Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu Bila Bayi Demam, Paling Utama Jangan Sejukkan Anak Dengan Ais!

undefined

Bila bayi demam, pasti ada ibu ayah yang terlalu risau hingga mereka buat perkara yang tidak sepatutnya dibuat malah lebih datangkan bahaya kepada si anak.

Tidak semua ibu ayah tahu apa yang perlu dilakukan apabila bayi demam. Perlukah mereka bawa bayi berjumpa doktor? Bilakah ubat demam perlu diberikan, dan apakah tanda-tanda anak demam yang ibu ayah perlu perhatikan?

Suhu badan yang tinggi biasanya menandakan masalah kesihatan, jangkitan atau ketidakseimbangan metabolik yang serius dan keradangan.

Jadi, ini adalah tanda sistem pertahanan bayi anda sedang berfungsi dengan baik. Namun, apabila ia terlalu panas, pasti juga mendatangkan kebimbangan. 

Suhu Berapa Bayi Demam?

Bayi dikira demam apabila suhu badan mereka mececah lebih dari 37 ° C.  Apabila benda asing masuk ke dalam badan bayi seperti virus, bakteria berbahaya atau alergen ini boleh mencetuskan suhu badan yang tinggi pada bayi.

Sistem pertahanan bayi mempunyai peranan untuk mengenalpasti, menghancurkan, serta meneutralkan benda-benda asing atau sel-sel tidak normal yang boleh memudaratkan tubuh.

Proses ini akan menyebabkan suhu badan naik dan peningkatan ini mempunyai keupayaan untuk menghentikan virus berbahaya dari merebak.

Inilah sebab mengapa tidak semua demam harus diberi ubat demam budak. Kadang-kadang ia adalah lebih baik untuk membiarkan demam bayi itu pulih sendiri tanpa ubat penahan demam.

3 Jenis Tahap Demam

bayi demam,  baby demam, ubat demam bayi, bayi demam panas, ubat demam budak, anak demam

Bayi boleh mengalami 3 jenis tahap demam iaitu:

  • Demam ringan (low grade) – kenaikan suhu badan yang sedikit sehingga 37 ºC, kadang-kala sehingga 37.5 ºC.
  • Demam biasa (mid grade) – kenaikan suhu badan sehingga 38-38.5 ºC.
  • Demam tinggi (high grade) – apabila suhu badan naik sehingga 39 ºC atau lebih lagi.

Suhu badan yang tinggi atau bayi demam panas sebenarnya boleh membahayakan dan sesetengah anak kecil mungkin boleh sawan akibat suhu badan yang terlampau tinggi.

Jadi jika suhu badan mereka melebihi 39 ºC ibu bapa disarankan untuk memberi ubat paracetamol dan membawa anak berjumpa doktor.

Ibu ayah yang anak mereka alami kenaikan suhu badan yang tak terlalu tinggi atau demam biasa, bolehlah cuba kaedah compress dulu untuk menurunkan suhu badan.

Bagaimana Untuk Saya Tahu Suhu Bayi Terlalu Panas Atau Sejuk?

Cara paling mudah untuk ibu ayah tahu sama ada suhu bayi anda terlalu panas atau sejuk adalah dengan meraba di bahagian tengkuk si manja anda bagi mengenal pasti sama ada ia berpeluh atau terasa sejuk ketika disentuh.

Sekiranya terlalu panas, maka pipi bayi anda mungkin akan kemerahan dan seperti berpeluh. Selain itu, pernafasan yang terlalu cepat juga mungkin menjadi petanda suhu badan bayi anda panas.

Manakala jika suhu terlalu sejuk pula, bayi anda mungkin kurang aktif berbanding biasa dan tangan dan kaki juga terasa sejuk apabila disentuh.

Kesan Sekiranya Suhu Bayi Terlalu Panas Atau Sejuk

Suhu bayi yang terlalu panas akan menyebabkan mereka lebih cepat meragam dan baby demam. Bahkan untuk kes yang teruk, ada juga sehingga menyebabkan strok haba pada bayi.

Jika anda mendapati suhu badan bayi anda terlalu panas, sila cuba lapkan sedikit air sejuk pada kulit anak anda itu. Jika bayi anda berumur 6 bulan ke atas, maka anda juga boleh menyuapkan air kepada bayi anda. Namun sekiranya keadaan bayi anda tidak bertambah baik, segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan daripada pakar pediatrik.

