Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Nogori, Tak Perlu Guna Bawang Dan Minyak!

Ayam masak lemak cili api cara Negeri Sembilan ini memang lain dari yang lain kerana resepi ini dimasak tanpa menggunakan bawang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masak lemak cili api atau kita terbiasa dengan masakan ayam masak lemak cili api dan dikenali sebagai masakan kuning lada api merupakan masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisonal orang melayu Negeri Sembilan.

Sejarah masak lemak cili api

Ia merupakan salah satu masakan yang berasal daripada orang Minangkabau dan kebiasaannya dibuat masak lemak ayam, ikan, siput sedut, sayur-sayuran dan daging salai. Negeri Sembilan dengan masyarakat Minang merupakan satu-satunya kelompok yang sangat suka akan resepi masak lemak ini.

Ikutkan resepi asal turun temurun dulu, bahan masak lemak cili api tidak menggunakan bawang dan juga minyak. Tak tumis pun sedap! Mesti ada yang pelik bagaimana nak masak kalau tak pakai dua bahan asas penting ini kan?

Walaupun tanpa menggunakan bawang dan minyak, resepi ayam masak lemak cili api ini ternyata sedap di mana ayam tidak akan berbau hanyir dan pedasnya juga secukup rasa. Bahannya juga tidak renyah iaitu kunyit, cili api dan serai. 

Nak sedapkan lagi masakan ini, jangan lupa masukkan juga daun kunyit ya kerana aroma daun kunyit ini akan menambahkan lagi keenakan masakan istimewa ini.

Jom kita belajar cara penyediaannya mudah sahaja ikut cara Che Nom!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara masak lemak cili api ayam yang mudah & sedap

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • 15-25 biji cili padi
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar santan
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
  3. Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
  4. Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
  5. Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.

 Tips masak lemak ayam cili api

  • Kalau nak lebih sedap gunalah santan segar, tapi jika nak gunakan santan kotak pun boleh cuma kena pandai agak banyak mana air yang nak ditambah ke dalam kuah.
  • Dengan menggunakan santan segar, masukkan santan segar cair dan kacau dengan api perlahan. Bila dah mendidih, baru masukkan santan pekat untuk kepekatan kuah dan warna yang cantik.
  • Biarkan ayam dimasak sehingga air ayam keluar dan isi ayam kecut. Inilah rahsia keenakan sajian istimewa masak lemak ayam Negeri Sembilan.
  • Selepas masukkan santan, kacau kuah dengan konsisten dan masak dengan api yang perlahan elak masakan terpecah minyak disebabkan santan meruap. 

Perbezaan masak lemak dengan salai

Masak lemak cili api ayam versi Negeri Sembilan sebenarnya paling mudah dibuat. Letak kesemua bahan yang diperlukan ke dalam periuk. Bila permukaan masakan dah sekata tandanya masakan sudah siap untuk dihidang.

Kalau buat masak lemak ayam kena masukkan ayam terlebih dahulu semasa menumis. Tetapi lain pula cara masak lemak cili api menggunakan bahan salai seperti daging, ayam, itik atau ikan keli. 

Kebiasaannya, lauk yang siap disalai dimasukkan ke dalam periuk di akhir sekali. Disebabkan daging salai yang sudah empuk dan lembut. Jika dimasukkan terlalu awal, nanti daging hancur dan tak sedap dimakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling istimewa, masakan salai yang dimasak menggunakan haba bara api lebih beraroma dan rasanya padu dari masak lemak cili api ayam biasa.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!

Baca juga : Resepi Laksa Johor Dengan Rasa Yang Mewah & Paling PADU Ikut Cara Che Nom

Baca juga : Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi