X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli

4 min bacaan
Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli

Resepi nasi lemak yang mudah, ringkas dan cepat siap sesuai untuk 'beginner' yang teringin hidangan nasi lemak dengan ikan bilis yang rangup

Resepi nasi lemak nampak mudah hanya masak nasi, sambal dan ikan bilis sahaja, tetapi kenapa kalau buat sendiri selalu tak jadi? Sebenarnya ada cara masak nasi lemak yang sesuai untuk dimakan sendiri atau buat berniaga.
 
Seperti resepi nasi lemak yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini ternyata paling mudah, ringkas dan cepat siap. Yang paling penting, semuanya cukup rasa!

Cara membuat sambal yang pekat, manis

resepi nasi lemak

Jom kita tengok cara-cara membuatnya seperti di bawah.
 
Bahan-bahan:
  • Cili mesin
  • 2 senduk nasi
  • 1 biji bawang besar dimesin atau cincang
  •  1/2 sudu kecik garam
  • 2-3 sudu besar gula
  • Kiub [email protected] kiub ikan bilis @ mana mana serbuk perasa
  • Belacan sikit kalau suka
  • 1/2 keping asam keping
  • 3/4 cawan minyak

Cara membuat sambal:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan bawang besar
  3. Goreng sampai layu
  4. Masukkan cili mesin
  5. Kacau sampai pecah minyak
  6. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan belacan
  7. Kacau sampai jadi warna merah cantik
  8. Masukkan asam keping
  9. Sebatikan semua sekali sambil dikacau dalam 3 minit
  10. Akhir sekali, tambah apa yang kurang. Jika sudah cukup rasa, matikan api dan keluarkan asam keping. Jika dibiarkan lama nanti sambal akan rasa terlebih masam

Tips:

  1. Kuah sambal lebihkan rasa manisnya sedikit baru sesuai dengan nasi lemak.
  2. Untuk sambal lebih sedap, kisar halus segenggam ikan bilis yang sudah digoreng dan campurkan ke dalam kuah sambal tadi untuk menggantikan serbuk perasa yang dicadangkan.

Cara membuat nasi lemak

Untuk memudahkan lagi saya sertakan resepi nasi lemak yang semestinya cepat siap, mudah saja, sedap dimakan. Nasi lemak orang zaman dahulu cuma minyak, tak bubuh pun tak apa. 
 
Dulu orang tua guna santan yang diperah dengan tangan untuk masak nasi lemak, jadi santan tu memang akan membuatkan nasi lemak berkilat kilat.mungkin sebab kelapa dulu cukup matang dan ada banyak zat tanpa baja kimia.
 
Saya nak buat nasi lemak paling simple semua orang boleh buat, bahan bahan ni semua rumah ada. Kalau tak ada daun pandan ganti hirisan bawang merah /bawang besar.
 
Bahan-bahan:
  • Beras
  • Santan pekat
  • Air
  • Gula
  • Garam
  •  5-8 biji Biji pelaga ikut suka atau boleh diganti 2 batang besar kulit kayu manis 
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara menanak nasi:

  1. Beras dicuci dengan air sebanyak 2 kali. Sejat air basuhan
  2. Masukkan santan pekat, air, gula, garam
  3. Kemudian, biji pelaga dan helaian daun pandan
  4. Masuk sekali 1 sudu besar minyak masak
 

Sukatan air ikut beras masing-masing cuma kurangkan paras air sikit sebab kita nak masukkan santan. Santan akan melembutkan nasi jadi jika terlebih letak air akan membuatkan nasi lemak jadi lembik.

resepi nasi lemak
Cara goreng ikan bilis rangup
 
Cara 1
  1. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk
  2. Isikan dengan cuka sehingga menyaluti semua ikan bilis. Biarkan selama beberapa minit, tidak perlu dicuci lagi
  3. Goreng dalam minyak dalam yang panas. Jangan risau cuka tidak akan membuatkan ikan bilis rasa masam.
 

Gunakan ikan bilis yang gred elok atau ikan bilis langkawi kerana memang akan rapuh apabila digoreng.

 
Lepas goreng sejukkan dan simpan dalam TUPPERWARE atau bekas kedap udara. Nak letak diluar pun boleh atau nak masukkan dalam peti ais pun boleh.
 
Cara 2
Jika anda tak boleh makan cuka, sila guna petua ini.
  1. Selepas dicuci, gaul ikan bilis dengan sedikit tepung beras.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak guna api yang panas
  3. Kemudian, ikan bilis mesti dikacau sampailah masak
  4. Angkat dan sejukkan

Minyak bekas goreng ikan bilis tadi kita akan guna untuk buat sambal tumis nanti, buat sambal kena guna minyak yang banyak supaya cili dapat masak sempurna dan warna sambal akan jadi cantik.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ida Shahida

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Baca juga: Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!

Baca juga: Resepi Bubur Bayi 7 Bulan Yang Boleh Naikkan Berat Badan Anak, Si Manja Mesti Suka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli
Kongsikan:
  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

    Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

    Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.