Susahnya Hati Bila Bayi Sembelit, 5 Makanan Ibu Tak Sedar Buat Anak Susah Berak!

Anak sembelit, susah buang air besar antara perkara yang sering menjadi kerisauan ibu.Tak senang duduk ibu dibuatnya bila anak susah buang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sudah jadi ibu, macam-macam perlu kita fikirkan mengenai anak, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Anak sembelit, susah buang air besar antara perkara yang sering menjadi kerisauan ibu.

Tak senang duduk ibu dibuatnya bila anak susah buang air besar. Momen ketika buang air besar itu bukan saja buat anak trauma, malah ibu kerana inilah waktunya anak menangis bersunguh-sungguh.

Serba salah dibuatnya, kerana kita tahu anak sakit perut, mahu buang air besar tetapi tidak boleh. Berpeluh-peluh anak dibuatnya bila meneran, kita yang lihat pun rasa tersiksa apatah lagi anak yang mengalaminya.

Anak sembelit berpunca dari makanan

Sistem pencernaan seseorang manusia banyak kaitannya dengan pemakanan. Makanan yang diambil memberi impak besar kepada kesihatan sistem pencernaan.

Jangan ingat semua makanan yang kita rasakan baik untuk anak itu sesuai untuk sistem pencernaan mereka ya. Ada kalanya, yang baik untuk orang dewasa itu, tidak semestinya baik dan sesuai untuk anak kecil. 

Ada makanan yang perut kecil mereka tidak dapat proses sebaik perut dewasa, jadi pemilihan makanan yang betul untuk anak adalah sangat penting bagi mengelak mereka diserang sembelit dan susah untuk buang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila bayi atau anak kecil sembelit, memang kasihan sangat melihatnya. Asyik menangis, terkentut-kentut akibat rasa tak lega di perutnya. Anak yang lebih besar pun sama meraung-meraung dan meneran sampai berdarah. Rasa ngeri dan panik jugalah kita dibuatnya.

Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu peka terhadap pemakanan anak bagi mengelakkan mereka terkena sembelit.

#1. Pisang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak sangka kan? Pisang antara punca anak sembelit! Selalunya orang dewasa makan pisang untuk pelawasan tetapi tidak untuk anak kecil.

Nampak menyihatkan, tapi buah pisang ini adalah antara buah yang boleh menyebabkan bayi sembelit apabila mencubanya buat pertama kali.

Jadi cuba dulu dalam kuantiti yang kecil dan perhatikan keserasiannya dengan bayi anda.

Antara pilihan buah yang dapat melawaskan adalah ‘3P’ – iaitu prune, pear dan plum. Ibu-ibu boleh cuba buah pear segar seperti pear sebab ia lebih mudah didapati di negara kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bubur atau nasi putih

Yang ini mungkin ada ibu bapa yangs sudah tahu. Makanan ruji rakyat Malaysia ini memang menyebabkan sembelit kepada sesetengah bayi terutama yang baru mula makan. 

Berbanding beras perang, beras putih telah melalui proses di mana kulitnya yang kaya serat telah dibuang. Hal ini boleh menyebabkan bayi cenderung mengalami sembelit apabila diberi bubur nasi yang dibuat daripada nasi putih.

Jika ini terjadi pada bayi anda, cuba beralih kepada brown rice atau sumber karbohidrat daripada jenis wholegrain.

Anda juga boleh kisar bubur nasi kepada tekstur paling halus jika anak mula makan, lebih halus tekstur bubur lebih mudah untuk dihadam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Susu atau produk tenusu

 

Perasan tak, ada bayi yang minum susu formula, bila bertukar susu dia akan mengalami sembelit dan sangat susah untuk buang air besar. 

Sebenarnya, bayi dan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling sensitif terhadap produk tenusu seperti susu UHT, yogurt dan keju dan termasuklah juga susu formula.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan menerusi Healthline.com, kanak-kanak berusia 1 hingga 12 tahun yang alah terhadap susu dan mengalami sembelit didapati kurang simptomnya setelah bertukar kepada susu berasaskan soya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apapun, ibu tak perlu terlalu risau sekiranya anak berusia 2 tahun ke atas tak mahu minum susu formula kerana anak anda sudah boleh mendapatkan sumber kalsium dan vitamin D dalam makanan seperti sayuran hijau, ayam, daging dan buah-buahan.

#4. Coklat

Selalu kan dengar orang kata, ‘ha, susahlah anak kau berak nanti, makan coklat.’ Sesetengah sumber mempercayai bahawa coklat adalah antara makanan yang paling mudah menyebabkan sembelit kerana kandungan lemaknya yang tinggi memperlahankan proses pencernaan.

#5. Roti putih

Gluten adalah protein yang biasa ditemui pada makanan bergandum seperti roti, biskut dan kek. Sesetengah anak sensitif terhadap gluten dan akan mengalami sembelit selepas memakan makanan bergandum.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Hello Doktor, siraplimau

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-sembelit-bayi

Penulis

Lala Annuar