Anda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Anda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Parents, pastikan rumah anda selamat untuk si manja sebaik-baiknya sebelum kelahirannya lagi ya!

Parents, anda tahu cara elak kemalangan di rumah? Salah satu langkah terpenting selepas anda mengandung adalah melengkapi rumah anda dengan produk mesra bayi.

Ya, memang banyak perubahan yang perlu dilakukan sekiranya ada anak kecil dan ini termasuk juga susun atur di rumah.

Sebaik melahirkan anak, kebanyakkan ibu bapa pasti belum lagi terfikir untuk menjadi rumah baby proof atau selamat dari bayi kerana si manja masih belum boleh bergerak jauh.

Tetapi sebaik sahaja anak boleh merangkak atau mencapai perabot, mulalah parents terfikir bagaimana untuk menjadikan rumah ini selamat untuk bayi?

10 Keadaan Rumah Yang Boleh Jadi Berbahaya Untuk Bayi

produk mesra bayi

Ada beberapa perkara di rumah yang menjadi rumah bahaya untuk bayi. Berikut merupakan sebahagian daripadanya yang mungkin parents tidak sedar:

  1. Tingkap rumah tanpa grill.
  2. Dapur tanpa pintu.
  3. Lantai licin di bilik air.
  4. Lantai marble/batu yang keras.
  5. Meja dan kerusi dengan bucu yang tajam.
  6. Barangan perhiasan kaca atau batu yang berat.
  7. Soket yang terbuka.
  8. Cat rumah yang bertoksik.
  9. Tempat penyimpanan bahan pembersihan yang terbuka.
  10. Kabinet atau laci yang mudah dibuka.

Wah, banyak juga kan? Mungkin ia kelihatan remeh tetapi percayalah, apabila bayi sudah boleh merangkak, berjalan dan sudah bijak membuka kabinet pasti parents mula pening kepala apabila perlu mengawal si kecil sepanjang masa!

Baby Proof Rumah dengan Produk Mesra Bayi 

Kami ingin membantu anda dengan menyenaraikan beberapa produk mesra bayi yang anda boleh pertimbangkan untuk diletakkan di rumah. Lebih baik parents berjaga-jaga sebelum terjadi kemalangan.

Langkah pertama untuk membuatkan rumah baby proof adalah dengan mengalihkan barangan tertentu untuk sementara waktu contohnya pasu, barangan perhiasan yang kecil (risiko tercekik) dan alih susun atur perabot seperti sofa atau kabinet jauh dari tingkap.

Selebihnya, mungkin parents boleh dapatkan beberapa barangan keselamatan yang disenaraikan di bawah ini:

#1 Pagar Bayi

bahaya di rumah, produk mesra bayi

Pagar bayi merupakan satu keperluan penting terutamanya bagi rumah yang mempunyai tangga atau akses mudah ke dapur. Pastikan pagar bayi cukup tinggi bagi mengelakkan bayi memanjatnya dan cukup lebar bagi menutup keseluruhan akses ke tempat tertentu.

#2 Pelindung Bucu Mejarumah baby proof

Pelindung bucu meja bertekstur getah mudah serta cepat untuk dipasang dan tiada alat diperlukan malah boleh digunakan pada pelbagai jenis dan saiz perabot.

#3 Kunci Kabinet dan Laci

keselamatan kanak-kanak

Kunci kabinet akan memastikan kanak-kanak jauh dari mencapai barangan pembersih berbahaya. Ia sukar untuk dicabut oleh kanak-kanak, tetapi mudah untuk dibuka oleh orang dewasa.

#4 Pelindung SoketAnda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Pelindung soket atau palam melindungi bayi daripada kejutan elektrik. Bayi cenderung tertarik kepada soket yang terbuka tambahan lagi apabila ia diletakkan di lantai atau jika soket berada di dinding kawasan rendah.

#5 Penahan Pintu

produk mesra bayi

Bayi dan kanak-kanak kadangkala tidak sengaja tertolak pintu dengan kuat memberikan risiko yang bahaya untuk mereka sekiranya pintu tertutup. Sekiranya tiada penahan pintu, mungkin bayi akan tersepit!

Penahan pintu yang biasa mungkin akan beralih kedudukan atau tidak berfungsi dengan baik. Gunakan produk yang lebih mesra bayi seperti penahan pintu yang diperbuat dari getah atau span yang boleh menahan pintu dari tertutup sendiri.

#6 Lantai Getah/Polistrin

Anda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Bilik air yang licin boleh menyebabkan bayi atau kanak-kanak jatuh semasa mandi. Dapatkan pelekat getah atau lantai getah yang boleh diletakkan di lantai bilik air yang boleh didapati dalam pelbagai corak yang berwarna-warni.

#7 Lapik Tombol Pintu

produk selamat untuk bayi

Satu hari nanti, anak kecil anda akan belajar bagaimana membuka pintu menggunakan tombol pintu. Jadi ini pastinya jadi lebih sukar untuk menjauhkan mereka dari tempat-tempat yang mereka tidak patut pergi. 

Ini hanya untuk sementara waktu sahaja sebelum mereka dididik dengan sebetulnya dan faham untuk tidak pergi ke bilik sembarangan.

#8 Tali Keselamatan Untuk Perabot

keselamatan di rumah

sumber: amazon

Tali keselamatan ini digunakan untuk perabot utama seperti rak buku atau almari yang berat. Malah digunakan untuk televisyen yang digantung atau terletak di atas meja yang juga punca utama kecederaan apabila kanak-kanak berhampiran dengan perabot berat yang berisiko jatuh.

#9 Alas Pinggan

Anda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Lupakan tentang alas meja, gantikan dengan alas pinggan yang tidak licin dan lebih selamat. Sesetengah kanak-kanak suka menarik alas meja ke bawah dan ini boleh menyebabkan barang atas meja jatuh dengan mudah!

#10 Pagar Tetingkap

keselamatan anak

sumber: guardianangewindowsguard

Pagar tetingkap adalah alat logam atau aluminium yang dipasang di bahagian bawah tingkap sesuai dengan ketinggian kanak-kanak. Ia direka bentuk dan diuji secara khusus untuk mencegah kanak-kanak jatuh dari tingkap, bukan untuk mencegah pencurian. 

Diharap perkongsian ini dapat membantu mencegah kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di rumah. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Anda Yakin Rumah Dah Selamat Buat Anak? Ini 10 Benda BAHAYA Yang Ada Di Rumah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: today/safety

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner