Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri

Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri

Anda perlu membenarkan anak-anak naik kapal terbang seorang diri? Jom semak tip ini dulu sebelum mereka naik kapal terbang, okay?

Kanak-Kanak Naik Kapal Terbang Seorang Diri

Baru-baru ini, BBC telah melaporkan kejadian di mana seorang remaja berusia 15 tahun telah pergi ke Perancis dari London seorang diri gara-gara ingin berjumpa datuknya.

Namun nasib tidak menyebelahi remaja terbabit kerana syarikat penerbangan telah habis menjual tiketnya.

Maka, remaja terbabit terpaksa dilayan seperti orang dewasa. Dia juga terpaksa menempah tiket penerbangan baru! Semua dengan sendirinya.

Walaupun kejadian tersebut berakhir dengan remaja itu mendapat penerbangan yang baru selepas 10 jam menunggu, tapi ia jelas menunjukkan sistem untuk menjaga penumpang bawah umur ada banyak kekurangan.

Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri Foto ehsan: Popsugar

Sebagai ibu bapa, apa yang perlu anda lakukan?

Anda pernah meninggalkan anak-anak menaiki kapal terbang seorang diri? Jom kongsi tips anda dengan kami.

Pakar menekankan kepentingan mengajar penumpang bawah umur sebelum mereka dibenarkan pergi ke mana-mana seorang diri.

Tip Untuk Kanak-Kanak Yang Naik Penerbangan Seorang Diri

Antara perkara yang perlu diajar pada kanak-kanak yang menaiki penerbangan seorang diri adalah:

#1 Jelaskan Syarat dan Keperluan Penerbangan Yang Penting

Kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai peraturan dan syarat mereka sendiri untuk penerbangan solo bagi mereka yang di bawah umur.

Contohnya: penumpang harus berusia dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun.

Had limit umur hingga 15 tahun kerana penumpang yang berumur 15 tahun ke atas mampu untuk memilih pilihan cara penerbangan lain.

Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri Foto ehsan: Daily Mail

#2 Pastikan Anak Anda Dapat Kerusi Khas Atau Peneman

Bagi penumpang solo yang cilik, mereka akan diberi kerusi di tempat khas atau peneman. Jadi ibu bapa mereka akan dicas dengan harga yang lebih.

Penumpang solo yang lebih dewasa boleh memilih untuk tidak diteman dan tak perlu dikenakan cas.

Biasanya, kanak-kanak yang terbang seorang diri akan diberi tempat duduk khas di bahagian hadapan kapal terbang.

#3 Teman Anak Hingga Ke Pintu Masuk

Semasa mendaftar, ibu bapa boleh memohon surat bagi mendapatkan pas untuk menghantar anak mereka hingga ke pintu masuk.

Ada sesetengah lapangan membenarkan ibu bapa menunggu di pintu masuk hingga kapal terbang berlepas. 

Ini kerana jika terdapat isu teknikal yang menyebabkan penerbangan lambat atau dibatalkan, sekurang-kurangnya ibu bapa masih di sana. 

Jika di balai ketibaan pula, penjaga yang akan menjemput penerbang solo ini akan dibenarkan masuk untuk menjemput mereka. 

#4 Sediakan Semua Persiapan Penting

Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri Foto ehsan The New York Times

Jangan lupa untuk menyediakan segala persediaan penting seperti dokumen pengenalan anak-anak, passport mereka dan sebagainya. Ajar mereka untuk menjaga dokumen terbabit dengan sehabis baik juga!

Sebagai ibu bapa, anda pasti sudah tahu apa keperluan penting anak-anak, kan? Jadi jangan lupa untuk sediakan sebarang botol, anak patung atau permainan yang wajib ada untuk menenangkan mereka.

#5 Jangan Biar Mereka Takut/Gemuruh

Jika anak anda gemuruh untuk terbang seorang diri, libatkan mereka dalam perancangan penerbangan mereka. Biar mereka rasa teruja dengan perjalanan yang bakal dilaluinya. Puji mereka kerana mahu terbang solo dan cerita tentang keseronokan menaiki kapal terbang.

Puji mereka kerana mahu terbang solo dan cerita tentang keseronokan menaiki kapal terbang!

Walaubagaimanapun, jika tiada keperluan, tak perlulah membenarkan anak untuk terbang seorang diri, betul tak? Dan bukanlah jika seorang anak boleh terbang solo yang lain perlu terbang solo juga. Jika mereka kelihatan sangat gemuruh, jangan paksa, tunggu sehingga mereka lebih besar.

Jika mereka kelihatan sangat gemuruh, jangan paksa, tunggu sehingga mereka lebih besar.

Tapi kadang-kadang... keadaan memaksa kita sebagai ibu bapa untuk mengambil keputusan  membenarkan anak-anak menaiki kapal terbang seorang diri.

Tekankan aspek-aspek keselamatan jika terpaksa berbuat demikian. Pastikan anak anda faham dengan apa langkah keselamatan yang perlu dipraktikan ketika berjauhan dengan anda.

Semoga semuanya selamat untuk anda. Jangan lupa untuk ajar anak-anak peraturan keselamatan yang penting, ya!

Sumber Rujukan: nytimes

Baca juga

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

Artikel(Cerita)
app info
get app banner