Anuerisma otak adalah penyakit yang tidak dapat kita jangkakan. Baru-baru ini, seorang anak berusia tiga tahun meninggal secara tiba-tiba. Selepas diselidiki, anak itu rupanya menghidap anuerisma otak dan tidak sempat diselamatkan.
Isi Kandungan
Anak 3 Tahun Meninggal Tiba-Tiba Kerana Anuerisma Otak!
Pada 24 April lalu, seorang anak berusia tiga tahun meninggal dunia di Thailand. Ibu anak itu menceritakan anaknya sering bermain air dan berendam di dalam basin. Anak kecil itu juga mempunyai sebuah basikal yang akan diletakkan dia sebelah basin tempat dia bermain air.
Menurut ibunya, anaknya akan bertukar-tukar permainan. Selepas bermain basikal, anak kecil itu akan berendam di dalam air. Dia kemudian akan bertukar lagi untuk bermain basikal.
Sehingga hari kejadian, anak itu bermain masih bermain dengan air dan basikalnya di bawah sinaran matahari sehingga senja. Apabila dia pulang ke rumah, dia memberitahu datuknya yang dia mengalami sakit kepala.
Jadi datuknya menyuruh anak itu menukar pakaian basahnya dan anak itu tidur selepas meminum susu. Sekitar pukul 8 malam, anak kecil itu mengadu sakit kepala kemudian muntah sebanyak empat kali sebelum pengsan.
Datuknya membawa anak kecil itu ke hospital yang tidak jauh dari rumah mereka. Namun, sebaik tiba di hospital, mereka mendapati anak itu telah meninggal dunia.
Menurut datuknya, dia tinggal di rumah itu bersama adiknya dan cucu perempuannya. Ibu kepada anak itu pula tiada di rumah kerana perlu bekerja di luar negeri.
“Cucu perempuan saya selalu bermain di bawah cahaya matahari dan berendam di dalam basin. Dia akan bermain basikal secara berkala dan akan kembali untuk bermain air.
“Apabila kejadian itu berlaku, saya memang sangat terkejut. Semua berlaku dengan cepat dan saya tidak bersedia,” kata datuk itu.
Sementara itu, ibu kepada anak 3 tahun yang meninggal itu pula terus pulang ke kampung selepas mendengar berita kematian anaknya.
Menurut doktor, berdasarkan hasil imbasan otak anak 3 tahun itu, mereka mendapati terdapat air di telingaya yang mungkin menjadi puca pendarahan otak.
Anak kecil itu juga mengalami simptom yang sama seperti pneumonia kerana suka bermain air dan berendam dalam jangka masa yang panjang, serta menaiki basikal di bawah sinaran matahari. Ini menyebabkan tubuh anak kecil itu mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik.
Ketua Penyelidikan Perubatan, Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, Universiti Mahidol berkata kemungkinan punca kematian anak kecil itu disebabkan pecahnya saluran darah otak dari aneurisma atau arteriovenous malformation (AVM).
“Ia mungkin wujud sejak lahir tanpa menunjukkan simptom. Apabila saluran darah pecah, ia menimbulkan tekanan tinggi di dalam tengkorak, sakit kepala, muntah berlebihan dan kehilangan kesedaran.
“Beberapa individu mengalami neurogenic pulmonary edeme yang menyebabkan cecair terkumpul di paru-paru. Keadaan ini tidak dapat dikesan sebelum ia berlaku, kecuali jika ada penyakit genetik yang berkaitan atau sejarah keluarga.
“Ia adalah perkara yang sangat jarang berlaku dan tidak berkaitan dengan bermain air atau cuaca panas. Ia hanya berlaku secara tiba-tiba,” katanya.
Untuk perkongsian kali ini, kami akan memperkenalkan apa itu anuerisma otak kepada ibu bapa agar anda lebih peka terhadap keadaan anak anda.
Apa Itu Aneurisma Otak?
Anuerisma otak disebabkan oleh penurunan dinding saluran darah di kawasan tertentu. Ini menyebabkan dinding saluran darah di kawasan tersebut lebih nipir daripada kawasan yang lain.
Apabila tekanan berlaku atau aliran darah mengalir melaluinya untuk jangka amsa yang lama, tekanan itu akan menyebabkan dinding saluran darah yang nipis membengkak seperti belon dan mungkin pecah menyebabkan pendarahan ke lapisan subarachnoid.
Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh kista buah pinggang, stenosis aorta dan kecederaan otak dan sebagainya. Penyakit ini boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang simptom. Ini meningkatkan risiko terjadinya anuerisma otak dan menyebabkan kematian secara tiba-tiba.
Simptom Aneurisma Otak
1. Aneurisma Otak Tidak Pecah
Secara umumnya, pesakit yang mengalami anuerisma otak tidak pecah tidak akan tahu yang mereka sedang menghidap penyakit itu. Anuerisma otak tidak pecah menyebabkan tekanan kepada tisu otak dan saraf kranial.
Simptom ini bergantung kepada kawasan yang tertekan, contohnya jika ditekan ke saraf kranial kelima atau pada otot yang mengawal mukanya, pesakit akan mengalami sakit di wajahnya.
Dalam beberapa kes lain, pembekuan darah boleh berlaku sehingga menyebabkan saluran darah di otak tersumbat. Simptom muncul mengikut kawasan otak dan bekalan darah berkurangan.
2. Anuerisma Otak Pecah
Simptom hanya akan muncul setelaah ukuran anuerisma telah membesar dan menekan saluran darah. Keadaan ini menyebabkan pendarahan dalam otak atau subarachnoid dan pesakit akan berasa sakit kepada yang teruk terutamanya di bahagian leher.
Pesakit akan mengalami mual, muntah dan dalam beberapa kes pesakit mungkin kehilangan kesedaran selepas mengalami sakit kepala. Apabila dia bangun, dia masih mengalami sakit yang teruk di kepala. Jika simptom ini berterusan, jumpa dengan doktor.
Bagaimana Anda Tahu Ia Anuerisma Otak
Biasanya, penyakit ini hanya diketahui apabila sakit kepala atau simptom yang disebutkan sebelum ini berlaku. Oleh kerana itu, ia penting untuk anda membuat pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan ini akan membantu anda mengesan anuerisma otak dengan lebih cepat. Kebanyakan diagnos anureisma otak berlaku secara tidak sengaja kerana penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom dari awal.
Penyakit ini hanya dapat dikesan selepas anda menjalani pemeriksaan otak seperti high-speed brain computerized tomography atau turut dikenali sebagai CT scan.
Rawatan Anuerisma Otak
Terdapat beberapa rawatan bagi penyakit ini yang bergantung kepada penilaian dan diagnosis lokasi, saiz dan bentuk anuerisma serta umur dan kesihatan pesakit. Rawatan untuk anuerisma otak adalah seperti berikut:
1. Memasukkan klip ke dalam kawasan anuerisma
Kaedah ini membantu menghalang darah daripada masuk ke kawasan dengan anuerisma untuk mengelakkan pengembangan pada saluran darah sehingga boleh menyebabkan ia pecah.
2. Pembedahan otak
Kaedah ini membantu menutup dan memperbaiki dinding anuerisma. Jika pesakit mempunyai gumpalan darah di dalam otak, doktor akan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan darah itu.
3. Penghalang/Penyekat Saluran Kalsium
Penghalang saluran kalsium membantu mengurangkan risiko berlakunya pendarahan otak yang disebabkan salur darah yang yang mengecut dalam otak.
Cara Menyejukkan Badan Anak Anda
Dalam kes anak kecil tadi, kematiannya bukan disebabkan bermain air atau terdedah kepada matahari namun disebabkan oleh cuaca panas yang melampau. Aktiviti luar seperti yang dilakukan oleh anak kecil itu telah menjejaskan kesihatan dirinya.
Walaupun dilindungi daripada cahaya matahari, cuaca panas yang melampau masih boleh membahayakan anak anda. Oleh kerana itu, sebagai ibu bapa anda perlu belajar cara untuk menyejukkan badan anak anda. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan.
1. Pilih Pakaian Yang Mempunyai Pengudaraan Yang Baik
Pilih pakaian yang berwarna cerah yang diperbuat daripada kain yang membolehkan pengudaraan yang baik. Elakkan juga pakaian yang terlalu ketat untuk anak anda/
2. Beri Anak Minum Air Secukupnya
Kanak-kanak cenderung untuk kehilangan lebih banyak air dalam tubuh mereka berbanding orang dewasa. Oleh kerana itu, mereka perlu minum air dengan kerap dan elakkan pengambilan minuman bergula atau minuman berkarbonat secara berlebihan.
3. Lap Badan Anak Untuk Turunkan Suhu Badan
Untuk langkah ini, guna kain lap yang lembap dengan air suam atau air pada suhu bilik. Lap badan mereka perlahan-lahan utnuk membantu anak anda untuk berasa lebih selesa sepanjang hari.
4. Kurangkan Aktiviti Luar
Jika tiada keperluan untuk berada di luar, jangan bawa anak anda berjemur di bawah sinaran matahari. Tapi, kalau ada aktiviti luar yang tak dapat dielakkan, pastikan mereka memakai topi atau payung.
Berikan juga mereka masa untuk berlindung dari sinaran matahari. Selain itu, ia juga penting untuk memakaikan anak anda sunscreen dengan SPF30 atau ke atas sebelum mereka keluar.
5. Main Dengan Air Secara Selamat
Jika anda membawa anak bermain dengan air seperti di kolam renang, pastikan mereka pakai jaket keselamatan dan pantau keadaan mereka dengan teliti. Selain itu, elakkan daripada membiarkan mereka bermain di bawah sinaran matahari terlalu lama.
6. Makan Buah Untuk Sejukkan Badan
Bagi membantu menyejukkan badan anak anda dengan cara yang sedap, berikan buah kepada mereka. Terdapat beberapa jenis buah yang boleh menyejukkan badan anak anda seperti tembikai, kelapa atau nanas.
7. Pakai Kasut Yang Tak Ketat Dan Elakkan Stokin
Kaki merupakan anggota badan yang memainkan peranan penting dalam membebaskan haba dari badan. Kanak-kanak disarankan untuk memakai kasut yang membenarkan peredaran darah dengan mudah.
Walaupun adnda mengikuti semua saranan ini, anda masih perlu mengawasi anak anda dengan ketat. Jangan biarkan mereka bermain air atau mandi di bawah matahari terik dengan lama.
Sekiranya anak anda menunjukkan simptom seperti sakit kepala, mual atau keletihan, bawa mereka berjumpa doktor dengan segera. Semoga bermanfaat!
Penulis asal Samita. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Thailand untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Kecil Berubah Sikap Selepas Ke Sekolah? Awas Ibu, Ini Tanda-Tanda Dia Sebenarnya Mangsa Buli
Baca juga: Ibu Bapa Perlu Risau Jika Anak 6 Tahun Masih Tak Tahu Pegang Gunting, Ini Kata Doktor!