Cara Buat Ayam Masak Ros Style Kenduri, Ini Resepi Lengkap Dari Tukang Masak Sendiri!

Resepi ayam masak ros ini sangat istimewa kerana menggunakan susu, daun pandan dan pelbagai jenis rempah ratus sebagai penyedap rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayam masak ros antara hidangan wajib yang selalu ditunggu-tunggu oleh para tetamu yang hadir ke majlis kenduri kahwin. Mana tidaknya, rasa aromanya yang menusuk hidung serta cukup rasa pedas-pedas masam manis memang ‘kena’ makan dengan nasi putih atau nasi minyak.

Tapi sekarang dah tak perlu mengidam lagi kerana resepi ayam masak ros yang dikongsikan oleh Mariana Abd Majid, sangat menepati resepi asal kerana diturunkan oleh tukang masak kenduri itu sendiri. 

Rugi kalau tak cuba sebab dah tentulah hasilnya sedap dan puas hati! 

Resepi Ayam Masak Ros

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • 4 sekawan
  • 2 batang serai  (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)*
  • Carrot (sebatang )*
  • Tomato(sebiji)*
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 @ 6 ulas bawang putih
  • Halia (dihiris )*
  • Serbuk kas kas
  • Serbuk badam(badam biji dikisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 camca susu pekat
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Perasa

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Basuh bersih ayam. Gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam yang telah digoreng.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. Dalam kuali, tumis bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan pula bahan kisar iaitu bawang besar bawang putih dan halia. Tumis sekejap.
  5. Selepas itu, masukkan pula bahan kisar cili kering, carrot, tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan pula serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas. Satukan semua bahan ini dan jadikan pes.
  7. Masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  8. Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.
  9. Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak. Tutup api. Tabur daun bawang dan daun sup sebagai hiasan. Siap!

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Resepi Ayam Masak Berlada Yang Mudah, Simple Tapi Paling Sedap, Sehingga Menjilat Jari!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!

Penulis

Noorhidayah