Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam

Anak tidur siang sampai Isyak buatkan netizen pecah perut apabila ibu kongsikan kisah anaknya bersiap hendak ke sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak tidur siang itu perkara biasa. Maklumlah, jadualnya begitu padat sampai kalah orang dewasa. Lagi-lagi pada bulan puasa ini, kalau anak anda hendak tidur, biarkan sahaja. Janji anak anda dapat tidur awal dan rehat yang cukup. Yang penting, jangan dibawa sampai ke tengah malam.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak tidur siang sampai terus bangun nak pergi sekolah pada waktu malam
  • Netizen terhibur dengan gelagat mak dan anak

Anak tidur siang sampai terus bangun nak pergi sekolah pada waktu malam

Baru-baru ini tular di akaun Tik Tok, hasil perkongsian seorang ibu bernama Elly Hariyana yang memang sporting habis melayankan sahaja anak perempuannya yang sudah bersiap-siap untuk ke sekolah. Anak perempuannya yang dikatakan mengigau telah dikejutkan oleh ibunya kerana telah tidur sehingga waktu Isyak.

Tetapi, adik kecil ini menganggap bahawa ibunya mengejutkan dirinya untuk ke sekolah dan menyangkakan bahawa jam 10.35 malam tersebut adalah waktu pagi sedangkan ianya sudah malam.

Siap gesa lagi anaknya untuk segera bersiap kerana ayahnya telah menunggu dalam kereta. Yang paling tak tahan tu, sampai ibunya sendiri tertawa apabila menyuruh anaknya, Dyraa untuk pergi tidur dulu esok sekolah tetapi disambut dengan, ‘Ibu yang suruh mandi’.

Cantik molek adik ini bersiap sambil dibantu ibunya yang sakan merekod anaknya sambil menahan tawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya, aksi ibu ini sendiri telah dipecahkan oleh suaminya yang hairan akan perilaku anaknya yang ingin bersiap ke sekolah pada waktu malam. 

 

Netizen terhibur dengan gelagat mak dan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punya seronok anak tidur siang sampai terbawa-bawa ke waktu malam. Tetapi yang paling seronok, mestilah netizen di Tik Tok. Perkongsian Elly ini telah pun menerima jumlah likes hampir 38 ribu dan 300 ribu tontonan.

Rata-rata netizen memang terhibur dengan gelagat mak dan anak ni dan ada juga yang berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Memang pecah perut dibuatnya netizen melihat karenah adik ni. Malah, ramai juga rupanya mengalami pengalaman yang hampir serupa. Inilah penangan tidur petang sampai mengigau di tengah malam. Kesian pulak anak nak bersiap nanti ke sekolah, ibu bapa yang berdekah. 

Ibu bapa, ingat ya jangan biarkan anak anda tidur petang sampai ke malam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Nak Anak Tidur Lebih Lama? Ajar Mereka Tidur Seorang Diri Bermula Usia Ini – Kajian

Baca Juga: Pastikan Anak Tidur Cukup Waktu Siang, Ini 9 Akibat Jika Anda Mengabaikannya!

Baca Juga: 5 Perkara Ibu Bapa Boleh Buat Apabila Anak Tidur Sepanjang Malam

Penulis

Nina Osman