Selain nasi minyak, hidangan nasi tomato dengan ayam masak merah antara menu wajib dihidangkan di kenduri kahwin atau majlis tertentu. Kalau rasa susah sangat nak jumpa nasi tomato yang kena dengan selera tekak, dengan resepi nasi tomato yang mudah ini anda boleh makan bila-bila masa bila rasa teringin!
Bertambah meriah jika dimakan bersama dengan pelengkap hidangan seperti acar jelatah dan papadom, nikmatnya tak terkata! Orang yang makan pun pasti nak lagi!
Oh ya, resepi yang dikongsikan ini adalah cadangan untuk 20 orang makan, anda boleh sesuaikan mengikut bilangan ahli keluarga.
Tapi kalau buat lebih pun apa salahnya, boleh disedekahkan pada jiran tetangga atau kenalan.
Resepi Nasi Tomato yang lembut & cantik

Bahan-bahan:
- 8 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit)
- 9 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 biji bawang merah besar (dicincang)
- 6 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia dititik
- 4 sudu besar sos tomato
- 1/2 tin tomato puree
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 batang serai (dititik)
- 4 sekawan (kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga)
- Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
- Daun pandan/ ketumbar
- Kismis
- Garam dan gula
Cara penyediaan:
- Tumiskan 4 sekawan, serai, halia dan daun pandan hingga naik bau.
- Masukkan bawang merah dan putih sehingga layu dan kekuningan.
- Kemudian, masukkan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yang dipotong dadu.
- Bila semua dah sebati boleh masukkan beras dan kacau atau goreng selama lebih kurang dalam 5 minit.
- Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dan 2 tangkai daun ketumbar.
- Bila periuk nasi dah warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bahagian bawah.
- Biarkan selama 5 – 10 minit baru buka tudung periuk dan boleh kacau nasi menggunakan garfu atau chopstik untuk mengelakkan nasi patah.
Resepi ayam masak merah cara orang lama, simple & lazat!

Bahan-bahan:
- 1 1/2 ekor ayam
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 7 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 inci halia (dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
- 1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
- sos cili, sos tomato
- gula melaka
- gula, garam
- tomato
- 1 biji bawang besar untuk hiasan
- 4 sekawan
- minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Gorengkan ayam.
- Tumiskan bawang merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau.
- Kemudiaan masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak.
- Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga 10 minit supaya ayam sebati.
- Akhir sekali, taburkan bawang dan tomato.
- Siap untuk dihidang!
Resepi ayam masak merah ini tidak menggunakan susu supaya ayam tak cepat basi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli
Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!
Baca juga: Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!