"Datang Sekolah Tak Ikut Jadual Penggiliran, Rupanya Dia Nak Makan" Guru Kongsi Kisah Menyayat Hati Muridnya

Anak murid kepada guru ini datang sekolah setiap hari tanpa ikut jadual penggiliran, rupanya ada cerita di sebaliknya! Sedih sungguh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin kita nampak dia baik-baik saja, namun tidak terlihat kepayahannya. Kisah dikongsikan seorang guru membuka mata ramai pihak supaya prihatinlah dengan keadaan di sekeliling kita. Anak murid kepada guru ini datang sekolah setiap hari tanpa ikut jadual penggiliran, rupanya ada cerita di sebaliknya!

Menurut Cikgu Lynn Ismail, beliau beberapa kali menegur anak muridnya itu yang tidak ikut penggiliran datang ke sekolah seperti yang ditetapkan. Namun setelah berhari-hari, baru beliau perasan kenapa begitu jadinya. 

Anak murid datang sekolah setiap hari tak ikut jadual penggiliran, akhirnya guru tahu puncanya

Berikut adalah perkongsian guru ini. 

“Ini ‘deep’. Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran. Lalu saya terangkan kepada dia.

“Minggu lepas awak sudah hadir, minggu ini tidak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.”

Dia mengangguk tanda faham.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keesokan harinya dia hadir lagi.

“Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini. Minggu depan baru datang.”

Dia hanya tunduk dan diam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Berita Harian

“Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Takkanlah dia tak faham-faham. Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.

“Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan,” konsi Cikgu Lynn.

Rupa-rupanya murid itu sanggup hadir ke sekolah semata-maya untuk memakan makanan yang disediakan pihak sekolah.

Kisah ini buka mata kita semua bahawa yang nampak baik-baik saja di mata anda tidak semestinya dia dalam keadaan baik. Prihatinlah dan rajin-rajinkanlah diri bertanya.

Menurut Sinar Harian  sistem penggiliran ke sekolah rendah dan menengah dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu 50 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Ini bermakna murid perlu mengikut penggiliran ke sekolah dan dalam masa yang sama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara berselang seli setiap minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara anda boleh membantu rakyat yang kurang berkemampuan di Malaysia dalam waktu ini

Menurut traveloka, kita semua perlu saling membantu dalam tempoh ini, dan hari ini kami telah kumpulkan beberapa cara untuk anda meringankan beban yang dihadapi oleh golongan ini. Walaupun sumbangannya sedikit, percayalah ia amat bermakna untuk mereka. 

#1. Happy Bank Crew

Happy Bank adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan berasaskan sukarelawan yang didorong oleh para belia yang bersemangat dan komited daripada pelbagai latar belakang untuk menyokong dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Mereka juga telah memulakan sebuah gerakan demi mengeratkan hubungan masyarakat! Anda boleh sentiasa menyemak social media mereka untuk mengetahui bagaimana anda boleh menderma atau menaja mana-mana keluarga. Untuk maklumat lanjut, emel mereka di happybankcrew@gmail.com.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Girl2Leader Malaysia

Girl2Leader Malaysia merupakan program yang dibentuk untuk memastikan wanita di Malaysia tidak akan dikecualikan daripada kedudukan membuat keputusan, kepimpinan politik, industri dan masyarakat.

Sejak sebulan yang lalu, initiatif #CaretoLead yang diperkenalkan oleh mereka aktif menghantar pek makanan tengah hari dan bekalan barang runcit kepada mereka yang memerlukan bantuan. DM kepada mereka di laman sosial media jika anda berminat untuk membantu!

#3. MODA-Malaysia

Ahli-ahli Malaysia Official Designers Association telah menggunakan bakat dan kemahiran mereka untuk membekalkan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) kepada pekerja barisan hadapan!

Lihat platform sosial mereka sekiranya anda ingin menderma. Dana sumbangan akan digunakan untuk penghasilan fabrik PPE seperti gaun, penutup kepala dan kasut, topeng muka, dan sarung tangan lateks. Mereka juga menerima sumbangan melalui QR Pay.

#4. Mercy Malaysia

MERCY Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang ditumpukan untuk menyediakan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan lestari dan aktiviti pengurangan risiko bencana untuk masyarakat. Anda tidak perlu menjadi pengamal perubatan untuk terlibat secara sukarela bersama mereka!

Jika anda berminat untuk menderma, mereka turut mempunyai tabung derma ‘Seringgit Sehari’, di mana RM1 yang disumbangkan akan digunakan untuk menyokong mereka dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mereka yang memerlukan. Derma di sini: COVID-19 Donation.

#5. Simply Giving

Sebilangan orang yang kurang bernasib baik dalam komuniti kita benar-benar memerlukan sumbangan makanan. Sekiranya anda mempunyai barangan makanan asas yang boleh didermakan, anda boleh membawanya ke gudang SimplyGiving pada setiap Isnin dan Khamis dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Terkesan Akibat PKP, Ini Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Boleh Anda Beri Sumbangan

Baca juga: Sedang Ramai Yang Merana Tak Cukup Makan, Keluarga Ini Simpan Stok Bantuan, Tamaknya

Baca juga: 5 cara bagaimana suami boleh bantu isteri tambah susu badan, jom bantu isteri!

Penulis

Lala Annuar