Anda tahu apa itu vaginismus? Ia merupakan satu keadaan apabila isteri rasa tidak selesa atau sakit semasa melakukan hubungan intim bersama suami.
Vaginismus atau sinonim dengan panggilan faraj tekunci ini boleh membuat wanita rasa takut saat melakukan hubungan seks lantas terus tidak mahu melakukannya.
Isi Kandungan
Apa Itu Vaginismus?
Menurut ahli seksologi Dr. Martha Lee, vaginismus atau faraj terkunci adalah satu kondisi yang dialami oleh orang perempuan semasa dinding vagina mengetat secara tidak sengaja jika ada sesuatu yang masuk ke dalamnya. Contohnya, zakar suami atau alat uji pelviks yang dilakukan oleh doktor.
Sesetengah wanita yang mengalaminya merasakan ia datang secara tidak terduga terutama semasa melakukan hubungan badan. Manakala, sakit yang dialami itu adalah disebabkan otot mengeras di sekitar vagina yang berlaku secara spontan.
Menurutnya lagi, dinding vagina ketat disebabkan oleh otot di dasar panggul terutama otot pubococygeus yang membuatkan wanita tidak sedar bahawa vaginismus itu menyebabkan mereka rasa sakit semasa bersama suami.
Sakitnya seperti rasa tubuh dirobek, terbakar atau suami menujah dinding yang sukar ditembus.
Otot vagina yang mengetat atau mengemut itu juga kadang-kadang boleh membuatkan zakar rasa tersepit atau sukar untuk dikeluarkan.
Jenis Vaginismus
1) Vaginismus Primer: Mengalami rasa sakit setiap kali melakukan hubungan intim.
2) Vaginismus Sekunder: Berlaku apabila isteri mengalami kekerasan seksual atau pernah melalui proses bersalin yang sulit hingga membuatkan takut untuk melakukan hubungan seks.
Gejala Vaginismus
Sekiranya anda mengalami gejala seperti berikut sebaiknya segera berjumpa dengan doktor
- Rasa panas membakar disusuli otot vagina yang mengejang semasa hubungan intim.
- Sakit semasa penetrasi, rasa tidak selesa semasa zakar masuk ke dalam vagina atau sulit penetrasi hingga zakar tidak dapat masuk sepenunya ke dalam kemaluan anda.
- Rasa sakit atau tak selesa semasa menjalani ujian pelvis dengan doktor
- Sakit secara berterusan semasa hubungan seksual
- Tidak boleh bernafas semasa melakukan hubungan seks. Malah otot turut berasa kejang.
- Sakit atau tidak selesa semasa hubungan intim selepas bersalin
- Mengelak berhubungan seks kerana bimbang sakit atau gagal mendapatkan orgasme.
Punca Vaginismus
Hampir 90% wanita yang mengalami vaginismus disebabkan oleh faktor psikologi seperti kecemasan, ketakutan dan lain-lain. Sementara 10% lagi adalah berpunca dari fizikal.
Konsultan dalam bidang seksual, Dr Boyke Dian mengatakan wanita yang berada dalam linkungan keluarga yang agamanya sangat kuat merasakan seks adalah aktiviti yang dilarang hingga mereka berasa takut semasa disentuh terutama selepas berkahwin.
- Takut hamil
- Sentiasa membayangkan bahawa seks itu adalah aktiviti suami isteri yang menyakitkan.
- Kecemasan semasa melakukan hubungan seksual
- Trauma dengan pengalaman yang berkaitan dengan kekerasan seksual
- Kurangnya ikatan emosi dengan pasangan
- Pengetahuan seksual yang minima
- Infeksi pada sistem reproduksi
- Komplikasi semasa melahirkan sama ada secara normal atau czer
- Pernah diperkosa oleh seseorang
- Kekeringan vagina disebabkan masalah hormon
- Kekurangan cairan vagina disebabkan menopause
- Sakit di bahagian pelvis kerana pembedahan atau kecederaan
Cara Mengatasi
Bagi anda yang mengalami masalah ini jangan bimbang kerana ia boleh ditangani dengan cara terapi, latihan dan teknik ketenangan.
#1. Psikoterapi
Psikoterapi dianggap prosedur penting dalam penyembuhan masalah ini kerana doktor perlu tahu penyebab yang membuatkan mereka mengalami vaginismus.
#2. Bertenang
– Memang mudah untuk dikatakan, tapi sukar untuk dilakukan. Tapi percayalah teknik ini digunakan supaya dapat membantu wanita melonggarkan otot-otot dan lebih relaks semasa melakukan hubungan seks.
#3. Pendidikan seks
Seterusnya adalah mengajar wanita tentang anatomi tubuhnya yang berkaitan dengan seksual sekaligus membantu orang perempuan agar lebih memahami apa itu vaginismus.
Selain itu, pesakit turut dilatih teknik untuk membantu otot dasar panggul menjadi lebih relaks dan suami boleh melakukan penetrasi tanpa membuatkan isterinya sakit.
#4. Persiapan untuk berhubungan intim
Dr Martha turut menyatakan wanita yang mengalami masalah ini perlu mendapatkan kerjasama dengan suaminya sekaligus menguatkan jalinan emosi dan kepercayaan antara suami isteri.
Suami isteri juga akan diajar variasi teknik untuk menghindari otot vagina mengejang sehingga membuatkan isteri rasa kesakitan.
Siapa Berpotensi Alami Vaginismus
Gejala vaginismus mungkin muncul semasa akhir remaja atau awal dewasa apabila seseorang melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Keadaan ini juga boleh berlaku pada kali pertama seseorang cuba memasukkan tampon atau menjalani pemeriksaan vagina di hospital.
Sesetengah wanita hanya tahu dia mengalami vaginismus selepas berkahwin. Ia boleh berlaku selepas bertahun-tahun tanpa sebarang masalah.
Kekejangan atau ketidakselesaan mungkin berlaku pada bila-bila masa terdapat penembusan faraj. Atau anda mungkin mengalaminya hanya pada masa tertentu, seperti semasa seks atau pemeriksaan faraj wanita.
Berjumpa Dengan Doktor
Anda boleh meminta untuk berjumpa doktor wanita, dan anda boleh membawa seseorang yang anda percayai bersama untuk mendapatkan sokongan.
Doktor anda akan bertanya kepada anda tentang gejala anda dan mungkin meminta untuk memeriksa faraj anda.
Peperiksaan biasanya sangat cepat. Doktor anda akan melihat dengan pantas untuk menolak keadaan lain, seperti jangkitan.
Tidak mungkin mereka perlu melakukan pemeriksaan dalaman faraj anda.
Jika doktor anda fikir anda mempunyai vaginismus, anda mungkin dirujuk kepada pakar, seperti ahli terapi seks.
Walau bagaimanapun jangan terlalu menyalahkan diri jika anda mengalami vaginismus ini kerana ia boleh ditangani dengan kerjasama sepenuhnya oleh sang suami tercinta. Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga: Vagina Selalu Rasa Sakit, Antara Tanda Rahim Jatuh, Ini Simptom Lain Yang Anda Perlu Berjaga
Baca juga: Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama
Baca juga: Miss V Pedih Ketika Bersama Suami, Guna Pelincir Faraj Boleh Elak Kesakitan