Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Anmum Essential telah melancarkan semula susu rumusan untuk kanak-kanak yang mengandungi nutrisi penting untuk keperluan kanak-kanak berumur 1-6 tahun. Diformulasikan dengan MFGM-Gangliosida-DHA, 15 nutrien penting dan tanpa gula tambahan**.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu - perkataan dua suku kata yang menjadi fokus utama para ibu. Kenapa? Ini adalah kerana susu adalah sumber khasiat yang baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Semakin membesar, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan yang sesuai untuk keperluan badan mereka, dan semestinya pengambilan susu juga harus termasuk dalam pelan pemakanan harian mereka. Bagi kanak-kanak yang berusia 1 hingga 6 tahun, mereka boleh diperkenalkan dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang telah direka khas mengikut kesesuaian dan keperluan mereka.

Namun, adakah semua susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang ada dipasaran mempunyai khasiat yang sama? Tidak. Setiap jenis dan jenama susu mempunyai kandungan yang berbeza, sekaligus memberikan khasiat atau nutrisi yang berbeza.

Baru-baru ini, Anmum Essential telah melancarkan semula susu tepung rumusan untuk kanak-kanak mereka yang mengandungi nutrien penting untuk membantu menyokong keperluan kanak-kanak berumur 1-6 tahun.

Menerusi susu tersebut, Anmum Essential masih menggunakan susu tepung yang diimport dari New Zealand dan bersandarkan kajian lebih 90 tahun oleh Fonterra New Zealand R&D Centre. Yang lebih utama, Anmum Essential baharu ini juga tetap menekankan ciri utama produk tersebut, iaitu tanpa gula tambahan** dan tinggi dengan nutrien yang baik untuk membantu menyokong keperluan perkembangan kanak-kanak.

Anmum Essential sudah lama berada di pasaran dan amat terkenal di kalangan ibu terdahulu,  membuktikan yang formulasinya berkualiti dan dipercayai. Tambahan lagi,  Anmum Essential merupakan satu-satunya^ susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia yang mengandungi MFGM-Gangliosida-DHA dan tanpa gula tambahan**.

Jika anda masih tidak arif dengan apakah kandungan penting yang harus ada dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, jom lihat apakah kelebihan Anmum Essential yang menjadikannya susu pilihan utama untuk anak anda.

1.Diformulasikan dengan MFGM-Gangliosida-DHA yang penting untuk membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terma DHA banyak digunakan apabila berbincang tentang susu kerana DHA adalah kandungan yang wajib ada dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. DHA adalah nutrien yang penting untuk membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Gangliosida atau Gangliosides (GA) adalah nutrien yang membantu dalam pembentukan hubungan sel-sel otak kanak-kanak yang sedang membesar, menjadikannya sama penting dengan DHA. Membran Globul Lemak Susu (MFGM) pula menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku serta daya ketahanan badan3.

2. Tanpa gula tambahan**

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semestinya badan manusia memerlukan gula untuk berfungsi. Tetapi, kandungan gula berlebihan sebenarnya memudaratkan dan memberikan kesan sampingan yang signifikan kepada tubuh badan manusia, terutama sekali di kalangan kanak-kanak. Antara kesan yang sering dibincangkan oleh golongan ibu di laman sosial ialah anak menjadi terlebih aktif atau hyperactive, susah tidur dan kurang selera makan jika terlebih pengambilan gula pada hari itu.

Yang sebenarnya, ini hanyalah kesan jangka masa pendek. Kesan jangka masa panjangnya adalah lebih merunsingkan - iaitu mengganggu perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut kajian, pengambilan minuman bergula yang semakin banyak akan menyebabkan skor kecerdasan verbal berkurangan sebanyak 2.4 poin bagi setiap hidangan/hari4.

Disebabkan ini, sebagai ibu, anda harus membaca maklumat pemakanan dalam setiap gelas susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dicetak pada pek susu untuk mengenal pasti apakah kandungan tambahan dalam susu tersebut.

3. Mengandungi 15 nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu yang mengadu dan risau tentang jumlah kandungan vitamin dan nutrien yang diambil dalam pemakanan anak mereka. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan anak yang bersikap memilih makanan atau cerewet adalah punca kepada masalah ini. Susu Anmum Essential mengandungi 15 nutrien penting yang membantu untuk menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar seperti Kalsium tinggi, Protein tinggi dan Zat Besi.

4. Mengandungi prebiotik yang penting bagi persekitaran usus yang baik untuk kanak-kanak.

Anmum Essential juga mengandungi prebiotik Inulin iaitu sejenis prebiotik yang membantu meningkatkan jumlah bifidobakteria yang baik untuk persekitaran usus kanak-kanak.

Secara keseluruhan, empat ciri-ciri penting di atas adalah keunikan yang terdapat dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Anmum Essential yang menjadikannya pilihan utama untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Formulasinya telah ditambah dengan MFGM-Gangliosida-DHA dan 15 nutrien penting untuk menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu Anmum Essential juga dirumus tanpa gula tambahan** menjadikannya susu yang bagus dalam pelan pemakanan anak anda. Seperti yang dikongsikan di atas, pengambilan gula berlebihan sebenarnya memberi kesan negatif kepada perkembangan kognitif, daya ingatan dan pembelajaran kanak-kanak itu. 

Sekarang anda sudah tahu tentang kepentingan nutrien tambahan dalam susu tepung rumusan kanak-kanak. Buatlah pilihan yang akan memberi pelbagai manfaat dan baik untuk perkembangan minda anak anda.

Selain itu, golongan ibu juga perlu peka dalam menentukan pelan pemakanan yang sesuai untuk anak yang sedang membesar. Setiap kanak-kanak sememangnya berbeza, tetapi secara umumnya, mereka memerlukan makanan dan minuman yang berkualiti agar mereka dapat mencapai potensi sepenuhnya semasa membesar.

Jadi, kawal pengambilan snek dan air manis dalam diet anak-anak anda dan pastikan susu yang diminum oleh mereka setiap hari itu juga mempunyai kandungan dan nutrien tambahan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan mereka.

Anmum Essential, satu-satunya^ susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia yang diformulasi dengan MFGM-Gangliosida-DHA. Para ibu kini boleh menarik nafas lega dan tidak perlu lagi tercari-cari susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang sesuai untuk anak berusia 1 hingga 6 tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dapatkan sampel susu Anmum Essential hari ini secara percuma. Cuba sekali, pasti nak lagi! 

^Merujuk kepada label produk bagi jenama utama susu tepung rumusan kanak-kanak

**Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai 'gula' dan 'gula tambahan' di bawah​ Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan​ Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan- bahan pemanis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain

Baca juga:  9 cara buat IQ anak lebih pintar dan bijak, terbukti berkesan!

Baca juga: Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik