Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Adakah anda risau akan anak anda yang kerap jatuh sakit?
Sehingga berusia 3 tahun, anak saya jarang sekali jatuh sakit, kekerapannya boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Guru-gurunya di taska sentiasa kagum dengan sistem imun anak saya yang hebat. Mereka membanding dan mengadu tentang anak-anak lain di taska yang sering tidak hadir ke sekolah kerana selalu jatuh sakit. Ini membuatkan saya berfikir apakah yang telah saya lakukan yang membawa kepada “keajaiban” ini?
Satu-satu kalinya anak saya dimasukkan ke hospital ialah ketika dia mengalami alahan disebabkan kacang di dalam kek yang dimakannya. Tetapi selain daripada itu, dia tidak pernah sekalipun ke klinik untuk selesema biasa apatah lagi diwadkan di hospital.
Mengimbas kembali ke waktu tersebut, berikut adalah antara perkara-perkara yang saya mahu kongsikan kepada semua ibu bapa. Semoga anda dapat membantu mengurangkan lawatan anak anda ke klinik.
Petua untuk memastikan supaya anak anda jarang jatuh sakit
1# Bersih tapi tidak terlalu bersih
Walaupun saya pastikan anak saya mandi dan gosok gigi setiap malam, saya juga telah mencuba teori ‘Hygiene Hypothesis’ untuk melihat sama ada ianya dapat membantu sistem ketahanan badannya. Hasilnya memang sangat mengejutkan kerana ia amat membantu.
“Hygiene Hypothesis” merupakan suatu teori yang mengesyorkan supaya persekitaran kanak-kanak tidak “terlalu bersih” supaya sistem imun badan mereka dapat dirangsang dan berkembang dengan baik sehingga dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, rumah saya tidak pernah terlalu bersih. Saya tidak mop, sapu atau vakum rumah setiap hari atau setiap kali saya ternampak seutas rambut atau sebutir habuk. Malah, saya vakum dan menukar kain cadar hanya seminggu sekali dan kadang kala saya membiarkan anak saya makan makanan yang telah terjatuh ke lantai.
Semakin hari, saya melihat sistem imunnya semakin matang dan dapat menangani jangkitan bakteria kecil.
2# Utamakan tidur
Satu perkara yang memang sukar untuk rakan-rakan dan keluarga saya fahami adalah cara saya mengatur jadual harian berdasarkan waktu tidur siang anak saya. Misalnya ketika kami makan di luar bersama keluarga, dan tepat pada jam 2 petang saya akan segera meminta diri untuk membawa anak saya pulang ke rumah untuk tidur.
Semestinya, saya boleh membiarkan anak saya tidur di dalam kereta atau di restoran tetapi itu tidak akan memberikannya tidur yang lena untuk dia berehat. Untuk tidur yang lena kami sentiasa memastikan dia tidur dalam keadaan bilik yang gelap dan tidak bising, agar dia dapat berehat secukupnya.
Saya juga akan pastikan anak saya tidur siang pada waktu yang sama setiap hari dan menidurkannya pada jam 7 malam. Kami menetapkan rutin untuknya dan kami percaya salah satu sebab anak kami mempunyai sistem imun yang kuat adalah kerana waktu tidurnya yang teratur.
Tidur yang baik dan rehat yang mencukupi berkait rapat dengan sistem imun badan yang lebih kuat dan ini terbukti dengan apa yang kami telah praktikkan.
3# Sentiasa pastikan vaksinasi anak lengkap
Antara perkara lain yang kami lakukan ialah sentiasa mematuhi jadual vaksinasi dengan tepat. Kami juga memilih untuk mengambil vaksin yang disarankan seperti cacar air (chicken pox) dan rotavirus. Kami berpegang kepada prinsip “mencegah adalah lebih mudah daripada mengubati”.
Jadi semasa jangkitan cacar air terjadi di taska anak saya, saya tidak bimbang kerana saya tahu anak saya telah dilindungi daripada virus tersebut. Pastinya, saya perlu membelanjakan sedikit wang pada awalnya.
