Mereka dikenali tapi mereka juga manusia biasa yang tak terlepas dari kesakitan dan berjuang meneruskan hidup. Itulah nasib yang dihadapi oleh 7 artis Malaysia sakit ini.
Andai kata mereka tidak lagi berdaya melawan penyakit yang menyerang, mungkin segalanya terserah pada takdir. Berikut kami senaraikan 7 artis Malaysia sakit yang mungkin anda tak tahu.
Semoga dengan perkongsian ini, kita sebagai rakyat Malaysia bersatu memberi kata-kata sokongan dan semangat agar mereka lebih kuat berjuang melawan segala penyakit yang menyerang.
7 artis Malaysia sakit dan berjuang melawan kanser
#1. Artis Malaysia sakit – Puteri Balqis
Kesihatan Bintang Cilik, Puteri Balqis Azizi mula menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai apabila dia berkongsi di laman Instagramnya #fightcancer.
Status tersebut memberi gambaran yang pelakon kanak-kanak berkenaan sedang sakit dan berjuang melawan kanser yang sebelum ini dikatakan menghadapi masalah jantung.
Ujar ibu kepada pelakon kanak-kanak itu, Norashikin Abdul Aziz, semangat anaknya semakin kuat walalupun berhadapan dengan masalah kesihatan.
#3. Artis Malaysia sakit – Elyana
Berita penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap 4 benar-benar menggoncang hati semua orang terutama para peminat dan mereka yang mengenali dirinya.
Kenyataan tersebut dikongsi sendiri oleh Elyana sewaktu menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4. Malah Elyana juga turut memberi nasihat kepada pesakit kanser lain agar terus kuat menempuhi ujian yang sedang di lalui itu.
Kami mengharapkan Elyana juga kuat untuk melawan kanser ini!
#4. Artis Malaysia sakit – Ardell Aryana
Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan rakan karibnya juga seorang pelakon, Ardell Aryana sedang menderita sakit.
Biarpun masih menjadi tanda tanya tentang penyakit yang dihadapi, namun Nadzmi seakan memberi bayangan yang pelakon wanita itu sedang sakit kanser.
Dalam perkongsian instagram miliknya juga, Nadzmi memohon peminat untuk mendoakan kesihatan Ardell supaya pulih seperti sedia kala.
#5. Artis Malaysia sakit – Wafa Abdul Kadir
Pelakon wanita senior, Wafa Abdul Kadir sebelum ini pernah dilaporkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan kini berdepan pula kanser peritoneal tahap 4.
Walaupun berhadapan ujian getir, namun pelakon itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
Atas sebab sakit yang dialami, beliau banyak mengingatkan dirinya betapa ujian Tuhan itu datang pelbagai cara dan kita harus melihat segalanya dari sudut positif.
#6. Datuk Lee Chong Wei
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal.
Terdahulu, Chong Wei dilihat telah mendapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas baik terhadap rawatan yang diterima. Kini beliau kembali aktif dalam pertandingan dan kejuaraan badminton peringkat dunia.
#7. Mak Jah
Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah terpaksa mengurangkan aktiviti seninya selepas disahkan menghidap barah rahim setelah membuat pemeriksaan di hospital.
Menurutnya, simptom yang dialami adalah demam dan sakit sendi. Namun, sebelum ini beliau ada kencing manis dan darah tinggi, kemudian setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap barah rahim tahap pertama.
Ketika mendapat tahu hal itu, Mak Jah mula tidak tentu arah, terkejut dan buntu.
Kami di theAsianparent Malaysia berharap semua pesakit kanser di atas tetap terus berjuang melawan penyakit yang dihadapi itu. Masyarakat sekeliling juga perlu memberi sokongan padu kepada mereka untuk terus kuat dan berani melalui ujian hidup ini.
Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka. Amin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia