Petua penyimpanan makanan

Dapatkan beberapa petua penyimpanan makanan mentah agar lebih tahan lama dan segar dalam artikel kali ini.
Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Kali ini kami bawakan beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan.
BERKAIT: Pemakanan untuk anak-anak yang sedang membesar
Petua simpan makanan #1 Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.
Petua simpan makanan #2 Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.
Petua simpan makanan #3 Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.
Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.
Petua simpan makanan #4 Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.
Petua simpan makanan #5 Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.
Petua simpan makanan #6 Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.
Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.
Petua simpan makanan #7 Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.
Petua simpan makanan #8 Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.
Petua simpan makanan #9 Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.
Petua simpan makanan #10 Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.
Sebenarnya, banyak lagi petua lain untuk menyimpan makanan agar tahan lama. Jika anda juga punyai petua, kongsikannya di ruangan komen di bawah 🙂
BERKAIT: Healthy food tips to live by
Rujukan:
1001 Petua, Selenggaraan Siti Aisyah Hussain, 2004, Alaf 21 Sdn. Bhd.: Shah Alam.
Cara Simpan Makanan Bayi Agar Sentiasa Tahan Lama, Kuranglah Sedikit Masa Ibu Untuk Ke Dapur
7 Posisi Seks Yang Akan Buat Suami Tahan Lebih Lama Di Ranjang
Asyik 'Mahu' Saja Bila Hamil Ni, Selamatkah Kerap Lakukan Seks Ketika Hamil?
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!