X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Beza Pelat Normal & Tak Normal, Bila Anda Perlu Risau? Tiada Ubat Boleh Betulkan Pelat, Jangan Terpedaya!

4 min bacaan
Beza Pelat Normal & Tak Normal, Bila Anda Perlu Risau? Tiada Ubat Boleh Betulkan Pelat, Jangan Terpedaya!

Memang biasa anak kecil pelat. Tetapi pada tahap umur berapakah yang perlu kita risau dengan perkembangan anak yang pelat ini?

Pelat memang perkara biasa berlaku dalam kalangan anak kecil. Tetapi ada ketikanya pelat ini petanda tidak baik jika ia tidak sesuai dengan perkembangan usia anak.

Pelat adalah keadaan bila seseorang individu itu menyebut sesuatu perkataan dengan bunyi yang berbeza daripada ejaan asalnya. Ia adalah hasil daripada pergerakan bibir, mulut dan lidah yang mempunyai kaitan dengan saraf neurologikal.

Perkataan-perkataan seperti makan yang akan berbunyi sebagai ‘akan’, minum sebagai ‘inum’ dan sayang sebagai ‘ayang’ sering berlaku dalam kalangan bayi berusia setahun sehingga kanak-kanak seawal usia tujuh tahun. Ada kes juga yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Pelat boleh dirawat tetapi perlu intervensi yang betul

pelat

Kredit: majalahpama

Menurut terapis cara kerja, Aishah Kassim, masalah pelat dengan masalah lambat bercakap adalah dua masalah berbeza. Pelat ini ada yang kes normal dan ada juga kes tidak normal yang mana ia ditentukan berdasarkan umur anak. 

Katanya, perlu diketahui pelat adalah lebih kepada kesalahan menyebut bunyi yang menjadi sebutan lain. Biasanya kanak-kanak yang sedang belajar bercakap memang akan pelat dan jika kena dengan umurnya ia masih dikira normal.

Jika anak itu lambat bercakap, dia bukan pelat itu bermakna anak ada masalah bahasa, iaitu vocab masih belum banyak dan masih tidak boleh buat ayat, masih tiada first word dan sebagainya. 

Tetapi jika anak sudah bercakap, tetapi sebutan tidak tepat, itu adalah pelat.

Bagaimana keperluan sesuatu intervensi itu ditentukan? Ada beberapa jenis pelat yang perlu anda tahu ia termasuklah:

#1. Tukar bunyi

Contohnya, sebutan betul adalah ‘kakak’ tetapi anak sebut ‘tatak’. Atau jika ‘pokok’ jadi ‘potok’ dan jika susu jadi ‘cucu’. Ada banyak lagi contoh lain yang mana anak tukar bunyinya. 

#2. Buang bunyi

Contohnya, ‘bola’ dibuang bunyi ‘b’ menjadi ‘ola’. Atau ‘bola’ menjadi ‘boa’.

#3. Buang suku kata

Contohnya, ‘makan’ jadi ‘kan’. Nasi menjadi ‘sik’. Yang mana anak akan cakap yang hujung-hujung saja biasanya. 

Pelat jadi tak normal jika ia tidak seiring umur

pelat

kredit: aishahkassim

#1. Anak 3 tahun ke bawah

Kebanyakan jenis pelat yang anak buat masih dikira normal sekiranya anak masih berada dalam lingkungan umur ini. Sebarang bentuk kesalahan sebutan atau kesalahan adalah masih dalam peringkat normal.

Ia berikutan, organ pertuturan masih belum matang dan anak masih perlu praktis gerakan lidah, bibir, mulut dan gigi dengan betul supaya ada syncrhonization yang betul. 

Bercakap adalah pergerakan motor halus yang mana ia sememangnya lebih sukar berganda berbanding pergerakan motor kasar seperti pergerakan tangan. 

Cara untuk betulkan anak pada usia ini adalah ajar saja perkataan penuh padanya.

#2. Tiga tahun ke atas

pelat

kredit: siraplimau

Sepatutnya sudah buat bunyi huruf b,h,m,w,p.

#3. Empat tahun

Sepatutnya sudah buat bunyi huruf k,g, c, y, t

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

#4. Bawah 5 tahun

Normal jika anak masih tidak boleh sebut huruf r dan L dengan betul kerana untuk menyebut perkataan ini dengan betul ada kemungkinan boleh cecah umur anak hingga 6 tahun. 

Makan ubat tak boleh betulkan pelat

Terapis ini turut menegaskan, makan ubat untuk betulkan pelat langsung tidak membantu justeru jangan mudah terpedaya dan berikan ubat yang kononnya boleh sembuhkan pelat anak. 

Berbeza rawatan untuk anak speech delay

Jika anak ada sejarah speech delay, kita tidka boleh ukur perkembangan mereka dengan merujuk kepada carta normal. Perlu ambil kira penguasaan bahasanya pada umur bila. 

Bila anak mula bercakap. Jika first word dia muncul pada umur tiga tahun, dia seolah-olah berada pada tahap perkembangan umur setahun. 

Jangan langkau. Apa yang penting ada lihat dan pantau umur pertuturannya atau speech age.

Syarat rawatan pelat untuk berjaya

Untuk rawatan pelat, anak itu mestilah sudah boleh faham arahan dan dia sudah boleh buat ayat dengan beberapa perkataan. Tahap penguasaan bahasa anak perlulah sudah berada pada tahap boleh buat ayat.

Ini kerana jika anak masih pada single word memang susah untuk dia berjaya terapi pelat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: majalahpama

Baca juga: 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap, Amalkan Ia Selalu Setiap Hari

Baca juga: 5 Topik Mudah Untuk Anda Bercakap Dengan Bayi, Boleh Rangsang Otaknya Jadi BIJAK!

Baca juga: Tingkatkan kosa kata anak anda dengan 7 tip mudah ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Beza Pelat Normal & Tak Normal, Bila Anda Perlu Risau? Tiada Ubat Boleh Betulkan Pelat, Jangan Terpedaya!
Kongsikan:
  • Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!

    Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!

  • Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

    Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

  • Alat Muzik Rangsang Kreativiti dan Perkembangan Motor Si Manja, Ini Antara Yang Terbaik

    Alat Muzik Rangsang Kreativiti dan Perkembangan Motor Si Manja, Ini Antara Yang Terbaik

  • Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!

    Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!

  • Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

    Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

  • Alat Muzik Rangsang Kreativiti dan Perkembangan Motor Si Manja, Ini Antara Yang Terbaik

    Alat Muzik Rangsang Kreativiti dan Perkembangan Motor Si Manja, Ini Antara Yang Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.