Ini 3 cara betul untuk bawa anak solat terawih di masjid, jom amalkan!

undefined

Comel saja bila bawa anak ke masjid, tapi anda perlu tahu3 perkara ini sebelum bawa anak solat di masjid!

Selain puasa, umat Islam seluruh dunia akan melakukan solat sunat terawih secara berjemaah di masjid atau bersendirian di rumah. Untuk itu, selain ibu bapa mengajar anak berpuasa, mereka juga perlu beri pendedahan tentang fadilat jika anak solat di masjid.

Solat terawih ini merupakan solat sunat selama sebulan ketika di bulan Ramadan. Ia sudah menjadi satu budaya masyakat Islam khususnya bagi memenuhi rumah Allah.

Selain terawih, orang Islam juga melakukan solat sunat witir dan tadarus Al-Quran. Ia boleh mengeratkan silaturrahim antara sesama Muslim. 

Sebab itulah, jika anda dan anak solat di masjid secara berjemaah, pahala yang dapat berlipat kali ganda.

Walaubagaimanapun, ibu bapa perlu tahu tips mengajak anak solat di masjid supaya minda mereka lebih terbuka untuk mencintai ibadah pada Maha Esa. 

3 tips mengajak anak solat di masjid mengikut umur 

anak solat di masjid, anak solat di surau, bawah anak solat di masjid, tips bawa anak ke masjid, tips anak solat di masjid, bimbingan untuk anak solat di masjid, masjid, solat di masjid, bawa anak ke masjid, bawa anak bersama solat di masjid, anak ganggu solat di masjid, anak kecil solat di masjid, anak solat tarawih di masjid

 1. Anak solat di masjid- 1 tahun ke bawah 

Kalau ada anak kecil umur 1 tahun ke bawah, adalah lebih baik jika ibu hanya melaksanakan solat terawih ini di rumah saja kerana bayi dalam usia ini tidak mudah untuk dibawa ke masjid dalam tempoh masa lama.

Terutama bila nak tidur dan lapar, bayi akan menangis lalu iai mampu mengganggu urusan ibadah jemaah lain yang ada di situ. Jadi adalah lebih molek buat di rumah saja. 

2. Anak solat di masjid – 3 tahun ke bawah 

Sebelum mengajak anak solat di masjid, ibu perlu tahu mood anak pada ketika itu. Jika mood tak baik, lebih baik jangan bawa pergi. Nanti si kecil anda merengek lagi susah dan solat pun jadi tak khusyuk. 

Sebelum siapkan anak solat di masjid, perhatikan yang ini dulu…

  • Anak mendapat tidur yang mencukupi supaya tak mengantuk
  • Ketika berbuka puasa (jika puasa) sudah makan dengan kenyang 
  • Bawakan mereka susu jika diminta ketika anda sedang solat 
  • Jangan lupa pakaikan pampers. Takut nanti masjid berbau kurang menyenangkan jemaah lain
  • Bawa mainan kesayangan mereka atau jika ada bantal busuk. Bawa bersama. 

3. Anak solat di masjid – 3 tahun ke atas 

Biasanya anak yang berumur 3 tahun ke atas lebih mudah untuk terima arahan dan sudah pandai mendengar kata. Namun, mereka masih perlu diberi perhatian.

Bimbang bila bawa ke masjid, mereka tak selesa dan sebagainya. Anda nak buat ibadah pun ke laut… huhu

  • Terangkan pada anak pahala jika solat di masjid 
  • Pakai baju anak yang menutup aurat. Kalau lelaki pakaikan dia songkok, kalau perempuan pakaikan tudung. 
  • Kalau anak perempuan nak telekung, pakaikan saja walaupun dia tak solat. 
  • Pastikan mereka tak mengantuk dan kenyang 
  • Bawa air dan makanan bersama 
  • Ingatkan pada anak supaya tak ganggu ketika anda dan jemaah lain tengah solat.
anak solat di masjid, anak solat di surau, bawah anak solat di masjid, tips bawa anak ke masjid, tips anak solat di masjid, bimbingan untuk anak solat di masjid, masjid, solat di masjid, bawa anak ke masjid, bawa anak bersama solat di masjid, anak ganggu solat di masjid, anak kecil solat di masjid, anak solat tarawih di masjid

Kredit: the vocket

Tips bawa anak solat di masjid 

  • Perhatikan mood si kecil. Kalau moodnya ok-ok saja tak mengapa kalau nak bawanya bersama. Kalau macam bad mood, serba tak kena. Lebih baik jangan. 
  • Letak anak bersebelahan dengan ibu atau bapanya. Takut kalau dia tak nampak batang hidung anda, menangis pula. Haru! 
  • Jika bawa anak solat di masjid, ibu dan ayah boleh memilih saf atau tempat paling hujung supaya anak boleh duduk dekat dengan anda. 
  • Nasihat anak sejak dari rumah seperti apa yang boleh dan tak boleh dia buat jika anak solat di masjid. Terutama bagi anak yang berumur 3 tahun ke atas. 
  • Berhenti solat jika perlu. Jika anak menangis, adalah lebih baik anda berhenti solat, tenteramkannya dahulu kemudian baru sambung solat. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia ,lelaki sihat 

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-hampir-diculik-surau

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!