Membesarkan anak sememangnya bukanlah perkara yang mudah. Pasti ada cabaran dan ujian tersendiri seperti anak tak nak dengan ayah dan hanya ingin dengan ibu sahaja.
Apabila berdepan masalah ini, kami mengakui ibu mungkin akan rasa sedikit sukar melakukan tugas seharian memandangkan si manja hanya akan tenang bila bersama anda. Malah, mula meraung apabila ditinggalkan pada si ayah.
Mengapa Anak Tak Nak Dengan Ayah?
Anak tak nak dekat ayah dan hanya ingin ibu dikenali sebagai Parental Preference. Ia adalah bahagian normal dalam perkembangan si manja dan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Menurut ahli terapi keluarga dan Ketua Pegawai Eksekutif Conscious Mommy, Bryana Kappadakunnel, peralihan dinamik ini sering muncul di sekitar lonjakan perkembangan utama, seperti belajar berjalan dan bercakap.
Berikut beberapa sebab mengapa anak tak nak dengan ayah dan hanya ingin bersama ibu sahaja:
- Anak Banyak Menghabiskan Masa Dengan Ibu: Selalunya, parental preference terjadi disebabkan oleh ibu adalah insan yang banyak bersama dengan si manja. Satu kajian menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak lebih sukakan ibu kerana mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama di rumah. Kesannya, anak lebih bergantung pada ibu untuk melakukan semua aktiviti.
- Bergantung Pada Situasi: Dalam keadaan lain, pilihan kanak-kanak mungkin berubah bergantung pada keadaan. Sebagai contoh, mereka mungkin lebih suka seorang ibu bapa untuk rutin waktu tidur mereka dan seorang lagi untuk bermain sembunyi-sembunyi. Sudah tentu, dalam kes ini, terdapat ketidakseimbangan yang kuat.
- Anak Ingin Lebih Berkuasa: Anak-anak kecil mendambakan kebebasan, autonomi dan mendapat apa sahaja yang mereka mahukan. Mempunyai ibu bapa pilihan adalah satu cara mereka boleh menyuarakan pendapat dan mengawal keadaan.
- Personaliti Ibu Dan Anak: Sama seperti orang dewasa, anak kecil juga cenderung menyukai ibu atau ayah yang memiliki minat dan perangai yang sama.
- Mengalami Perubahan Besar: Keinginan untuk bersama dengan ibu juga boleh muncul dalam situasi keperluan atau semasa peralihan kehidupan yang besar, seperti perceraian atau kelahiran adik baru.
- Gaya Keibubapaan: Kanak-kanak kecil adalah makhluk pintar; mereka mungkin mengenali ibu ayah mana yang selalu membenarkan mereka melakukan aktiviti tertentu, dan siapa yang mungkin lebih tegas.
Cara Menangani Anak Memilih Ibu/ Ayah
Mengatasi keutamaan ibu bapa, di mana seorang anak menunjukkan keterikatan atau keutamaan yang lebih kuat untuk seorang ibu bapa berbanding ibu bapa yang lain, boleh menjadi perjalanan yang mencabar tetapi akhirnya memberi ganjaran kepada keluarga.
Berikut ialah beberapa strategi yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menangani dan mengatasi keutamaan ibu bapa:
- Kenali dan Terima Situasi: Anak memilih ibu ayah adalah perkara biasa dalam kebanyakan keluarga dan tidak mengurangkan nilai hubungan dengan mereka.
- Galakkan Penyertaan: Galakkan suami untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti penjagaan dan meluangkan masa berkualiti bersama anak. Ini mungkin melibatkan pembahagian tanggungjawab seperti memberi makan, mandi, bermain, dan rutin waktu tidur bagi membantu membina ikatan yang kuat.
- Bina Hubungan Positif: Cipta peluang untuk ibu atau ayah yang kurang digemari anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat. Ini boleh termasuk merancang percutian khas, melibatkan diri dalam hobi atau minat bersama, atau hanya menghabiskan masa yang berkualiti di rumah dengan bermain, bercerita atau berkongsi pengalaman.
- Galakkan Kasih Sayang Fizikal dan Hubungan Emosi: Galakkan kasih sayang fizikal dan hubungan emosi melalui pelukan, ungkapan cinta dan kasih sayang secara lisan. Ayah perlu libatkan diri dengan aktiviti yang menggalakkan ikatan seperti memakai bayi, sentuhan kulit ke kulit, atau terlibat dalam permainan interaktif.
- Elakkan Perbandingan dan Persaingan: Elakkan daripada membandingkan gaya keibubapaan atau bersaing untuk kasih sayang anak. Sebaliknya, tumpukan pada memupuk hubungan keibubapaan bersama yang menyokong dan bekerjasama yang mengutamakan kesejahteraan si manja.
