Apa Itu Kanser Ovari? Kaum Wanita Wajib Tahu Tanda-Tanda Awal Penyakit Berbahaya Ini!

Apa itu kanser ovari? Ia adalah penyakit berbahaya dan mendapat tempat ke-4 tertinggi di Malaysia. Setiap wanita perlu peka tanda-tanda awal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai wanita di Malaysia menghidap penyakit kanser ovari. Namun begitu, segelintir masyarakat masih belum ada kesedaran mengenai apa itu kanser dan tanda-tanda awal penyakit berbahaya ini. 

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Apa itu kanser ovari yang menjadi kanser ke-4 tertinggi di Malaysia
  • Tanda-tanda kanser ovari dan golongan yang berisiko menghidapnya
  • Pesakit yang disahkan kanser ovari perlu melalui beberapa rawatan 

Apa itu kanser ovari yang menjadi kanser ke-4 tertinggi di Malaysia?

Kanser adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan perkembangan sel yang tidak terkawal. Terdapat pelbagai jenis kanser, salah satunya adalah kanser ovari.

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari iaitu organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.

Kanser ovari lambat dikesan disebabkan oleh kedudukan organ yang terletak jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan endometrium (dinding rahim).

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang menjelaskan kanser ovari adalah kanser ke-4 tertinggi yang berlaku di Malaysia.

Tanda-tanda kanser ovari dan golongan yang berisiko menghidapnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi perkongsiannya itu di laman Facebook, beliau berkongsi ciri-ciri wanita yang berisiko mengalami masalah kanser ovari ini.

“Siapa yang berisiko dapat kanser ovari? Wanita yang tidak hamil, wanita tidak mempunyai banyak anak, sering makan makanan tinggi lemak dan obesiti, wanita yang telah capai akil baligh awal dan lewat menopaus, hamil pada usia lewat serta mempunyai sejarah keluarga yang ada kanser ovari”

Selain itu, Dr. Ahmad Samhan juga berkongsi tanda-tanda wanita yang mungkin terdedah kepada kanser ovari,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Antara tanda-tanda yang akan berlaku adalah keletihan yang melampau, kesakitan semasa hubungan seks, kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang atau kaki, terdapat bengkak di bahagian perut, mudah berasa loya, senak, gas, sembelit atau cirit-birit serta berlaku pendarahan faraj yang luar biasa.”

Jika anda mempunyai gejala ini lebih dari 12 kali sebulan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor

Pesakit yang disahkan kanser ovari perlu melalui beberapa rawatan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut memaklumkan bahawa kanser boleh dirawat dengan melakukan beberapa rawatan seperti pembedahan membuang kanser ovari.”

“Selain itu, patuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang aktif.”

Kanser antara penyumbang terbesar kematian di Malaysia. Jika anda mempunyai keluarga terdekat yang menghidapi kanser usus besar, kanser rahim dan kanser payudara, jalani ujian darah antigen tumor seperti CA125 sekarang.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Melasma Pada Ibu Hamil, Adakah Benar Ia Berbahaya & Petanda Kanser?

Baca juga: Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Menjadi Antara Pesakit Kanser Payudara Termuda Di Asia!

Baca juga: Ini Tanda Awal Kanser Payudara Ramai Wanita Terlepas Pandang, No 4 Paling Menakutkan!

Penulis

Nur Syazwani