X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Bapa Perlu Risau Jika Anak 6 Tahun Masih Tak Tahu Pegang Gunting, Ini Kata Doktor!

4 min bacaan
Ibu Bapa Perlu Risau Jika Anak 6 Tahun Masih Tak Tahu Pegang Gunting, Ini Kata Doktor!

Sebut saja nak beri gunting pada anak ada ibu bapa yang gerun. Tetapi tahukah anda, kemahiran menggunting kertas misalnya banyak kebaikannya kepada anak.

Sebut saja nak beri gunting pada anak ada ibu bapa yang gerun kerana bimbang keselamatan anak. Tetapi tahukah anda, kemahiran menggunting kertas misalnya banyak kebaikannya kepada anak.

Ia bukan saja baik untuk perkembangan fizikal malah kemahiran menggunting ini sangat baik untuk perkembangan mental dan perkara lain yang berkaitan dengan pembelajaran. 

Ada yang memang langsung tak bagi anaknya pegang gunting kerana risaukan terluka tangan, tetapi anda patut lebih risau jika anak anda langsung tidak tahu memegang gunting lebih-lebih lagi jika umurnya sudah enam tahun. Nak tahu kenapa? Doktor ini kongsikan sebabnya. 

Baca juga: Bagaimana Untuk Bantu Kemahiran Motor Anak Yang Ketinggalan & Bila Anda Perlu Bimbang 

Menggunting kertas kemahiran patut anak kuasai

Menggunting kertas Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ibu bapa perlu risau jika anak sudah berumur enam tahun tetapi masih tidak tahu cara menggunting.

Jika mereka tak boleh menggunting, kemungkinan kemahiran motor halus mereka tidak cekap yang mana itu tidak bagus! Selain boleh memegang pensel dengan betul, menggunting juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh anak-anak sebelum menginjak ke alam persekolahan. Memanipulasi alatan adalah satu kemahiran yang kompleks. Ia memerlukan sistem sensori serta koordinasi antara tangan dan mata yang baik. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai melalui latihan. Jadi tidak salah jika ajarkan anak menggunakan gunting dengan syarat awasi mereka dan pastikan gunting itu adalah selamat untuk kanak-kanak seusia mereka.  Banyak jenis gunting di pasaran dijual untuk kanak-kanak, jadi anda hanya tinggal belikan saja untuk kegunaan mereka. Teknik ajar anak menggunting Menggunting kertas Mungkin sukar untuk anak-anak biasakan diri dengan gunting jika mereka tidak selalu menggunakannya. Lagi-lagi bila sering dikaitkan dengan kecederaan jika menggunakannya lagilah anak-anak ini jadi takut dan kekokkan?

Jadi Dr Kamarul Ariffin mencadangkan cara bagaimana untuk anda ajar dan biasakan diri anak anda dengan gunting bagi memastikan mereka mahir menggunakannya dengan selamat.  Ibu bapa boleh mula mengajar anak-anak kemahiran menggunting dengan teknik yang mudah. Di bawah ini ada gambar teknik menggunting langkah demi langkah untuk panduan untuk ibu  bapa. Susunan perkembangan kemahiran menggunting: 1. Mengoyak 2. Snipping (garisan di tengah) 3. Fringe (garisan tepi) 4. Garisan lurus 5. Garisan zig zag 6. Garisan melengkung (bentuk bulat, gelombang, hati) 7. Sudut tepat (bentuk segi empat, segi tiga) Ajar anak pegang gunting sejak usia dua tahun Menggunting kertas Menurut, artikel yang dikongsikan, shaznurstationery gunting boleh menjadi satu alat yang baik untuk merangsang perkembangan anak-anak. Katanya, menurut pakara, anak yang berada pada tahap perkembangan yang betul dan mengukit peringkat seharusnya mula belajar mengggunting seawal usia dua tahu.

#1. Latih otot kecil

Nak tahu kenapa? Bila anak-anak menggunakan gunting, ia akan melibatkan penggunaan otot-otot kecil pada tangan mereka. Jadi penggunaan gunting amat baik untuk melatih otot-otot kecil ini.

