Aplikasi MySejahtera Kini Ada Ciri Baharu Untuk Kenal Pasti Ibu Mengandung & Menyusu

Aplikasi MySejahtera dicipta bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan memudahkan pengguna menerima maklumat penting dari pihak Kementerian Kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan pandemik Covid-19 kini berada pada tahap yang membimbangkan sehingga mencatatkan angka kes baharu tertinggi, setiap rakyat Malaysia telah diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MySejahtera pada telefon pintar masing-masing. Ia adalah pendekatan kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan serta memudahkan pengesanan kontak rapat.

Dengan adanya kemudahan ini, para pengguna juga boleh mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak. Sekiranya dijangkiti virus, ia membantu anda mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan seterusnya yang perlu dilakukan.

Ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk ibu mengandung dan menyusu

credit to sources

Satu ciri baharu telah dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera khusus untuk mengenal pasti individu berstatus hamil dan ibu yang sedang menyusu.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, apabila ciri ini dikeluarkan oleh MySejahtera, ibu mengandung dan sedang menyusu anak boleh melakukan semakan melalui aplikasi ini bagi mengetahui tarikh temu janji mereka.

”Ia adalah pendekatan bagi membolehkan para ibu hamil dan menyusu menerima vaksin yang disyorkan. Misalnya, ibu mengandung yang memiliki usia kandungan antara 14 hingga 33 minggu, disyorkan mengambil vaksin Pfizer.” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa ibu mengandung dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor masing-masing terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

Walau bagaimanapun mengikut panduan yang telah dikeluarkan sebelum ini, pihak kerajaan mengesyorkan ibu mengandung mendapat vaksin dalam tempoh 14 hingga 33 minggu kehamilan.

Sebelum ini pihak media melaporkan kerajaan telah digesa untuk mengubah borang pendaftaran vaksin agar dapat memasukkan status kehamilan dan ibu menyusu dengan segera dalam aplikasi MySejahtera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan aplikasi MySejahtera, adakah selamat jika ibu mengandung mendapatkan vaksin?

credit to sources

Sehingga kini masih ramai golongan ibu mengandung menyatakan mereka masih belum berani untuk menerima suntikan Covid-19 kerana merisaukan kesan sampingannya, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, berdasarkan penilaian terkini, tiada data yang menunjukkan vaksin berbahaya kepada golongan ibu mengandung dan menyusu.

”Berdasarkan penilaian terkini kumpulan pakar di Malaysia, tiada data menunjukkan vaksin Pfizer-BioNTech tidak selamat diambil oleh ibu mengandung dan wanita menyusukan anak,” 

”Memandangkan vaksin ini adalah masih baharu dan masih ada lagi data kajian klinikal yang belum diketahui sepenuhnya. Pakar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang panduan termasuklah adakah vaksin boleh diberikan kepada kumpulan tertentu seperti wanita mengandung dan sedang menyusukan bayi,” jelasnya.

Dr Chong menasihatkan agar wanita hamil dan ibu menyusukan bayi yang bakal mengambil vaksin Pfizer-BioNTech agar mendapatkan nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Berdasarkan penilaian kumpulan pakar Obstetrik dan Onkologi, masa terbaik untuk wanita hamil mengambil vaksin adalah semasa kandungan berusia antara 14 minggu hingga 33 minggu sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin dinilai terlebih dahulu apakah risiko terhadap jangkitan Covid-19 sekiranya berminat untuk mengambil vaksin.

”Pertimbangan dibuat bagi mengetahui perkara yang perlu diutamakan. Antara risiko mereka mendapat jangkitan Covid-19 sekiranya tidak diberikan vaksin atau risiko mendapat kesan adverse atau komplikasi selepas menerima suntikan,” jelas Dr Chong.

Bagi ibu mengandung dan menyusukan anak yang bekerja sebagai pasukan barisan hadapan digalakkan mengambil vaksin Covid-19 setelah mendapatkan pandangan doktor masing-masing.

Manakala bagi golongan wanita yang hamil dan menyusu menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dikategorikan sebagai berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 dengan komplikasi jangkitan serius.

”Sewajarnya mereka ini diberikan perlindungan dan dipertimbangkan untuk mengambil vaksin Covid-19 setelah mendapat penilaian daripada pakar yang merawat.” jelasnya.

Tips bagi mengelakkan diri daripada jangkitan Covid-19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) telah berkongsi beberapa panduan bagi ibu mengandung dan menyusu anak agar terhindar daripada ancaman Covid-19 iaitu:

  • Kekal berada di rumah sebanyak mungkin
  • Elakkan dari melawat orang sakit
  • Menjaga penjarakan fizikal
  • Kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air mengalir selama 20 saat
  • Elak menyentuh bahagian mata, hidung dan mulut
  • Tingkatkan penjagaan dan kebersihan diri
  • Gunakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hanya Vaksin Pfizer Sesuai Untuk Ibu Mengandung & Menyusu, Ini Yang Perlu Anda Tahu 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan