Andropaus Gejala Menopause Kaum Lelaki

Andropaus menyebabkan fungsi kelakian terjejas seperti masalah ketegangan zakar dan nafsu seks menurun, akibat penurunan hormon testosteron.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selama ini ramai yang menyangka hanya wanita sahaja yang akan mengalami menopause atau kesan penurunan hormin namun terdapat kajian yang mengatakan bahawa lelaki turut berdepan simptom perubahan hormon atau dikenali sebagai andropaus.

Andropaus berlaku akibat dari pengurangan hormon testosterone yang turut berkaitan dengan peningkatan usia seorang lelaki. Testosteron bertanggungjawab kepada perubahan suara, jisim otot, pertumbuhan rambut pada muka dan tubuh pada lelaki.

Apabila seorang individu lelaki semakin meningkat usia, tahap testosteron akan menurun secara beransur-ansur dan kesannya akan muncul simptom pada aspek fizikal dan psikologi.

Lazimnya, lelaki mula mengalami adropos pada usia 50-an iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus.

Simptom Andropaus

Berbanding menopaus yang mempunyai tanda jelas seperti terhentinya haid, lelaki tidak mempunyai simptom seperti itu untuk menandakan mereka telah mencapai andropaus.

Ketika wanita mengalami menopaus, hormon seks akan mengalami penurunan secara mendadak. Mereka akan berhenti datang bulan kerana tidak lagi berupaya untuk menghasilkan ovum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, pada lelaki, hormon lelaki menurun tersebut berlaku sedikit demi sedikit dan makan masa bertahun-tahun.

Selepas umur 30 tahun, tahap testosteron lelaki akan mula menurun sebanyak 10% setiap dekad.

Semua lelaki akan alami penurunan hormon, tetapi ada lelaki yang mengalami penurunan yang lebih banyak daripada orang lain akibat gaya hidup yang tidak sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika penurunan itu berlaku secara abnormal, lelaki boleh menghidap penyakit yang bernama late-onset hypogonadism ataupun tahap rendah testosteron kerana umur.

Walaupun simptom yang dihadapi mungkin berbeza bagi setiap individu, beberapa simptom fizikal, seksual dan psikologi umum yang mungkin dialami apabila berdepan masalah andropaus adalah seperti:

  • Kelesuan, kurang tenaga
  • Keletihan, sukar untuk fokus
  • Kemurungan, kesedihan
  • Masalah seksual seperti hilang keinginan seksual, sukar untuk ereksi
  • Perubahan emosi, hilang motivasi
  • Kehilangan jisim otot, kekuatan tubuh
  • Peningkatan berat badan
  • Keyakinan diri berkurangan
  • Sukar untuk tidur, insomnia

Rawatan Terapi Gantian

Jika tahap testosteron rendah, terapi penggantian testosteron boleh membantu simptom seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kehilangan minat seks
  • Kemurungan
  • Keletihan

Sama seperti terapi penggantian hormon pada wanita, terapi penggantian testosteron berisiko mengalami kesan sampingan, ia mungkin memburukkan penyakit kanser prostat.

Pencegahan paling ampuh dan langkah utama untuk menangani gejala andropaus adalah mengubah corak gaya hidup iaitu dengan melakukan 

  • Diet
  • Bersenam
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Kurangkan tekanan
  • Ubatan, seperti anti-kemurungan (jika anda alami masalah kemurungan)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tanda Menopause/ Putus Haid: Usia Wanita Monopos, Simptom & Tips Penting

Baca juga : Masalah Kesihatan Mental Lelaki Gagal Dikesan Kerana Suka Memendam Perasaan

Baca juga : 12 Gaya Hidup Mempengaruhi Kesuburan Wanita & Lelaki, Pasangan TTC Wajib Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi