- Anak suka menangis dan tidak boleh berpisah dengan ibu ayah
- Anak selalu menangis perlu dibiasakan untuk berpisah
- Bagaimana membantu anak selalu menangis dengan rasa selamat
- Perbualan dengan anak 1 tahun ke atas
- Perbualan dengan anak 4-12 bulan
Anak suka menangis dan tidak boleh berpisah dengan ibu ayah
Masalah anak suka menangis memerlukan perhatian yang menyeluruh. Makna faham adalah perbuatan yang mungkin dianggap mudah tetapi sebenarnya amat sukar dipraktikkan oleh ibu bapa.
Tindakan takut berpisah atau berjauhan jelas menunjukkan yang anak dalam keadaan yang sihat. Hal ini kerana, mereka sudah kenal akan bentuk-bentuk emosi mudah seperti “sayang”, “rindu”, “marah”, dan “sedih terhadap hubungan dengan ibu ayah.
Justeru tugas kita sebagai ibu ayah untuk peka mengenal pasti punca keadaan ini berlaku. Biasanya anak yang mula bertindak sedemikian kerana dalam peringkat umur yang masih mentah seperti itu mereka tidak faham banyak perkara tentang dunia.
“Bila ibu nak balik keje?”
“Taman permainan tu bahaya ke?”
“2 minit tu berapa lama?”
Soalan-soalan seperti ini sering kali berlegar-legar di minda anak anda yang masih kerdil. Meraka pasti mengejar-gejar kita untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang timbul.
Mudah sahaja, cubalah menjadi ibu bapa yang meletakkan kedudukan anda pada “kasut mereka”. Lama-kelamaan, kita akan mudah untuk memahami apa yang bersarang dalam hati anak.
Anak selalu menangis perlu diajar untuk berpisah
Memastikan anak sentiasa berasa dalam keadaan dilindungi dan selamat adalah tugas utama ibu bapa. Ini kerana dalam usia yang kecil, individu yang paling mereka percaya dan menjadi tempat berlindung adalah kita.
Namun begitu tugas melindungi biarlah seimbang dengan amalan berdikari yang boleh dipupuk kepada anak-anak sejak dinihari.
Berdepan dengan situasi ini, adakah anda akan memilih untuk kelam kabut angkat / mengendong mereka atau pun membiarkan sahaja anak menangis dan jika teruk baru bertindak?
Dukung anak harus seimbang dengan mengajar anak untuk berenggang. Dua keadaan ini sebenarnya tanpa kita sedar sangat mempengaruhi perkembangan kognitif, psikomotorik, dan afektif anak anda.
Anak yang diajar untuk berenggang, akan bersikap lebih yakin untuk meneroka, berimaginasi, kreatif, dan bersosial dengan ramai orang.
Bagaimana membantu anak selalu menangis dengan rasa selamat
Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk membantu anak sentiasa rasa dalam keadaan selamat. Antara cara yang boleh diamalkan adalah seperti:
- Sentiasa mengingatkan mereka yang ibu bapa ada sebagai pelindung
- Pasang mindset pada anak yang perasaan takut itu OK
- Sentiasa ingatkan anak yang mereka selamat
- Gunakan bahasa yang baik dan tidak menyakitkan hati jika ingin menegur
Perbualan dengan anak 1 tahun ke atas
“Papa kena pergi kerja, sayang. Papa tahu adik tak suka papa tinggalkan adik duduk seorang tapi papa kena pergi kerja. Adik cuba pasang lego dengan mama dulu ya. Nanti papa balik, kita main sama-sama.”
Gunakan konsep “action speak louder than words” dalam menangani anak berumur 1 tahun ke atas. Apabila anda lihat mereka mula menangis, tidak perlu batalkan niat anda. Tetapi ciptalah kreativiti tersendiri untuk menenangkan atau memujuk mereka.
Anak menangis kerana mereka mula rasa takut atau cemas dengan situasi yang terjadi. Namun reaksi dan respon ini jugalah yang penting untuk mereka belajar lalui rasa takut.
Anda sebagai ibu bapa, harap bertenang dan jangan cemas. Takut-takut rasa cemas anda berjangkit pula dengan anak.
Perbualan dengan anak 4-12 bulan
Anak yang berumur lingkungan 4 hingga 12 bulan cenderung untuk kurang faham banyak perkataan apatah lagi memproses situasi yang amat berbeza bagi mereka seperti masalah dan jawapan.
Gunakan gerakan tubuh, reaksi wajah, serta intonasi suara yang sesuai ketika berbicara dengan mereka kerana mereka pandai menterjemahkannya dengan ayat.
Contoh jika anak menjerit meminta dukung sedangkan anda sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur. Cubalah pandang anak semula dan cakap, “It’s okay, mama ada dekat sini sayang.” Ciuman atau pelukan juga boleh meransang emosi anak-anak anda untuk membuatkan mereka rasa sentiasa selamat.
Antara tips skrip perbualan yang boleh anda ikuti seperti:
- Gunakan ayat yang ringkas dan pendek
- Lebihkan aksi/intonasi (dramatik) yang sesuai
- Cuba terangkan anak dengan cara yang kurang efektif terlebih dahulu seperti nyanyian, usapan, atau percakapan ringkas
- Sentiasa kreatif menggunakan peluang untuk mengajar mereka tentang konsep hilang dan berpisah
Ibu bapa yang berjaya bukanlah mereka yang mampu memanjakan anak dalam apa jua keadaan. Sebaliknya intipati sebenar kejayaan seorang ibu bapa adalah yang boleh membantu anak-anak beradaptasi ketika berhadapan dengan semua situasi, konflik, dan dilema.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Menangis Malam Tanda Ada Gangguan Dalam Rumah? Ibu Ini Cara Mengatasinya!
Baca juga: Anak Selalu Menangis Apabila Dalam Jagaan Ayah, Lelaki Ini Sanggup Tiru ‘Body’ Isteri
Baca juga: Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?