Ada bayi yang sering tertidur ketika menyusu. Memang mudah kerja ibu bapa, tetapi adakah anak tidur ketika menyusu ini selamat?
Mungkin ia memang memudahkan kerja ibu bapa, tetapi banyak risiko sebenarnya jika anak tidur ketika menyusu. Paling biasa di dengar adalah dia tersedak.
Tersedak ini bukan perkara kecil, ia boleh hingga meragut nyawa anak. Jadi sebelum sesuatu tidak diingini terjadi pada anak, lebih elok jika kita cari jalan bagaimana untuk buat anak terjaga ketika menyusu.
Anak tidur ketika menyusu, bahaya yang ibu tak nampak!
Perkara ini sering terjadi kepada bayi kecil. Terutama sekali yang baru lahir. Awal empat bulan pertama biasanya anak tidur ketika menyusu.
Malah pada usia ini juga sering berlakunya kemalangan jiwa membabitkan bayi tersedak susu tidak kiralah ketika dalam jagaan ibu bapa atau pengasuh.
Ini sekaligus menunjukkan bahayanya membiarkan anak tidur ketika menyusu terutama pada usia 0-3 bulan. Jangan pandang ringan ya ibu ayah.
Menurut pakar kanak-kanak, bayi yang tidur sambil menyusu dikhuatiri tidak kenyang. Jadi, apakah sebab bayi mudah tertidur ketika menyusu?
Apakah penyebab bayi mengantuk dan adakah memberikan kesan ke atas bayi?Jom kita cuba fahami mengapa situasi ini berlaku kepada bayi anda.
Kenapa anak tidur ketika menyusu?
Menurut konsultan laktasi di Ottawa, Beth Mcmilan bayi tertidur ketika menyusu kerana rasa sangat selesa hingga buatkan dia tertidur.
Keadaan ini disebabkan komposisi susu dan respon hormon bayi ketika menyusu. Dalam keadaan lapar, anak akan menangis dan apabila perut penuh akan memudahkan anak yang tertidur.
Jadi inilah sebabnya kenapa dia tertidur, Dia sudah kenyang!
Bahayakah anak tidur ketika menyusu?
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan kerap berlaku kerana dikhuatiri anak kita tidak kenyang hingga menyebabkan mereka kurang minum susu yang boleh mengundang kepada dehidrasi dan kekurangan zat daripada susu.
Jadi, kita perlu bantu anak supaya terus bangun ketika menyusu hingga mereka benar-benar kenyang. Sebab itu, penting setiap ibu perlu mengetahui tanda-tanda sekiranya anak belum kenyang seperti:
1. Anak akan mengerakkan mulut seperti sedang menyusu.
2. Mengerakkan kepala mencari payudara ibu.
Sebaliknya, tanda-tanda anak kenyang ialah:
1. Payudara rasa kosong.
2. Bayi kelihatan tenang dan puas.
Jika anak minum susu botol, nanti yang lebih kurang sama juga boleh dilihat.
4 cara pastikan anak terjaga ketika menyusu
Ada beberapa cara anda boleh buat untuk pastikan bayi anda sentiasa terjaga ketika menyusu. Boleh cuba mungkin ia menjadi dan buat anak anda sentiasa terjaga ketika menyusu.
#1. Bermain dengan kaki
Ketika anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu tidur, kita main dengan kaki seperti menggosok sambil mengeluarkan suara lebih riang supaya anak tidak mengantuk.
Tetapi jangan pula geletak kaki anak terlalu kuat, ia akan buat mereka rasa tidak selesa nanti.
#2. Selalu tukar posisi
Rajinlah tukar posisi anak menyusu atau pindahkan anak menyusu di payu dara sebelah satu lagi. Jika anak menyusu botol, mungkin cabut sekejap botol daripadanya.
Dan cuba tukar posisi dia berbaring.
#3. Gosok bibir
Gosok lembut bibir anak supaya dia terus menyusu walaupun sudah tertidur. Rangsangan kepada bibirnya akan buat dia terjaga. Anak mungkin akan rasa kegelian jika orang menyentuhnya.
#4. Sapukan susu pada mulut
Sapu sedikit susu pada mulut anak, ia akan menyebabkan anak kita akan mencari payudara ibunya. Jika menyusu botol, boleh juga anda cuba.
Selain itu, selesai menyusukan bayi, jangan biarkan anak terus terlena. Sebaiknya sendawakan anak terlebih dahulu. Selepas sendawa, letak anak dan tidurkan semula.
Sendawa penting untuk melegakan perut anak dan mengeluarkan angin yang disedut ketika dia menyusu, jadi kuranglah risiko untuk anak menjadi kembung dan sebagainya. Kembung akan buat anak tidak selesa dan dia boleh menangis sentiasa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bumbumcak
Baca juga: Bahaya ‘microsleep’ dalam diam jika ibu tertidur sekejap ketika menyusu