Para Suami, Jangan Sebut 9 Ayat Ini Pada Si Isteri, Kalau Tak... Tidur Luar Jawabnya!

Untuk jaga keharmonian rumah tangga, suami kena bijak kendali emosi isteri. Biasalah wanita... Jadi, jangan lagi sebut 9 ayat ini kalau tak mahu isteri membebel dan naik angin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari ini kami ingin berkongsi 9 ayat suami jangan sebut kerana ia akan melukakan hati isteri! Bukan apa, perkahwinan ini kan dibina atas ikrar kalian untuk saling menyokong satu sama lain untuk membina istana bahagia.

Bagaimana nak bina mahligai yang indah kalau kalian tak reti nak jaga hati masing-masing?

Lagipun, saintis sendiri telah membuktikan perkahwinan yang bahagia terletak di tangan suami, tau! Jadi, bila jadi suami ini… anda adalah tonggak perkahwinan. Bila sudah lama berkahwin, ramai pasangan (terutamanya lelaki) mula merungut bosan dengan pasangan masing-masing. 

Iyelah, asyik kena berleter dan isteri tak boleh bawa bertenang. Sebenarnya ada sebab kenapa isteri anda tak boleh bawa bertenang. Dan salah satu sebabnya kerana 9 ayat yang anda selalu sebut ini! 

Kalau nak mengatasi masalah tersebut, suami kenalah bijak mengatur ayat bila bercakap dengan isteri ya…

9 Ayat Suami Jangan Sebut Pada Isterinya

Kredit: Crosswalk.com

1. “Cuba bawa bertenang. Rilek!”

Ini ayat pertama yang para suami suka sangat sebut bila isteri mula membebel atau tak boleh bawa bertenang. Dan ini adalah ayat yang paling salah!

Apabila isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka bertenang tak akan membantu. Ia buat mereka rasa lebih tertekan dan anda taknak mendengar apa kata-kata mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa patut anda sebut: Sebaiknya anda tanya dia apa yang merungsingkan itu dan selesaikan masalah bersama-sama.

2. “Period ke? Patutlah!”

Kredit: iStock

Helo, isteri bukan asyik nak marah atau membebel ketika datang bulan saja tau! Ha ini yang buat isteri mula mengamuk bila suami sebut ayat ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin anda menyakitkan hati mereka, anda annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah.

Jadi, berhenti sebut ayat ini dan berhenti ingat anda tak melakukan sebarang kesalahan yang boleh buat isteri mengamuk.

3. “Apa masalah awak ini?”

Ayat yang cukup tajam untuk si isteri. Tunggulah bebelan sepanjang siri Harry Potter pula akan keluar pula, ya!

Menyoal apa masalah isteri akan menyebabkan mereka anggap mereka “satu masalah” yang tak boleh dikawal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayat ini tak cukup empati dan rasa belas kasihan pada isteri. 

Apa patut anda sebut: Cuba soal dengan lembut dan tertib tentang isu yang dihadapi mereka. Tanya bagaimana anda boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

4. “Awak nak pakai baju itu ke?”

Bila anda sebut ayat ini, automatik isteri akan ingat baju yang dia pilih nak pakai itu buruk dan buat mereka nampak gemuk. 

Lepas itu mulalah dia fikir bukan-bukan. Anda tak mahu kena tanya soalan panjang, jangan sebut ayat macam ini lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa patut anda sebut: Cuba cadangkan baju yang buat dia makin cantik – bonus cakap baju itu buat dia nampak kurus (tapi jangan cakap dia gemuk!!!)

5. “Apa awak buat satu hari ini?”

Intonasi ketika anda sebut ayat ini kena betul. Kalau tak… 

Ayat ini akan mencetuskan marah kerana isteri akan anggap anda ignorance dan ingat dia bersenang-lenang satu hari ini. 

Memanglah mungkin kerja si isteri lebih ringan daripada lelaki, tapi itu tak bermaksud mereka tak penat. Kalau isteri kerja sepenuh masa, dia kena kemas rumah juga tau!

Siapa lagi nak jaga anak-anak, memasak, basuh baju, kemas rumah…. (ha jangan sampai keluar list panjang pula!)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa patut anda sebut: Tanya dalam cara yang sopan seperti “Bagaimana hari awak hari ini sayang?”

Tutur kata yang sopan menunjukkan suami sayang dan mahu mengambil tahu tentang perkembangan hari si isteri.

Taklah isteri sentap anda ingat dia tak buat apa-apa langsung satu hari itu!

6. ” Dulu ex abang pandai masak ini.”

Ex dan kisah dulu-dulu jangan pernah diungkit semula kalau tak mahu pinggan terbang, ya!

Apa patut anda sebut: Pujilah masakan isteri itu, dia sudah berusaha tau!

7. “Awak dengan mak awak itu sama saja.”

Kalau ini pujian, bagus. Kalau ini satu bentuk hinaan, alamak habislah! 

8. “Rimaslah! Awak asyik membebel saja!”

Lagi anda kata anda rimas, lagi isteri akan membebel. Kan saya sudah cakap, ada sebab kenapa isteri membebel. 

Ia mungkin ada permintaannya tak ditunaikan, atau anda tak meringankan beban dia langsung!

Cuba ambil alternatif bijak dengan mencari punca kenapa isteri membebel dan selesaikannya.

9. “Tengok perempuan itu, lawa!

Isteri mana yang tak cemburu kalau suami puji wanita lain. Suami pun janganlah gatal nak puji wanita lain depan isteri kalau tak mahu isteri tarik muka dan merajuk pula. 

Tapi, biasalah lelaki kan… mata kena cuci juga. Cuba kurangkan kalau tak mahu bergaduh!

Tip: Kalau kantoi isteri anda nampak anda tengok perempuan lain, cakap “Abang bersyukur isteri abang tak macam dia itu. Seksi sangat!”

Ehem, rahsia kita okay?

Apa yang penting, sama-samalah kita suami isteri menjaga tutur kata masing-masing. Ia demi perkahwinan bahagia hingga ke anak cucu kita juga. Bukan untuk orang lain. 

Jadi para suami, sila hadam dan hafal 9 ayat suami jangan sebut ini ya!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Siapa Kata Suami Tak Kuat Membebel? Ini Antara 7 Benda Suami Selalu “Bagi” Komen

Baca juga: Suami Pemarah & Kaki Baran, Isteri Pun Sama Naik! Macam Mana Nak Hadap Ni?

Baca juga: Suami Isteri Sering Bergaduh, Malah Ini Punca Sebenar Keretakan Rumah Tangga Tanpa Sedari

Penulis

Ayu Idris