Sebaliknya jika suhu bayi anda terlalu sejuk, anda akan melihat bayi anda kurang aktif berbanding biasa. Sekiranya ketika disentuh anggota bayi anda terlalu sejuk dan tidak menunjukkan tindak balas, tindakan terbaik perlu anda lakukan adalah mendapatkan rawatan dengan segera di klinik mahupun hospital. 

Tanda-tanda Bayi Demam

bayi demam,  baby demam, ubat demam bayi, bayi demam panas, ubat demam budak, anak demam

Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu anak mereka demam. Tetapi jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ini, ibu bapa perlu mengambil suhu mereka serta merta:

  • bayi yang merengek atau menangis tanpa sebab
  • bayi yang nampak lesu dan tidak aktif
  • badan bayi rasa panas apabila disentuh
  • pernafasan yang kerap
  • bayi nampak mengantuk
  • gangguan tidur
  • hilang selera makan

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Bayi Demam?

bayi demam,  baby demam, ubat demam bayi, bayi demam panas, ubat demam budak, anak demam

  1. Ambil suhu badan bayi anda apabila dia tidak menangis untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.
  2. Buka tingkap dan  pastikan pengudarakan dalam bilik adalah baik. Kurangkan suhu di dalam bilik.
  3. Jika anak anda kurang dari 1 tahun atau mempunyai sejarah sawan, berikan ubat apabila suhu mereka melebihi 38 ºC. Bayi yang lebih tua dan tidak mempunyai sejarah sawan – cuba gunakan tuala dan air suhu bilik untuk menurunkan suhu badan dulu.
  4. Gunakan tuala basah dengan air suhu bilik atau Cool Fever pada dahi bayi, leher dan bawah ketiak. Jangan gunakan air sejuk atau air berais. 
  5. Cuba beri ubat paracetamol sirap mengikut dos yang sesuai. Sesetengah doktor akan memberikan ibuprofen. Untuk bayi berusia kurang dari 3 bulan sila dapatkan nasihat doktor, jangan beri ubat sebarangan.
  6. Jangan paksa bayi untuk makan jika mereka tidak berselera. Sebaliknya, ibu menyusu digalakkan untuk menyusukan anak mereka dengan banyak atau pastikan bayi anda minum dengan secukupnya. Badan mereka akan berpeluh untuk menyejukkan badan. Tetapi jika tubuh mereka kehilangan terlalu banyak air, kelenjar peluh mereka mungkin boleh berhenti berfungsi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini akan menyukarkan penurunan suhu badan. 
  7. Ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor untuk ketahui punca demam. Tetapi jika anda tidak dapat berjumpa doktor dengan segera, terus kawal suhu badan anak dengan tuala dan ubat demam bayi setiap 3-4 jam. Catatkan kesan ubat demam serta tanda-tanda perubahan.
  8. Pastikan bayi mendapatkan rehat yang secukupnya.

Perkara Perlu Dielakkan Bila Bayi Demam

Ibu ayah tidak disyorkan untuk memakaikan stokin dan topi ketika waktu tidur bayi kerana ia boleh membuatkan si kecil anda akibat terlalu panas.

Apabila menidurkan bayi anda ketika waktu siang mahupun malam, jangan tambahkan sebarang selimut, mainan atau bantal pada katil bayi kerana ia boleh meningkatkan risiko SIDS. 

  1. What to Expect. (Feb 8, 2022). What’s the Right Temperature for Baby? www.whattoexpect.com/first-year/baby-care/what-is-right-temperature-for-baby/
  2. Health Plus. (Sept 3, 2020). Fever in Babies: When Should You Be Worried? www.mountelizabeth.com.sg/healthplus/article/fever-in-babies#content
  3. Very Well Family. (March 8, 2022). The Best Baby Thermometers, Tested by Real Moms and Their Littles. www.verywellfamily.com/best-baby-thermometers-5218044

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

Baca juga: Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat

Baca juga: Bila Demam Atau Tidak Sedap Badan, Ibu Mengandung Boleh Makan Panadol? Ini Jawapan Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!