Anak Sulung Sentiasa Istimewa Di Hati Ibu, Dialah Yang Beri Banyak Pengalaman & Pengajaran

Anak sulung maksud anak yang pertama menghuni rahim ibu. Dialah yang menjadi harapan dalam keluarga dan sayap kedua buat para ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak sulung memberi maksud dan pengertian bermakna buat ibu ayah. Bagi mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga, kehadiran anak sulung semestinya sangat dinantikan dan memberikan keterujaan buat seisi keluarga. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak sulung maksud anak pertama, dialah yang paling istimewa buat ibu
  • Tips penjagaan emosi anak sulung selepas mendapat anak kedua

Anak sulung maksud anak pertama, dialah yang paling istimewa buat ibu

Anak sulung sememangnya sangat istimewa dan adalah merupakan anak harapan ibu dan ayah. Merekalah yang diharapkan untuk mengharumkan nama keluarga dan pastinya, si ibu mengharapkan anak sulung dapat menjadi contoh terbaik buat adik-adik lain.

Namun, acap kali kita mendengar bahawa anak sulung sering merasa terpinggir dengan adanya kehadiran adik baru. 

Dalam kemeriahan dan keterujaan menyambut adik baru, anak sulung sering merasa tempiasnya dan mula rasa disisihkan.

Manakan tidak, sekiranya dahulu anak sulung sering ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, kehadiran anak baru telah membuatkan ibu bapa terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada anak baru.

Ramai ibu bapa yang tidak sedar akan impak mengabaikan anak sulung kepada emosi mereka kerana ia akan menjadi berlarutan. Jangan ambil enteng ya, ibu bapa. 

Tips penjagaan emosi anak sulung selepas mendapat anak kedua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sentiasa perhatikan kelakuan dan perubahan emosi anak sulung anak

Sekiranya ibu bapa merasakan anak sulung anda sudah mula menunjukkan perubahan sikap, jangan biarkan perkara tersebut berlarutan. Jangan abaikan anak sulung anda hanya kerana anda mengganggap mereka sudah besar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Terapkan emosi positif kepada anak sulung

Jangan buat anak sulung rasa tersisih dengan kehadiran adik baru. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan sentiasa memberi kata-kata positif dan pujian kepada anak sulung anda. Terutamanya, jika anak sulung anda menunjukkan kelakuan positif. Tegur dengan berhemah sekiranya mereka melakukan kesalahan. 

#3. Sentiasa persiapkan mental anak sulung anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran anak baru secara tiba-tiba dalam keluarga akan membuatkan anak sulung anda merasa terpinggir. Keraplah memberitahu dan mendidik anak anda akan kehadiran ahli keluarga baru. Dan sentiasalah libatkan anak sulung anda dalam apa jua aktiviti agar dia merasai keterujaan mendapat adik baru bersama anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

Baca Juga: Ibu Ini Kongsi Tips Jaga Hati Anak Sulung Agar Dapat Terima Adik Baru & Elak Rasa Dengki, Bagusnya Hubungan Mereka!

Baca Juga: Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman