3 perangai normal anak yang selalu DISALAH ANGGAP sebagai masalah tingkah laku

Sebenarnya, ramai ibu bapa yang menganggap beberapa perangai normal anak ini sebagai masalah tingkah laku kanak-kanak. Tapi pakar kata sebaliknya!

Tahukah anda – dengan kemudahan teknologi di hujung jari, semakin ramai anak-anak didiagnosis dengan pelbagai jenis masalah tingkah laku kanak-kanak?

Anak yang tidak reti duduk diam dan hiperaktif akan “didiagnosis” sebagai anak ADHD, manakala anak yang lambat membaca pula dianggap sebagai mengalami gangguan autisme.

Ada sesetengah kes, memang anak-anak terbabit terbukti mempunyai masalah tingkah laku kanak-kanak yang tertentu. Itupun jika ia didiagnosis oleh pakar!

Tapi, ada juga diagnosis yang sebenarnya salah. Ada beberapa perangai anak yang orang anggap sebagai masalah tingkah laku kanak-kanak, tapi ia sebenarnya normal untuk mereka!

Sebab itu pakar sekarang meminta agar ibu bapa lebih teliti dan bijak sebelum melabelkan anak-anak mereka menghadapi sebarang masalah tingkah laku.

Masalah tingkah laku kanak-kanak: Apa kata doktor pakar?

Seorang pakar terapi dan pengkaji, Dr. Michael Ungar antara salah seorang pakar profesional yang selalu terlibat dalam melabelkan sesetengah perangai anak-anak sebagai masalah tingkah laku kanak-kanak.

Menurut Dr. Ungar, apa yang ibu bapa sering lakukan sekarang adalah salah.

“Melabelkan sesetengah perangai anak yang nampak macam luar biasa atau buat anda menyampah sebagai satu masalah tingkah laku kanak-kanak tidak akan membantu anak anda pada masa akan datang.”

Dengan niat untuk mendidik ibu bapa agar lebih peka dan teliti dengan masalah tingkah laku anak-anak ini, beliau menyenaraikan 3 jenis perangai anak yang orang selalu “salah anggap” sebagai satu masalah tingkah laku.

Berikut antara perangai anak itu:

1. Anak tidak mahu mendengar cakap dan nakal

Sebenarnya, kanak-kanak memang cenderung tidak akan mendengar cakap dan kerap kali mengamuk (tantrum). Itu ialah sikap normal dalam proses membesar.

Tapi, bila kita patut risau jika perangai anak itu terlalu keterlaluan dan sukar untuk dibendung?

Dr. Ungar menjelaskan, dari pengalamannya sebagai pakar dalam melabel masalah tingkah laku kanak-kanak, anak tidak mendengar cakap adalah perkara biasa.

Ia hanyalah label yang diberi pakar kepada kanak-kanak yang “memeningkan kepala”
 orang dewasa. Label itu tidak datang sekali dengan rawatan.

Label itu juga tidak menjelaskan mengapa kanak-kanak terbabit bersikap demikian. 

2. Gangguan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

Kredit: Medical Daily

Beberapa peratus kanak-kanak yang lahir di seluruh dunia akan menghadapi keadaan neurologikal organik ini. 

Antara tanda-tanda yang selalu terjadi ialah anak tidak boleh memberi fokus, selalu buat masalah di sekolah, dan hiperaktif.

Dr. Ungar tidak menolak yang ADHD ialah satu masalah tingkah laku, namun menurut beliau, ramai ibu bapa yang tersalah melabel anak-anak mereka.

“Ramai pendidik dan ibu bapa mahu anak-anak mereka duduk diam dalam kelas. Ia satu benda yang kita lakukan sejak dulu. Tapi kita tahu, perkembangan dan keperluan kanak-kanak tidak bertindak sedemikian. Duduk selama berjam-jam di sebuah meja kecil (seperti di sekolah) bukanlah satu benda yang dicipta untuk perkembangan kita. Sebab itu ada yang susah nak membuatnya.”

Salah satu cara untuk mengesahkan jika kanak-kanak tersebut benar-benar menghidap ADHD ialah dengan meletakkannya di dalam kelas berlainan dari kelas biasa.

Jika perangainya masih sama, maka mungkin itu ialah ADHD. Apa yang penting, lihat dulu persekitaran anak sebelum melihat apa yang tidak normal padanya.

3. Masalah personaliti

Kredit: Scary Mommy

Dr. Ungar menjelaskan, kini, semakin ramai ibu bapa yang cuba meyakinkan pakar yang anak mereka menghidap masalah personaliti seperti borderline personality disorder, mahupun narcissistic personality disorder.

Untuk borderline, pesakit tidak akan mampu membina hubungan dengan orang lain. Untuk narcissistic pula, sikap mementingkan diri sendiri boleh membawa kepada tingkah laku ganas.

Masalah personaliti ini boleh terjadi pada orang dewasa. Namun, ia tidak logik jika ingin dilabelkan pada kanak-kanak.

Sebabnya? Sebab kebanyakan kanak-kanak memang bersifat mementingkan diri sendiri dan narsistik. 

Jadi ibu bapa semua, next time bila ada orang yang pandai-pandai nak label anak anda menghidap sesetengah masalah tingkah laku kanak-kanak, ingat artikel dan ulasan pakar ini!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel disumbang oleh: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: The Brightest Kids Toys & Games

Baca juga:

10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Penulis

Ayu Idris