X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak 8 Tahun Tonton Video Lucah, 4 Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Agar Anak Tak Terjebak

9 Mar, 2022
Anak 8 Tahun Tonton Video Lucah, 4 Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Agar Anak Tak TerjebakAnak 8 Tahun Tonton Video Lucah, 4 Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Agar Anak Tak Terjebak

Kanak-kanak 8 tahun menonton video lucah kerana ayahnya sendiri simpan video itu dalam telefon. Sedih hati ibu ini selepas terbongkar rahsia.

Luluh hati seorang ibu sebaik mengetahui anak lelakinya berusia 8 tahun menonton video lucah. Tambah menyedihkan, ibu itu memberitahu video tersebut ditonton melalui telefon suaminya.

Wanita itu tidak mengetahui suaminya turut menyimpan video pornografi tersebut. Kisah luahan hati ibu berkenaan dikongsikan oleh Adlil Rajiah Mohd Nasir menerusi akaun Facebook beliau.

Kecewa anak tonton video lucah

anak tonton video lucah

Kredit: Facebook Adlil Rajiah

“Saya tak tahu macam mana dia boleh jumpa video tu dan saya tak tahu suami simpan video-video sebegitu dalam phone,” itu antara luahan hati ibu tersebut. Wanita itu menceritakan, setiap malam mereka akan memberikan gajet tersebut sebelum tidur.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut dikatakan tidak mahu menggunakan telefonnya serta suka menonton seorang diri.

“Tapi lately, dia dah tak nak phone saya, asyik nak phone ayah je. Lepas tu suka tengok sorang-sorang. Bila saya tahu dia tengok video lucah, luruh hati saya.

“Kecewa sangat! Kecewa dengan anak satu hal, kecewa dengan suami pun satu hal (sebab simpan video-video macam tu). Saya dah marah anak saya dan berjanji takkan beri dia phone dah lepas ni. Serik! Suami pun dah pukul dia. Apa patut saya buat”.

Ibu ayah perlu perhatikan perkara ini jika anak tonton video lucah atau video sebarangan

Anak 8 Tahun Tonton Video Lucah, 4 Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Agar Anak Tak Terjebak

Di dalam perkongsian lain, Adlil Rajiah yang juga seorang penulis buku keibubapaan serta aktif memberi kesedaran mengenai pornografi turut berkongsi 4 perkara ibu bapa wajib ambil tahu.  

Hal ini bagi mengelakkan anak terjerumus menonton video lucah atau bahan pornografi yang lain. Biarpun pemantauan sepenuh masa sudah pasti tidak dapat dilakukan. Namun ibu bapa perlu peka dengan perubahan anak dari segi sikap, tabiat dan sebagainya.

#1 ‘Browser History‘ selepas anak melayari internet

Selepas anak menonton YouTube, semak history YouTube pada gajet yang digunakan mereka. Walaupun hanya kartun, pastikan ia bukan versi pornografi termasuk di YouTube Kids. Semak juga history Google atau search engine yang lain. Perhatikan keywords yang anak cari.

Jika check history kosong selepas anak menonton Youtube atau melayari internet, ini adalah tanda amaran paling besar kerana ada sesuatu yang disembunyikan.

#2 Anak suka online waktu malam

Terdapat dua perkara penting ibu bapa perlu ingat. Pertama, anak perlukan 10 jam waktu tidur setiap hari dan waktu tidur terbaik untuk pertumbuhan anak adalah waktu malam

Kedua, screentime pada waktu malam akan merembeskan hormone dopamine yang menyebabkan anak lagi susah hendak tidur. Jadi tolong pastikan tiada screentime 1 hingga 2 jam sebelum tidur.

Jika anak suka screentime bersendirian pada waktu malam, lebih-lebih lagi apabila semua orang tidur, itu adalah red flag.

#3 Anak cepat-cepat ubah atau alih skrin apabila didekati

video lucah

Ubah, tukar atau tutup skrin bila didekati adalah tanda jelas bahawa anak sedang menonton sesuatu yang tidak sepatutnya.

Sekiranya perkara ini berlaku, cuba duduk di sebelah anak dan tanya apakah ‘tengah tengok apa tu?’ atau ‘tengah berbual dengan sesiapa tu?’ atau ‘boleh mama join sekali?’.

Nada suara semasa bertanya mestilah tenang, jangan guna intonasi seperti mahu menyalahkan atau menuduh. Tindakan itu membuatkan anak akan lebih berahsia nanti.

#4 Perubahan pada tingkah laku anak

Menurut kajian, anak yang mula terdedah kepada pornografi (sengaja atau tidak) akan mula berubah tingkah laku secara mendadak. Ini termasuk ledakan emosi seperti suka marah, memukul, menumbuk, bercakap kasar, menyindir dan sebagainya.

Tiada satu pun perubahan tingkah laku anak yang patut diabaikan. Ia adalah salah satu tanda bahawa ada sesuatu tidak kena sedang berlaku pada psikologi anak.

Jika ini berlaku, cuba bercakap dengan anak, dengan tenang. Beritahu anak perubahan pada dia yang ibu bapa mula perasan. Tanyakan mereka, apa perkara dialami baru-baru ini sama ada semasa online, menonton televisyen atau di rumah yang membuatkan mereka keliru, kecewa, takut, tidak selesa, malu atau terkejut.

Semoga bermanfaat.

Facebook Adlil Jariah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-kanak perempuan ini tengok video lucah di sebelah ibunya! Apa ibu bapa harus buat jika jadi begini?

Baca juga: Suami Kantoi Suka Tengok Video Lucah! Isteri Luahkan Rasa Kecewa dan Mula Rasa Kurang Keyakinan

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak 8 Tahun Tonton Video Lucah, 4 Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Agar Anak Tak Terjebak
Kongsikan:
  • Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

    Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

  • Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

    Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

  • Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

    Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

app info
get app banner
  • Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

    Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

  • Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

    Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

  • Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

    Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.