Tak sanggup rasanya bila kita tengok anak sembelit, kan?
Mana taknya, dengan muka cuba meneran, menjerit, menangis malah tantrum. Lebih-lebih lagi masa kita tengah latih dia guna tandas. Memang menyeksakan!
Bila perkara ini berlaku, mesti semua ibu bapa nak tahu cara untuk legakan anak sembelit ini. Tapi sebelum kami beritahu 5 tip ini, penting juga untuk anda ketahui tentang masalah sembelit yang anak lalui itu.
Anak saya sembelit ke?
Ini adalah soalan yang bagus untuk ditanya kerana sesetengah kanak-kanak mungkin tak akan buang air besar berhari-hari dan ini akan membuatkan anda tertanya-tanya sama ada anak sembelit atau tak.
Walau bagaimanapun, untuk beberapa kanak-kanak, buang air besar dua kali seminggu adalah “normal” untuk mereka. Untuk kes seperti ini, jika mereka buang air besar kurang dari kebiasaan mereka, ini tandanya mereka sembelit.
Sebab kenapa anak sembelit
Ini antara sebab-sebab biasa kenapa anak anda dapat sembelit:
- Diet – Kanak-kanak cerewet tentang makanan. Kebanyakan dari mereka makan makanan yang tinggi tenusu, manis dan makanan proses tapi rendah fiber dan cecair yang mencukupi. Jika mereka tukar diet dari susu ibu ke formula, itu juga boleh sebabkan sembelit.
- Ubat – Beberapa ubat seperti antibiotik atau suplemen yang tinggi kandungan zat besi boleh menyebabkan si kecil sembelit.
- Tahan buang air besar – Si kecil ini memang sentiasa sibuk dan banyak perkara penting yang mereka perlu lakukan (seperti bermain) dari pergi ke tandas. Atau mereka tak suka tandas selain tandas rumah, jadi mereka pilih untuk tahan berak dan sembelit.
- Takut – Anak yang pernah sakit semasa buang air besar mungkin elak untuk buang air besar kerana takut sakit lagi.
- Sakit – Sakit biasa seperti sakit perut boleh mengganggu perjalanan pembuangan air besar anak. Kadang-kadang mereka juga boleh sembelit kerana intoleransi pada beberapa jenis makanan.
5 cara legakan anak sembelit, jom ibu kita cuba!
Jika anak anda sembelit, ada beberapa cara yang boleh anda buat untuk bantu mereka:
1. Buah prun dan pir
Jika anak sukakan karbohidrat dan tak suka makan sayur dan buah, mereka berisiko untuk sembelit.
Ini adalah buah yang boleh memberikan kelegaan pantas untuk sembelit anak anda.
- Prun: Cuba rendamkan beberapa buah prun dan hancurkan menjadi jus atau potong kecil-kecil. Jika anak anda tak boleh makan semua, beri mereka beberapa keping.
- Pir: Pir adalah laktatif semulajadi yang boleh menyelesaikan masalah sembelit anak anda.
2. Urut
Anda boleh cuba untuk urut perut anak perlahan-lahan bagi memberikan mereka kelegaan segera. Caranya:
- Beri mereka mandian suam untuk tenangkan mereka dan sediakan diri untuk diurut.
- Baringkan anak atas katil atau permukaan keras. Pastikan bilik tak terlalu sejuk kerana anda perlu buka baju anak.
- Sapu minyak pada tangan dan urut perut anak perlahan-lahan ikut arah jam.
- Gabungkan urutan dengan gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal
3. Posisi di tandas
Posisi paling baik untuk badan manusia buang air besar atau kecil adalah dengan mencangkung.
4. Serat larut
Anda boleh beli serat larut di farmasi. Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda.
Tapi serat larut ini tak sesuai untuk bayi bawah usia satu tahun.
5. Minum banyak air
Cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar untuk anda anda. Serta mengelakkan sembelit. Jadi, pastikan anak anda minum air secukupnya.
Anak sembelit: Bila perlu risau?
Ia adalah normal untuk anak anda kadang-kadang mendapat sembelit. Tapi jika ia berlanjutan hingga dua minggu atau sering berlaku, anda perlu berjumpa doktor.
Anda juga boleh perhatikan tanda-tanda berikut:
- Najis berdarah
- Mual
- Kembung perut
- Sakit perut
- Tak mahu ke tandas
- Nangis dan menjerit kesakitan semasa cuba untuk buang air besar
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: