Setiap kali kelahiran anak baru pasti ibu-ibu tidak lari daripada berdepan dengan masalah anak demam kuning atau nama spesifiknya jaundis. Antara petua orang lama yang sering digunakan untuk turunkan kuning dengan cepat adalah dengan anggur hitam.
Isi Kandungan
Selamat Ke Anggur Hitam Untuk Bayi Kuning?
Menurut Pakar Perubatan, Dr. Anushree Narayanan berkata, semua bahan semulajadi termasuklah jus anggur tidak selamat untuk bayi.
Ia berkemungkinan mengandungi bahan cemar yang tidak dapat diproses oleh sistem pencernaan bayi yang belum matang.
Secara tidak langsung boleh menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan, komplikasi alahan dan masalah penghadaman.
Apa yang lebih menakutkan, ia boleh memudaratkan nyawa bayi itu sendiri.
Cara Selamat Atasi Demam Kuning
Jaundis berlaku disebabkan darah bayi mengandungi bilirubin iaitu pigmen berwarna kuning terjadi melalui penguraian sel darah merah. Badan bayi akan kelihatan kuning kesan daripada kandungan tersebut.
Biasanya, bayi yang mempunyai demam kuning lebih suka tidur dan jarang bangun menyusu. Antara cara yang paling selamat untuk menurunkan kuning pada bayi:
1. Kejutkan Bayi
Tingkatkan penyusuan bayi kepada satu hingga dua jam sekali supaya bayi dapat menyusu dengan lebih kerap dan menghasilkan kencing dengan banyak.
Dengan ini, bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat dan masalah kuning pun beransur berkurangan.
2. Rawatan Fototerapi Di Hospital
Jika bayi ditahan di wad, rawatan fototerapi menggunakan sinar ultraviolet (UV) melalui lampu fluoresen, halogen atau LED akan diberikan untuk memastikan tahap kekuningan tidak melonjak secara mendadak.
Kebiasaannya, penyakit ini akan beransur hilang kurang dari 2 minggu namun boleh berlarutan lebih lama daripada itu.
Rawatan awal dapat mengelakkan sebarang risiko dan kecacatan yang tidak diingini berlaku pada bayi. Adalah lebih baik jika mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cuba petua tradisional.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Kuning/Jaundis Boleh Berterusan Lebih 30 Hari, Begini Panduan Yang Betul Mengatasinya!
Baca juga: Bayi Demam Kuning Lama/ Prolonged Jaundice, Ini Punca & Petua Berkesan Untuk Ibu Cuba
Baca juga: 5 Amalan Bahaya Yang Tidak Patut Dilakukan Untuk Turunkan Kuning Bayi!