Macam Ayah Mertua Dari Syurga! Wanita Dalam Pantang Ini Terima Layanan Hidangan Makanan Dari Mertuanya Macam Servis Di Hotel

Untung yang dapat layanan baik dari mertua. Ayah mertua kepada wanita yang dalam pantang ini hantar makanan ala room service hotel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tak gembirakan bila mendapat layanan yang baik dari ibu ayah mertua? Wanita yang bernama @thenaddynad berkongsi di akaun Twitter miliknya akan sebuah video yang memaparkan momen ayah mertua wanita itu yang hadir ke rumahnya untuk menghantar hidangan makanan buatnya yang sedang dalam tempoh berpantang.

Lagat ayah mertuanya itu cukup mencuit hati apabila tampil hadir ke rumahnya sambil memegang sedulang makanan yang dibalut rapi serta menyebut “Room service.” Betul mendapat layanan ala duduk di hotel ibu baru ini.

Kebiasaanya, ketika wanita di dalam tempoh berpantang selepas bersalin, sudah semestinya perlu melalui proses pemulihan yang rapi demi menyembuhkan luka jahitan bersalin. Selalunya kalau mengikut adat tradisional, terdapat banyak pantang larangnya dan biasanya ibu kandung sendiri yang akan menjaga anak perempuan yang baru lepas bersalin atau ibu mertua kerana mereka boleh dikatakan individu yang lebih tahu dalam bab berpantang ini.

Tetapi lain pula yang dilihat pada video ini kerana kelihatannya gelagat bapa mertuanya yang menarik perhatian ramai. Bapa mertuanya itu siap sempat bergurau seperti room service di hotel dan meletakkan makanan tersebut di atas meja makannya.

Dikatakan yang perkara itu berlaku dek kerana wanita tersebut tidak berpuas hati dengan masakan yang telah disediakan oleh penjaganya atau confinement lady (CL).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita tersebut turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan salah satu hidangan sayur buatnya yang mengandungi sosej, yang mana jelas sekali makanan proses yang tidak bagus untuk wanita yang di dalam proses berpantang.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di bawah video tersebut cukup terhibur dengan gelagat bapa mertua wanita tersebut. Ada di antaranya yang mengucapkan kata syukur kepada wanita itu kerana mempunyai keluarga mertua yang cukup penyayang dan prihatin terhadap menantu dengan memberikan layanan sedemikian rupa seakan anak sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerana Bergaduh Dengan Mak Mertua, Ibu Ini Campak Bayi Dari Jambatan!

Baca juga: Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad