Nak Cuba Kelainan Dari Ayam Goreng Biasa? Ini Variasi Resepi Yang Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Sebenarnya banyak lagi resepi ayam goreng selain guna serbuk kunyit semata. Ini variasi resepi ayam goreng rangup dan sedap boleh cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayam goreng adalah menu wajib di rumah dan digemari oleh anak-anak. Biasanya, ayam goreng yang biasa kita goreng hanya dicampur dan diperap dengan kunyit dan garam yang mana lebih mudah dan cepat.

Namun sekali sekala anda boleh mencuba resepi ini yang dicampur dengan tiga bahan iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih. Hasilnya, ayam goreng akan menjadi lebih rangup tanpa perlu bancuh tepung. Rasanya pula akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam.

Tips lain, dengan memasukkan bawang putih yang tidak berkupas kulit sewaktu menggoreng ayam akan meningkatkan aroma ayam tersebut jadi bertambah wangi selain menambah kelazatan yang sedia ada. Sebenarnya banyak lagi resepi ayam goreng sekarang ini, bukan hanya guna serbuk kunyit semata. Kami ada kongsikan variasi resepi ayam goreng dalam artikel ini.

Tentang Ayam Goreng

Ayam goreng adalah hidangan warisan yang sudah lama berakar di Malaysia. Ia mempunyai asal usul yang mempengaruhi masakan bangsa Melayu, Cina, dan India, yang mana digabungkan bersama sejak berabad lamanya.

Ayam goreng pada asalnya diperkenalkan oleh pendatang awal dari China ke tanah Melayu. Peredaran masa, ia kian diadaptasi kepada citarasa tempatan dan digabungkan dengan variasi rempah Melayu dan India serta teknik masakan yang berbeza. Hasilnya menjadikan hidangan ini unik dan penuh citarasa yang melambangkan spirit masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya.

Resepi Ayam Goreng

Ayam Goreng Sedap

Bahan-bahan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu keccil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • serbuk perasa 1 sudu kecil
  • garam 1/2 sudu kecil
  • bawang putih 2 ulas ditumbuk halus

Cara penyediaan :

  1. Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
  2. Guna bahagian kepak ayam atau lain-lain dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar, juicy di dalam.
  3. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Ayam Goreng Berempah

Ini pula resepi jenis berempah garing tanpa menggunakan jintan. Biasanya anak-anak kurang berminat makan ayam goreng ayam yang berjintan, jadi sesuailah anda mencuba resepi ni. Sajian ini enak dinikmati bersama nasi minyak, nasi kukus dan sebagainya!

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu makan biji ketumbar (lebihkan lagi sedap) – kisar kering
  • 5 ulas bawang putih – kisar kering
  • 2 inci halia (lebihkan lagi sedap) – kisar kering
  • 5 batang serai (lebihkan lagi sedap. Ambil bahagian lembut) – kisar kering
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan Tepung bestari original (wajib ada. Memang sedap)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 

Cara penyediaan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar kering. Tuang atas ayam yang sudah siap dicuci dan dipotong kecil.
  2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari. Gaulkan sampai melekat elok. Letak sikit air jika perlu. Perap dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng macam biasa hingga garing sempurna.

Ayam Goreng ala Ikea

Bahan-bahan:

  • 9 kepak ayam atau 1 kilogram kepak ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap soya cair
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1½ sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar all purpose seasoning
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar air
  • 4 sudu besar tepung kanji
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak (untuk menggoreng )

Cara penyediaan:

  1. Untuk memerap, cuci ayam bersama 1 sudu besar garam. Cuci sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masa.
  3. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas bertutup.
  4. Perap selama 8 jam atau lebih (seeloknya semalaman) dan sejukkan dalam peti sejuk.
  5. Setelah diperap, keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit.
  6. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana (suhu 150°C) atau celupkan lidi (jika buih di permukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas, maksudnya suhu sudah tepat).
  7. Masukkan 3 ke 4 kepak ayam dan goreng selama 3 minit pada setiap bahagian.
  8. Angkat dan toskan ayam menggunakan tisu.
  9. Biarkan rehat selama 6 minit dan goreng semula ayam untuk menggaringkannya selama 3-4 minit.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Mamak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam (dipotong 8)
  • 6 sudu besar tepung serbaguna pedas
  • 8 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Segenggam daun kari
  • Sedikit serbuk pewarna makanan
  • Secubit garam
  • Sesudu teh Ajinomoto
  • Secubit gula

Cara penyediaan:

  1. Gaul sebati ayam dengan semua bahan.
  2. Perapkan ayam.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  4. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Serai Thai

Kredit gambar: myresepi

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • ½ ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 akar ketumbar
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Daun limau purut (dihiris halus)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Tumbuk kasar.
  2. Tumbuk (jangan terlalu hancur) bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.
  3. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk.
  4. Carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Hatyai

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram ayam
  • 1 sudu besar akar ketumbar
  • 1.5 oz bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ cawan bawang merah
  • 1 sudu kecil garam
  • ¼ cawan kicap
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil biji ketumbar
  • ¼ cawan tepung beras
  • 1 sudu besar akar ketumbar

Bahan bawang goreng:

  • 5 ke 6 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung.
  2. Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar selama 2 jam atau lebih.
  3. Masukkan tepung beras dan gaul ayam bersama tepung ini hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk bawang goreng, alaskan bawang di atas tisu dan taburkan garam di atasnya.
  6. Panaskan minyak dan goreng bawang hingga keperangan. Ketepikan dahulu.
  7. Taburkan bawang di atas ayam yang digoreng tadi.
  8. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Daily Makan Saji.my Myresepi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ramai Tak Tahu Asal Usul Keropok Lekor, Nak Buat Sendiri? Mudah Sangat Guna Tiga Bahan Sahaja

Baca juga : Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

Baca juga : Resepi Kerabu Maggi Enak Seperti Makan Di Thailand, Wajib Pakai Maggi Jenama Ini!

Penulis

Nursyamimi