah?
Ada kalanya, mungkin benar juga anak meragam itu berpunca daripada ibu bapa sendiri cuma kita saja yang kadang kala tidak perasan. Antaranya termasuklah:
#1. Terlalu banyak aktiviti dalam sehari
Kita rasa kita dah gembirakan anak-anak. Jadi bawalah jalan-jalan sepuasnya. Tetapi rupa-rupanya anak dah penat sangat kerana terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
Jadi sebab itulah dia meragam! Semak kembali apa yang anda dan anak buat sepanjang hari sejak dia mula-mula bangun tidur. Apa aktiviti yang anda buat bersamanya. Ada kemungkinan terlalu banyak aktiviti yang menggunakan tenaga hingga buat dia penat betul! Jadi apa lagi, meragamlah dia ya ibu.
#2. Masa bermain tidak mencukupi
Anak kecil memang lumrahnya banyak bermain. Jadi bawalah dia main. Jika anda bawa dia berjalan-jalan, masukkan elemen yang ada dia untuk bermain. Dengan bermain mereka dapat mengembangkan pelbagai kemahiran baharu seperti berkawan, berdaya imaginasi dan meneroka pelbagai ilmu baharu.
Itu memang kegemaran mereka. Bayangkanlah jika anda tidak dapat apa yang anda gemari dalam sehari, silap-silap anda juga mengamuk juga kan?
#3. Sikap ibu bapa
Sikap anda kadang kala akan buatkan anak meragam juga. Pernahkan anda perasan, jika mood anda tidak baik, mood anak-anak juga tiba-tiba datang lah tidak baiknya. Pelikkan?
Tetapi itulah hakikatnya. Mood ini boleh berjangkit kerana ia seolah-olah ada getaran. Jadi pastikan mood anda elok ketika bersama anak. Cuba wujudkan mood yang seelok-eloknya ketika menjaga anak.
Sebab itu ramai yang kata jaga anak ketika WFH amat mencabar kerana ketika kita tension dengan kerja pejabat, masalah itu jugalah anak nak buat perangai. Menguji kesabaran betul kan?
#4. Tidak cukup tidur, tidur malam lambat
Ini juga salah satu perkara yang buat anak meragam. Bila tak cukup tidur, badan jadi penat. Jadi mulalah nak marah-marah. Sama saja dengan orang dewasa, kita kalau tidak cukup tidur pun rasa nak telan orang juga kan?
Jadi tak jauh bezalah dengan anak. Anak-anak juga memerlukan tidur yang lebih panjang daripada orang dewasa, jadi disebabkan itulah mereka akan meragam jika tidak cukup tidur. Jadi kalau anak meragam cuba semak waktu tidur mereka cukup atau tak.
#5. Persekitaran baharu
Mungkin balik kampung, dibawa ke persekitaran baharu buat anak tidak selesa. Jadi faham-faham sajalah. Kita pun jika bertukar ke persekitaran baru ambil masa juga untuk sesuaikan diri. Jadi bersabarlah jika anak buat perangai lebih daripada biasa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Anda Kuat Meragam? Kajian Meminta Para Bapa Melayan Ibu Dengan Lebih Baik!
Baca juga: 10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak
Baca juga: 3 perangai normal anak yang selalu DISALAH ANGGAP sebagai masalah tingkah laku