Namun, jika difikirkan, kos rawatan wad pediatrik di hospital boleh menelan belanja sehingga beribu ringgit hanya untuk satu malam – jadi mengapa tidak hanya berikan vaksin pada anak anda untuk mengelakkan penyakit dan kos rawatan yang tinggi?
4# Memberikan persekitaran yang baik dan sihat di rumah
Kesihatan mental penting, walaupun dari usia muda. Kesihatan mental boleh mempengaruhi kesihatan fizikal kita sebagai orang dewasa, dan ini juga adalah sama untuk kanak-kanak. Persekitaran yang gembira dan riang membolehkan mereka menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dengan bahagia, akan memberikan kesan yang baik kepada anak-anak kerana secara tak langsung, mereka akan menjadi lebih kuat untuk melawan jangkitan penyakit.
Sebaliknya, tekanan perasaan boleh memberikan impak yang negatif kepada kesihatan fizikal kanak-kanak. Tekanan boleh menjadi punca utama yang menyebabkan anak anda jatuh sakit. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa, kita seharusnya cuba untuk memberikan persekitaran yang bebas tekanan buat anak-anak kita.
5# Menggalakkan pengambilan nutrien
Anak saya susah makan dan sangat memilih. Dia hanya mahu makan makanan yang sama setiap hari seperti kentang putar, sos ‘bolognese’ dengan daging kisar, ikan salmon dan lobak merah dan brokoli yang dikukus. Semuanya seperti makanan yang sihat bukan?
Walaupun makanan yang saya berikan ini baik dan sihat, tidak salah sekiranya kita menambahkan vitamin dan nutrien dalam diet anak-anak. Saya pastikan anak saya mendapat prebiotik tambahan dengan menambahkan Similac Gain Plus® Gold dalam pengambilan makanan hariannya.
Similac Gain Plus® Gold merupakan formula pertama di dunia yang mengandungi 2’-FL + NUKLEOTIDA & SISTEM NUTRISI EYE-Q®.
SISTEM NUTRISI EYE-Q® ialah gabungan unik daripada Lutein, Vitamin E Asli & DHA yang penting untuk perkembangan otak secara keseluruhan, bagi menyokong kepantasan belajar kanak-kanak di samping melindungi daya ketahanan badan anak dengan sistem duo dari 2’-FL and nukleotida.
2’-FL atau singkatan untuk 2′-Fucosyllactose ialah oligosaccharide yang mengandungi unit L-fucose, D-galactose, and D-glucose. 2’-FL membantu menyokong kesihatan perut dan usus anak-anak anda.
Selain itu, 2′-FL merupakan prebiotic yang dapat ‘mengelirukan’ bakteria dan mengurangkan kebarangkalian untuk bakteria tersebut membiak di dalam badan. 2′-FL membantu melawan pathogen berbahaya daripada memasuki tubuh badan.
Nukleotida pula, merupakan asas DNA yang membantu menguatkan anak anda dari dalam.
Jadi, dengan semua langkah yang telah saya ambil, saya dapat memastikan anak saya jarang jatuh sakit dan pada masa yang sama, dia mendapat nutrisi terbaik untuk menyokong sistem imun badannya agar lebih kuat agar sihat dan pantas belajar.
Dapatkan sampel Similac Gain Plus® Gold untuk menyokong sistem imun anak anda di sini.
Rujukan:
1 Davis, C. P. (2018, June 13). The hygiene Hypothesis Definition, Information. Retrieved April 01, 2021, from www.medicinenet.com/the_hygiene_hypothesis/views.htm
2 Born, J., Dimitrov, S., & Lange, T. (n.d.). Effects of sleep and circadian rhythm on the human immune system. Retrieved April 01, 2021, from pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20398008/
3 Bode L et.al. Glycobiology 2012;22(9):1147-62.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini 6 Petua Hilangkan Selsema Bayi Tanpa Ubat Dengan Mudah!