X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Anak Main Pengecas Telefon, Doktor Kongsi Cara Mengatasi Renjatan Elektrik!

4 min bacaan
Bahaya Anak Main Pengecas Telefon, Doktor Kongsi Cara Mengatasi Renjatan Elektrik!

Cara mengatasi renjatan elektrik harus dititikberatkan khususnya jika anda memiliki anak kecil di rumah. Ini beberapa rawatan yang perlu ibu ayah lakukan

Pernah tak anda terlupa menutup suis kabel pengecas telefon selepas digunakan? Menutup suis selepas penggunaannya merupakan satu cara mengatasi renjatan elektrik yang paling penting.

Ada sesetengah orang yang sudah terbiasa melakukan perkara ini kerana menganggap ia selamat, kerana tiada apa yang buruk berlaku. Namun bagi yang mempunyai anak kecil, tabiat seperti ini harus dihentikan segera.

Ia mungkin memudahkan anda namun anda perlu tahu yang arus elektrik masih lagi aktif sekiranya suis tidak dipadam dengan betul!

Baca juga: Bayi MAUT Semasa Tidur Dalam Buaian Elektrik, Sementara Ibu Keluar Ke Pejabat Pos 

Cara mengatasi renjatan elektrik: kanak-kanak maut akibat renjatan dari pengecas telefon

keselamatan elektrik

gambar hiasan

Seorang kanak-kanak  berusia 2 tahun mati selepas meletakkan hujung kabel pengecas telefon yang masih dipasang suis, di dalam mulutnya.

Dalam kejadian yang berlaku di Jahangarabad, India tersebut, kanak-kanak ini terkena renjatan elektrik yang menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

Menurut laporan,  mangsa dan ibunya pergi ke bandar untuk melawat datuk dan nenek. Di sana, Razia, ibu kepada si kecil tersebut telah meninggalkannya untuk bermain sendirian di dalam bilik di mana ada pengecas telefon yang masih dipasang.

Ibunya dikatakan menggunakan kabel tersebut terlebih awal dan lupa untuk menanggalkannya dari soket semasa mengeluarkan telefonnya.

Malangnya, kanak-kanak itu telah memasukkan hujung kabel itu ke dalam mulutnya dalam keadaan arus eletrik masih mengalir, menyebabkan berlakunya renjatan ke tubuh si kecil itu. Mangsa meninggal dunia semasa ke hospital.

Rawatan terkena renjatan elektrik pada anak kecil atau ahli keluarga

rawatan-renjatan-elektrik

Setiap rumah yang mempunyai barangan elektrik hendaklah diuruskan dengan baik, terutamanya bagi yang mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan.

Cara mengatasi renjatan elektrik yang paling utama adalah ibu ayah hendaklah memastikan kawasan rumah  mempunyai soket diselia dengan baik, dan elakkan dari melakukan pembaikan atau ubahsuai elektrik sekiranya tidak mempunyai kemahiran berkenaan.

Sekiranya berlaku kemalangan renjatan elektrik, berikut merupakan cara rawatan yang boleh dilakukan:

Rawatan di rumah

Sekiranya renjatan elektrik adalah bervoltan rendah dan tempoh masa sekejap, misalnya renjatan semasa memegang periuk nasi, atau yang menyebabkan luka kecil, rawatan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Malah kebanyakkan renjatan elektik voltan rendah ini tidak memberikan masalah lanjut kepada mangsa. Paling tidak pun anda akan terkejut akibat renjatan yang singkat tersebut.

Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat lanjut untuk rawatan atau suntikan tetanus jika perlu. Bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik pula, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan rawatan di hospital.

merawat-kulit-terbakar

Rawatan doktor

Bagi semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang mengakibatkan bahagian tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan. Sekiranya anda atau kenalan anda terkena renjatan sebegini, bawa mangsa ke Unit Kecemasan dengan segera.

Perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • Sebarang kecederaan atau kesan terbakar pada kulit
  • Sama ada mangsa sewaktu terkena renjatan
  • Sekiranya mangsa mengadu kebas, sesemut, kelumpuhan/kelemahan pada pergerakan, masalah penglihatan, pendengaran atau kesukaran bertutur
  • Semua kes ibu hamil terutamanya jika 20 minggu keatas

Cara elak terkena renjatan elektrik kecil yang lain

Menurut perkongsian oleh Dr Redza Zainol, ada beberapa langkah yang boleh ibu ayah lakukan bagi mengelakkan si manja terkena renjatan elektrik di rumah iaitu:

  • Tutup semua soket elektrik
  • Semua wayar adalah dilindungi dengan penebat
  • Jauhkan wayar dari jangkauan tangan anak
  • Anak-anak dipantau bila berada di kawasan yang berisiko mengalami kecederaan elektrik

Manakala sekiranya anak sudahpun terkena renjatan elektrik:

  1. Padam bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah. Mematikan alat elektrik TIDAK menghentikan arus elektrik
  2. Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, guna objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak anak dari sumber elektrik
  3. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah
  4. Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa anak untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada, segera buat CPR
  5. Jika anak ada kesan luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jirus dengan air mengalir sederhana sejuk hingga reda kesakitan

Buat kita semua, sentisa beringat untuk utamakan keselamatan elektrik dengan mencabut kabel pengecas telefon dari soket selepas menggunakannya. Ia satu tindakan yang sangat berbahaya, khususnya kepada anak kecil atau haiwan peliharaan.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: worldofbuzz

Baca juga: Anda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bahaya Anak Main Pengecas Telefon, Doktor Kongsi Cara Mengatasi Renjatan Elektrik!
Kongsikan:
  • Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

    Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

  • Gara-Gara Dipegang & Dicium Orang, Bayi Ini Derita Dermatitis Atopik Yang Sukar Dipulihkan!

    Gara-Gara Dipegang & Dicium Orang, Bayi Ini Derita Dermatitis Atopik Yang Sukar Dipulihkan!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

    Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

  • Gara-Gara Dipegang & Dicium Orang, Bayi Ini Derita Dermatitis Atopik Yang Sukar Dipulihkan!

    Gara-Gara Dipegang & Dicium Orang, Bayi Ini Derita Dermatitis Atopik Yang Sukar Dipulihkan!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.