Api cinta di antara suami isteri

Seiring usia perkahwinan, kita terkadang lupa bertanya kepada diri adakah sidia mengetahui betapa dalamnya cinta kita. Mari kita telusuri beberapa tip-tip di bawah sebagai panduan menyemarakkan semula api cinta sekiranya telah suram.
Api cinta suami isteri tidak semestinya pudar apabila sudah berkahwin, malah sebaliknya! Di sini tips untuk pasangan suami isteri untuk di buat hari-hari!
Ungkapan kasih-sayang
Ungkapan kasih sayang sesama suami isteri paling mudah dan berkesan dalam menyatakan perasaan itu. Namun ia tidak terhad hanya pada perkataan ‘cinta’.
Terima kasih.
Perhatikan saat pasangan menjadikan hidup kita lebih bermakna dan ucapkanlah ‘terima kasih’. Suami bekerja saban hari di luar manakala isteri bekerja lebih 8 jam sehari mengatur rumahtangga. Berterima kasihlah atas rasa tanggungjawab yang ditunjukkan demi cintanya kepada kita.
Saya bangga!
Inilah peluang untuk menaikkan keyakinan pasangan. Nyatakan perasaan kagum terhadapnya kepada orang lain. Pastikan pasangan kita dapat mendengarnya. Katakan saja, “Walaupun sibuk Hanif masih sempat pulang untuk makan malam bersama. Saya sungguh bangga”; atau “Lihatlah, anak-anak kami membesar dengan sihat dan riang. Ini semua kerana Anis, suri kepada rumah ini. Saya amat berbangga.”
Apa khabar?
Ambil masa untuk bertanya khabar pasangan sama ada ketika bersama apatah lagi berjauhan. Pastikan kita berhubung dengan pasangan setiap hari.
‘I love you’
Terlalu biasa? Tentu sekali dan ianya tidak pernah mengecewakan. Ungkapkan ia ketika berpisah, bertemu dan sebelum tidur. Bisikan kasih sayang ini tentunya memberi kesan terhadap hati kita dan pasangan.
Kelu lidah?
Jika sukar untuk berkata-kata, lakukanlah sesuatu untuk menyatakan cinta tanpa perkataan.
Berkongsi gelak ketawa
Berkongsi gelak ketawa akan membuakkan perasaan positif. Hantarkan email atau sms kepada pasangan tentang perkara lucu yang berlaku kepada diri atau anak-anak. Atau carilah sesuatu yang mengeletek hati di internet dan kongsikannya.
Berikan senyuman
Bahasa gerak-geri amat memberi kesan. Wajah yang murung berkerut memberikan gambaran kita tidak gembira atau berpuashati. Apabila bersemuka, senyum dan pandanglah matanya. Ia sesuatu yang mudah dilakukan dan pastinya membuahkan keceriaan.
Luangkan masa
Melakukan aktiviti bersama lebih baik daripada mengungkapkan kata-kata cinta. Cadangkan aktiviti yang berkaitan dengan minat pasangan walaupun ia bukan minat kita. Memberi peluang sebegini menunjukkan kita meraikan sesuatu padanya.
Sentuhan fizikal
Sentuhan fizikal adalah penyataan rasa cinta semula jadi. Peganglah tangannya, letakkan tangan di bahunya, berikan pelukan semasa bertemu dan berpisah sehari-hari. Apabila bersantai duduklah dengan pasangan di kerusi yang sama.
Berpakaian kemas
Saat awal perkahwinan kita suka untuk bergaya untuk pasangan. Apa kata hidupkannya semula dengan memakai pakaian yang kemas bagi suami dan yang cantik serta seksi bagi isteri. Usaha untuk berpakaian menarik perhatian mampu menyemarakkan semula api cinta.
Berikan kucupan
Hanya dengan kucupan di bibir kita mampu menggantikan kata-kata cinta. Lakukanlah ketika bertemu dan berpisah seharian dan sebelum kita berdua melelapkan mata.
Dengar dan tunjukkan minat
Tunjukkan minat terhadap perkongsian. Jika tidak begitu memahami, bertanyalah sebanyak mungkin. Biarkan mereka tahu kita perihatin terhadap apa yang ada dalam fikirannya. Bukankah kita juga mahukan perhatian yang sama?
Maafkanlah dia
Apabila mula memikirkan perkara yang menjengkelkan, ingatlah bahawa mereka juga manusia biasa. Mereka melakukan kesilapan seperti kita. Maafkanlah. Kita akan lihat perubahan diri sendiri yang lebih menghargai.
Hadiah istimewa
Pemberian hadiah yang tidak diduga menggembirakan penerima dan pemberi. Mahal? Mungkin juga ia percuma.
Tuliskan sesuatu
Menghargai pasangan juga dapat dilakukan dengan penulisan. Tulislah dengan jujur tentang pasangan yang menjadikannya begitu berharga. Mungkin keramahannya atau reaksinya terhadap jenaka yang kita kongsikan, walaupun tidaklah selawak mana.
Yang diidamkan
Ketika membeli belah, perhatikan pasangan kita. Jika ada sesuatu yang dia minati tetapi tidak membelinya, itu adalah hadiah yang tentu mengujakan.
Layanan istimewa
Hubungan seksual amat penting bagi pasangan suami isteri. Di sinilah pasangan menyatakan cinta secara fizikal. Sesekali, lakukanlah sesuatu yang istimewa. Mungkin alunan musik romantis atau tebaran bunga di atas katil.
Do’a
Inilah hadiah terbaik untuk pasangan. Do’akan kesejahteraan, ketenangan dan kebahagiaannya. Sesungguhnya, tanpa keizinan Tuhan, semua kebahagiaan yang kita dan pasangan kecapi kini tidak akan terealisasi.
Rujukan:
7 Simple Ways to Appreciate Your Spouse
Creating a Happy Marriage by Appreciating Your Spouse
Sweet (and simple) gestures that says ‘I Love You’
10 ways to say ‘I Love You’ (without speaking a word)
Top 10 Gifts Ideas for That Special Spouse
Suami Isteri: Bercintalah Berkali-kali
Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri
Hadiah Murah Bukan Berarti Tidak Romantis
Isteri Yang Tak Menggunakan Pil Perancang Keluarga Lebih Seksi Bagi Suami?
Kisah Di Sebalik Ciuman Terakhir Suami Ke Isteri Tersayang Sebelum Maut, Hingga Hujung Nyawa Bersama...
Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z
4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!