Artis Mengandung Tahun 2020, Tak Sabar Nak Lihat Bayi Mereka!

Siapa yang tidak teruja dan seronok bila dapat tahu diri sedang mengandung, bukan? Ini antara beberapa artis hamil yang dijangka bersalin pada tahun 2020.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak merupakan anugerah yang cukup terindah dari Allah SWT untuk umatnya yang menjalankan perintah melalui pernikahan. Ramai juga artis mengandung tahun 2020 ini, jadi jom kita tengok siapa artis hamil dan bakal melahirkan anak atau sudahpun melahirkan anak.

Tak dinafikan ada sebahagian orang yang menganggap anak hanya menambah beban hidup, namun tanggapan ini tentunya salah. Sedangkan anak itu adalah sumber rezeki bagi manusia bahkan semakin bertambah anak kian meluas rezekinya seperti mana artis hamil ini yang bakal bersalin pada tahun 2020.

Apatah lagi, Rasulullah SAW sendiri menyukai umatnya yang memiliki ramai anak sebagaimana sabdanya.

Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak kerana sesungguhnya Aku akan bangga dengan banyaknya kamu di hadapan para Nabi nanti di hari kiamat – HR Ahmad dan Ibnu Hibban.

7 Wajah-wajah Artis Mengandung Tahun 2020

#1. Amyra Rosli

Pada awal Jun yang lalu, pelakon popular Amyra Rosli disahkan mengandung buat kali kedua hingga membuatkan anak sulungnya, Aqeef Anaqi menunjukkan sikap manja yang luar biasa kerana enggan berenggang dengan ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, pada kehamilan kedua ini, Amyra sudah mengidam pelbagai jenis makanan dan memesannya hampir setiap hari terutama yang dijual atas talian.

Buat pengetahuan anda, Amyra merupakan isteri kepada pelakon segak Amar Baharin yang telah berkahwin pada November 2016. Sekarang kedua-duanya sedang hangat berlakon dalam drama Cemburu Seorang Perempuan menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria.

#2. Datin Shahida

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak kenal dengan Datin Shahida yang merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini sedang berbadan dua dan ini adalah kehamilan buat kali kelima untuknya.

Namun begitu, pada kehamilan pada kali ini Shahida disahkan mengandung bayi kembar namun mengalami keguguran tetapi rezeki masih berpihak kepada pasangan ini apabila salah satu janin terselamat dan sudah mempunyai degupan jantung.

#3. Rahayu Abbas (isteri penyanyi, Tomok)

“Ayah doakan ibu dipermudahkan segalanya, Arrian dengan Andra nak dapat adik! Alhamdulillah..terima kasih Allah,”. Ungkapan Tomok dalam posting yang dimuat naik melalui Instagram sekaligus mengumumkan berita gembira bahawa isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa yang sama, Tomok turut sertakan sekali gambar alat ujian kehamilan yang memaparkan usia kandungan yang sudah melebihi tiga minggu.

Terdahulu, Tomok dan Rahaya telah berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

Semoga Rahayu dan bayi dalam kandungan sihat sehingga selamat dilahirkan. Amin.

#4. Fasha Sandha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini aktres jelita, Fasha Sandha ada memuat turun gambar yang menampakkan ‘baby bump’ secara tak langsung menguatkan lagi dakwaan ramai bahawa beliau kini sedang berbadan dua sejak Ogos yang lalu.

Apatah lagi, beberapa foto yang lain turut memberi gambaran bahawa Fasha sedang mengandung namun si empunya diri masih merahsiakannya dan membiarkan gambar berbicara.

Sebelum ini Fasha pernah mengumumkan dirinya hamil selepas dua bulan berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz, namun janin yang dikandungkan mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, sebagai peminat apa kata kita doakan yang terbaik buat Fasha sehingga selamat melahirkan bayinya nanti.

#5. Deena Emir (isteri Saharul Ridzwan)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri pelakon Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir mengumumkan sedang hamil anak kedua menerusi laman sosial miliknya di Instagram.

Buat pengetahun pasangan ini telah memiliki seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang berumur dua tahun.

Walaupun belum tahu jantina bayi yang dikandungkan namun Deena berharap kehamilannya kali ini adalah bayi perempuan dan meminta pengikutnya mendoakan sama.

#6. Syida Melvin

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin tidak mampu lagi merahsiakan kehamilannya kerana perutnya semakin membesar saban hari.

Menurut Syida lagi, beliau tidak mengalami sebarang morning sickness cuma sensitif terhadap bau bauan seperti minyak wangi hingga membuatnya langsung tidak mengenakan mana-mana perfume dalam masa lima bulan.

Suami Syida merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid iaitu Mohamad Syafiq Azim Shaheen yang berkahwin pada 19 Januari yang lalu.

#7. Nina Iskandar 

Pelakon Nina Iskandar turut mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini sedang mengandungkan bayi sulung. Menurutnya ini adalah hadiah paling istimewa buatnya dan suami.

Terdahulu, Nina dan suaminya yang juga penolong pengarah drama, Azlan Adzanan telah melangsungkan majlis perkahwinan di Cheras Selangor dan bernikah ada April lalu.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata mereka tidak lama lagi meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW seterusnya ibu dan bayi sihat sehingga selamat melahirkan.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.comartis-melahirkan-2019