Angin Monsun Timur Laut (Musim Hujan & Banjir) Di Malaysia: Kawasan Yang Berisiko & Persediaan

Angin monsun timur laut dijangka melanda lebih awal pada tahun 2024 ini disebabkan oleh perubahan cuaca yang dialami di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.

Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering.

Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai fasa peralihan monsun.

Kenali Apa Itu Angin Monsun Timur Laut

Monsun Timur Laut merujuk kepada tiupan angin yang datang dari kawasan daratan China dan Siberia, merentasi Laut China Selatan, dan menuju ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Angin ini membawa lembapan tinggi yang menyebabkan hujan lebat berterusan, terutamanya di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia.

Secara amnya, fenomena ini menandakan peralihan cuaca kepada musim hujan di Malaysia, berbeza dengan Monsun Barat Daya yang membawa cuaca kering antara Mei hingga September.

Monsun Timur Laut memainkan peranan penting dalam pola cuaca tahunan Malaysia dan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan rakyat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kawasan Yang Terjejas

Fenomena Monsun Timur Laut sering menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri di Malaysia. Kawasan paling terjejas ialah:

  1. Pantai Timur Semenanjung – Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
  2. Johor – Terutamanya kawasan selatan dan pesisir.
  3. Sabah dan Sarawak – Kawasan pesisir pantai juga mengalami kesan monsun, namun lebih tertumpu kepada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan berbukit.

Monsun Timur Laut 2024 Lebih Awal

Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula seawal minggu keempat bulan ini berbanding ramalan awal minggu pertama November, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kesiapsiagaan di pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dipertingkat khususnya dalam mendepani risiko banjir besar di kawasan dikenal pasti berisiko.

“Monsun Timur Laut lazimnya berlaku pada minggu pertama November tetapi disebabkan perubahan cuaca, ada kemungkinan MTL bermula lebih awal iaitu pada minggu keempat Oktober ini.

Ahmad Zahid berkata, orang awam perlu bersiap siaga dari sekarang dalam usaha mengurangkan risiko bencana yang lebih besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran awal lima hari sebelum berlaku taburan hujan melampau atau air pasang besar dan ini dimaklumkan menerusi jawatankuasa peringkat negeri dan daerah.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) METMalaysia, Ambun Dindang, dilaporkan berkata, MTL dijangka bermula November depan dan berterusan sehingga Mac 2025, dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

Katanya, hujan lebat diramal melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember depan.

Persediaan Awal Menghadapi Banjir

Banjir adalah salah satu bencana alam yang sering berlaku di Malaysia, terutama semasa musim monsun. Kesan banjir bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan bersedia lebih awal, kita dapat mengurangkan panik dan memastikan keselamatan keluarga serta harta benda.

1. Dapatkan Maklumat Cuaca dan Kawasan Berisiko

Sentiasa ikuti laporan cuaca terkini melalui media massa atau aplikasi cuaca. Ketahui sama ada kawasan tempat tinggal berada di zon banjir atau berhampiran sungai yang berpotensi melimpah.

Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko bencana dinasihat untuk mengetahui talian kecemasan iaitu 999, bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Anda juga dinasihatkan agar lebih berwaspada dan peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui medium sebaran rasmi.

2. Sediakan Kit Kecemasan

Sediakan kit kecemasan yang mengandungi barang-barang asas seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Makanan kering dan air minuman untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
  • Lampu suluh, bateri, radio, dan power bank.
  • Ubat-ubatan penting dan kit pertolongan cemas.
  • Pakaian, selimut, dan barangan kebersihan seperti sabun serta tuala wanita.

3. Lindungi Dokumen Penting

Simpan dokumen seperti kad pengenalan, sijil lahir, dan pasport di dalam bekas kalis air. Jika boleh, buat salinan digital dokumen dan simpan di dalam telefon.

4. Pelan Evakuasi Keluarga

Tetapkan laluan keluar dan lokasi selamat sekiranya perlu berpindah. Pastikan semua ahli keluarga tahu apa yang perlu dilakukan jika amaran banjir dikeluarkan.

Tindakan Ketika Banjir

Ketika banjir berlaku, keutamaan utama ialah keselamatan diri dan keluarga. Tindakan cepat dan bijak boleh menyelamatkan nyawa.

1. Pindah ke Tempat Tinggi

Jika air mula naik, segera pindah ke tempat tinggi atau pusat pemindahan banjir. Elakkan daripada berjalan atau memandu melalui air banjir kerana arus air boleh deras dan berbahaya.

2. Matikan Bekalan Elektrik dan Gas

Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua suis elektrik dan gas ditutup untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik atau kebakaran.

3. Ikuti Arahan Pihak Berkuasa

Patuh kepada arahan pihak berkuasa dan agensi keselamatan. Jangan pulang ke rumah tanpa arahan rasmi kerana keadaan mungkin masih berbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Kekal Berhubung

Sentiasa bawa telefon bimbit dan power bank bagi memastikan komunikasi dapat diteruskan. Maklumkan kepada keluarga atau rakan tentang keberadaan anda supaya mereka tidak risau.

5. Awasi Anak-Anak

Sentiasa mengawasi anak yang masih kecil dan jangan biarkan mereka bermain dengan air banjir bagi mengelakkan kehilangan nyawa berlaku.

Tindakan Selepas Banjir

Selepas banjir surut, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan masalah kesihatan.

1. Periksa Keselamatan Rumah

Sebelum memasuki rumah, pastikan tiada kerosakan struktur atau wayar elektrik yang terdedah. Pastikan bekalan elektrik hanya dihidupkan setelah diperiksa oleh pihak berkuasa atau juruteknik bertauliah.

2. Bersihkan Kawasan dengan Selamat

Gunakan sarung tangan dan kasut kalis air ketika membersihkan kawasan rumah bagi mengelakkan kecederaan atau jangkitan. Buang perabot atau barangan yang rosak teruk akibat banjir dan tidak boleh digunakan semula.

3. Elakkan Air Tercemar

Jangan minum air tercemar. Pastikan bekalan air bersih sebelum digunakan, atau rebus air untuk membunuh bakteria.

4. Pantau Kesihatan Ahli Keluarga

Perhatikan tanda-tanda penyakit seperti demam dan cirit-birit, kerana banjir boleh menyebabkan wabak penyakit seperti leptospirosis atau demam denggi.

Monsun Timur Laut adalah fenomena cuaca tahunan yang memberi kesan besar kepada negara, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dengan persediaan awal dan tindakan pantas, kesan buruk bencana ini dapat dikurangkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 Doa Banjir Yang Boleh Diamalkan Agar Dilindungi Dari Musibah & Banjir Segera Surut

Baca juga:  Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!

Baca juga: Elak Memandu Kereta Ketika Banjir, Kalau Terdesak Cuba Cara Ini