Ini dipanggil fine motor skill. Kemahiran motor halus ini amat diperlukan apabila anak belajar menulis, melukis (memegang pensil/pen/berus) atau dalam melakukan aktiviti seharian seperti memegang berus gigi, menggunakan sudu garfu dan sebagainya.

#2. Koordinasi mata dan tangan

Aktiviti menggunting kertas misalnya sangat bagus untuk meningkatkan penggunaan koordinasi mata-tangan.

Ini bermakna mereka harus menggunakan penglihatan mereka, proses apa yang mereka lihat dan seterusnya boleh menggerakkan tangan mereka sambil melihat kearah objek.

Kelihatan simple tapi ia sebenarnya sesuatu yang rumit kerana memerlukan otak melakukan dua proses yang berbeza!

#3. Koordinasi bilateral

Aktiviti menggunting menggalakkan anak-anak menggunakan koordinasi bilateral (bilateral coordination) di mana mereka seharusnya berupaya menggunakan kedua-dua belah bahagian anggota badan pada masa yang sama.

Apabila menggunting, sebelah tangan harus memegang dan menggerakkan gunting, manakala sebelah lagi pula perlu memegang kertas.

Aktiviti yang melibatkan bilateral coordination ini juga banyak terdapat dalam kerja-kerja seharian kita seperti membasuh pinggan mangkuk, memandu dan menaip.

Cara latih anak gunakan gunting

Jadi sekarang kita dah tahu kan, kenapa kita patut melatih anak kita menggunakan gunting sejak dari awal lagi? Tapi bagaimana cara yang betul untuk melatih anak-anak mengikut usia mereka

  • 2 tahun, latih anak menggunting hujung kertas
  • 2 setengah tahun, gunting sehingga penghujung kertas
  • 3 hingga 3 setengah tahun, gunting garisan gelap selebar 1/2" (tidak boleh melebihi garisan lebih dari tiga kali)
  • 3 setengah hingga 4 tahun, menggunting garisan berbentuk bulatan (harus berada pada garisan sekurang-kurangnya 3/4 dari bulatan)
  • 4 setengah hingga 5 tahun, menggunting garisan berbentuk segiempat (bucu haruslah tajam)

Apabila anak telah mahir satu dari setiap langkah di atas, pastikan dia berupaya menggunting pelbagai jenis ketebalan material, Material yang lebih tebal adalah lebih senang untuk digunting berbanding material yang nipis.

Jadi boleh mulakan dengan menggunting playdoh kemudian kertas manila, kertas biasa dan akhirnya gunting tisu.

Ini bagi memastikan yang anak-anak benar-benar mahir menggunting! Pastikan juga apabila anak mengunting mengikut garisan, garisan tersebut berwarna gelap dan lebar sekurang-kurangnya 1/4-1/2" bagi memudahkan mereka.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Gunakan juga gunting yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak mempunyai muncung yang tajam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, shaznurstationery

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Ibu Bapa Perlu Risau Jika Anak 6 Tahun Masih Tak Tahu Pegang Gunting, Ini Kata Doktor!
Kongsikan:
  • Bagaimana Untuk Bantu Kemahiran Motor Anak Yang Ketinggalan & Bila Anda Perlu Bimbang

    Bagaimana Untuk Bantu Kemahiran Motor Anak Yang Ketinggalan & Bila Anda Perlu Bimbang

  • 7 Fungsi Otak Anak Akan Terjejas Jika Terus Biarkan Dia Sepah Mainan, Tapi Tak Pandai Kemas Balik!

    7 Fungsi Otak Anak Akan Terjejas Jika Terus Biarkan Dia Sepah Mainan, Tapi Tak Pandai Kemas Balik!

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Bagaimana Untuk Bantu Kemahiran Motor Anak Yang Ketinggalan & Bila Anda Perlu Bimbang

    Bagaimana Untuk Bantu Kemahiran Motor Anak Yang Ketinggalan & Bila Anda Perlu Bimbang

  • 7 Fungsi Otak Anak Akan Terjejas Jika Terus Biarkan Dia Sepah Mainan, Tapi Tak Pandai Kemas Balik!

    7 Fungsi Otak Anak Akan Terjejas Jika Terus Biarkan Dia Sepah Mainan, Tapi Tak Pandai Kemas Balik!

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.