- Dapatkan Sokongan dan Bimbingan: Hubungi ahli keluarga, rakan atau doktor untuk mendapatkan sokongan dan bimbingan jika perlu. Kelas keibubapaan, kaunseling atau kumpulan sokongan boleh menawarkan pandangan dan strategi yang berharga untuk mengatasi anak tak nak dekat ayah dan inginkan ibu ini.
Tips Untuk Ibu Yang Disukai Anak
Menjadi kegemaran tidaklah sehebat yang disangkakan! Berikut ialah beberapa cara anda boleh mengendalikan situasi tanpa membiarkannya menjejaskan hubungan anda dengan anak anda dan separuh lagi anda.
- Bataskan Waktu Bersama: Sudah menjadi naluri anda untuk datang dan menyelamatkan hari apabila si kecil menangis. Tetapi sebenarnya anda boleh beri peluang pada suami untuk memujuk anak. Apabila wujudnya ruang, ia boleh membina ikatan mendalam antara anak dan ayah.
- Elakkan Mengkritik. Anda mungkin berasa tertekan dan penat kerana perlu melakukan sebahagian besar kerja rumah dan dalam masa perlu menguruskan anak, tetapi jangan biarkan keletihan menjadi penyebab pertengkaran.
- Bersifat Lembut Dan Tegas. Jangan biarkan si manja memutuskan apa yang berlaku. Bersikap lembut tetapi tegas, dan ingatkan anak tentang rancangan itu.
- Jaga Kesihatan Mental: Berdepan anak yang hanya ingin ibunya sahaja boleh menjejaskan kesihatan mental anda. Kesannya, ia boleh membuatkan emosi tidak stabil dan sekaligus menjejaskan hubungan rumah tangga.
- Ambil rehat. Anak tidak boleh memilih anda jika anda tiada di rumah, jadi tinggalkan rumah sebentar. Ini memberi sedikit masa untuk anda bertenang dan memikirkan langkah seterusnya.
Tips Untuk Ayah Yang Tidak Disukai Anak
Menjadi pilihan kedua bermakna anda mempunyai lebih sedikit kerja keibubapaan untuk dilakukan setiap hari. (Sudah tentu, ini juga bermakna isteri melakukan hampir semua perkara.)
Berikut ialah beberapa langkah yang perlu diambil untuk membantu menggalakkan situasi yang lebih seimbang:
- Jangan Paksa Kasih Sayang Fizikal: Sukar apabila anak kecil anda tidak mahu memberi anda pelukan dan ciuman dan perhatian fizikal, tetapi memaksa perkara ini tidak pernah menjadi jawapan. Cuba berundur dan biarkan ia berlaku secara semula jadi. Fokus untuk buat aktiviti yang boleh memikat perhatian si manja untuk menyukainya.
- Kerap Luangkan Masa Bersama: Walaupun ayah adalah ketua keluarga, ini tidak bermakna anda sibuk bekerja sentiasa. Manfaatkan hati cuti untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak dengan bermain masak-masak, berbasikal ataupun hide and seek.
- Bersedia Untuk Uruskan Anak: Jika tiba giliran waktu mandi, biasanya si manja akan menjerit memanggil ibu. Dalam hal ini, ayah jangan mengalah dan rasa bosan. “Walaupun anak menangis, anda sedang belajar cara bernafas, mengawal dan kekal bersama anak anda,” katanya.
- Ringan Tulang: Apabila anda semua berada di rumah pada waktu petang bersama-sama, dan anak memerlukan sesuatu, bangun dan uruskannya. Jangan biarkan isteri sahaja melakukan segala perkara.
- Jangan Ambil Hati. Lumrah kanak-kanak mempunyai keutamaan dan hubungan unik dengan setiap orang. “Ini adalah tanda bahawa anak anda berasa selamat dan selesa bersama ibu,” kata Goodwin.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Memilih Ibu/ Ayah
Anak tidak mahu dengan ayah dan inginkan ibu biasanya bersifat sementara sahaja kerana sikap dan tingkah laku si manja akan berubah mengikut peningkatan usia.
“Secara amnya, apabila kanak-kanak menjadi lebih selamat dalam hubungan-dan pemahaman mereka tentang hubungan-kita akan melihat bahawa si manja berkembang daripada peringkat perkembangan ini,” kata Kappadakunnel.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: 12 Adab Beraya Di Rumah Orang, Elak Tuan Rumah Berkecil Hati
Baca juga: Anak Kembar Disahkan Mild Autisme Di Usia 5 Tahun, Bapa Ini Kongsi Pengalaman Jaga Anak Istimewa
Baca juga: Fasa Separation Anxiety, Masalah Bayi Sukar Berenggang & Hanya Ingin Mengempeng
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!