Anak anda selalu buat perangai? Ikutlah cara berkesan Kristen Bell ini!

Anak nakal memang selalu buat ibu bapa cepat marah dan penat. Tapi cara Kristen Bell ini pasti boleh buat ibu bapa senyum kerana tak lagi stress urus anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa dengan anak nakal

Ibu bapa perlu banyak bersabar apabila menjaga anak nakal atau anak yang suka buat perangai. Tapi cabaran ini akan semakin berganda apabila ibu bapa ada lebih dari seorang anak!

Walaupun ibu bapa tidak berniat untuk meninggikan suara atau marah, kadang-kadang kita ini boleh hilang sabar atau hilang kawalan saat sangat tertekan.

Jawapan terbaik untuk masalah ini (dan rasanya ramai ibu-ibu di sini sudah tahu jawapannya), ialah berkongsi tanggungjawab menjaga anak dengan si suami.

Bagaimana ibu bapa boleh menguruskan anak nakal?

Ibu dan bapa selebriti kepada 2 orang anak, Kristen Bell dan Dax Shepard seolah-olah sudah tahu cara terbaik untuk menangani perangai anak nakal mereka. Menurut Bell, jadi ibu bapa yang bertimbang rasa lebih penting dari jadi ibu bapa yang sempurna.

Ibu dan ayah bergilir menjaga anak nakal

Dalam temubual bersama Us Weekly, Bell menerangkan dia dengan suaminya selalu bekerjasama ketika menjaga anak mereka yang nakal,

Kami sering bergilir dan menjaga anak yang berbeza. Sekiranya saya sudah habis bercakap dengan anak saya yang berumur 2 tahun, saya minta tukar giliran dengan si suami.

Kita tukar giliran sekarang. Saya tidak mahu bercakap dengan anak yang ni lagi,” kata saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini bukan soal jadi ibu yang sempurna, saya mempertimbangkan perasaan anak sambil mengelak dari menjadi terlalu aktif dan marah-marah dengan anak sendiri.”

Apabila anak nakal, saya masih perlu mempertimbangkan perasaan mereka dan mengelak dari menjadi terlalu garang dengan anak sendiri

Kan dah kata ini cara yang bijak? Kadang-kadang lebih baik dan berkesan untuk membahagikan tugas menguruskan anak nakal secara berasingan dari menangani mereka secara berpasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biar seorang saja yang hot, dan satu lagi chill saja dulu. Kalau dua-dua hot, habislah… Lagipun, sudah tentu ibu bapa perlu masa untuk bersendirian dan menenangkan diri. 

Anda boleh pilih untuk beri respons atau bersikap terlalu tegas

https://www.instagram.com/p/Bbaq9aYFJSL/

Bell menerangkan dengan lebih lanjut lagi:

Apabila anak nakal dan merosakkan rumah, perasaannya memang teruk sekali. Kemudian saya akan berfikir –

‘Mana satu keputusan yang lebih baik? Adakah  lebih baik untuk ajak anak bersihkan rumah dengan cara yang tenang, atau berteriak dan marah kerana mereka mungkin telah menjatuhkan semua permainan mereka dengan tidak sengaja?‘”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendekatan terbaik ialah  menangani kemarahan  untuk memberi respons kepada anak yang nakal dan bukannya bertindak balas kerana selalunya, kita akan bertindak meluru. 

Apabila menguruskan anak nakal mengikut cara Kristen Bell – 

Cuba kita ambil senario di atas di mana permainan kanak-kanak bertabur merata-rata di rumah.

Terlebih dlu, tarik nafas panjang-panjang dan kira hingga sepuluh. Lakukan apa saja yang anda perlukan untuk menenangkan diri.

Seterusnya, tenangkan anak anda dengan kaedah pilihan anda. Akhir sekali, suruh kanak-kanak membersihkan permainan yang bertaburan, seorang demi seorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda bukan hanya akan dapat melakukan ini dengan lebih tenang, sambil mengurangkan beban membersihkan rumah, ia juga akan mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Apabila anda sedang menguruskan seorang anak, si suami perlu memberi sokongan dengan menjaga anak yang seorang lagi.

Teknik ini mungkin nampak mudah, tapi berkesan! Cabarannya, ibu bapa kena ingat untuk mempraktikkannya walaupun ketika hampir hilang kesabaran akibat kanak-kanak nakal.

Cubalah dan kongsi pengalaman anda jika teknik ini berkesan untuk keluarga anda ataupun tidak.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

3 Alternatif Denda Time-Out yang Boleh Anda Cuba

 

Penulis

Rosanna Chio