Seorang ibu bernama Ayumi Omari dari Jepun telah mencipta 10 foto menarik untuk baby kembar semasa tidur. Dia telah merakamkan gambar baby kembar tersebut semenjak anaknya itu masihbayi.
Menurutnya, banyak perancangan yang dilakukan bagi mendapatkan hasil gambar yang comel dan kreatif.
Sebelum melakukannya, Ayumi perlu memikirkan konsep yang ingin diketengahkan. Dia melihat dari sudut kreativiti, kraf dan latar belakang supaya keseluruhan gambarnya nampak cantik.
Kemudian dia akan mencari alat dan prop yang sesuai bagi ‘membawa’ konsep tersebut. Antara bahan yang digunakan seperti alat permainan, warna baju, tuala, bunga kertas, kotak, perca kain dan banyak lagi.
Bila Ayumi terlihat barang tersebut, automatik akan timbul idea kreatif untuk menjayakannya.
Namun, Ayumi berkata apabila sedang memasang setiap props tersebut, ada kalanya anak-anak terkejut lantas terjaga dari tidur. Jadi semua rancangannya akan rosak dan sia-sia.
Apa yang buat kita teruja, Ayumi tidak menggunakan kamera digital yang canggih, cukup sekadar kamera telefon mudah alih saja. Kemudian dia akan berdiri di atas kerusi panjang untuk mengambil gambar anak kembarnya yang sedang terbaring tidur.
Jom kita lihat hasil kerja Ayumi Omori yang sangat kreatif ini. Bahkan anda dapat saksikan baby kembar, Ichika dan Taichi seolah-olah sedang berlakon walhal mereka sedang lena diulit mimpi.
10 foto kreatif baby kembar semasa tidur
Nyenyak sungguh baby kembar ini tidur, hingga tak sedar ibu mereka menghias kreatif aksi tidur mereka.
Kelihatan baby kembar ini sedang berdiri atas kerusi. Baby kembar perempuan sedang bantu kembarnya mengambil buku di rak atas. Comel saja dengan aksi dan props yang digunakan.
Alahai…comelnye foto ini. Lihat saja kreativiti Ayumi.
Dia hanya menggunakan bunga kertas yang digumpal kecil menjadi tali dan bongkah permainan yang disusun ikut turutan tangga. Teruja tengok!
Baby kembar ini jadi jam pun tetap maintain comel!
Huishh…props ini macam susah, agak-agak kalau terkena sedikit kulit baby kembar berdua ini mesti terjaga.
Macam mana agaknya strategi Ayumi ini buat supaya si manjanya tak terjaga? Hurmmm… (berfikir)
Gambar ini macam nak pergi makan angin di tepi pantai.. Ala…ala…nak tidur dulu ibu…hehe…
Tidur pun sempat lagi nak bergusti…
Eh….eh… cepat sikit abang repair kereta ini, penatlah saya tunggu
AWAS! Tempat ini dilarang masuk.
Alahai…nak tidur pun tetap nak dengar muzik. Jom layan satu dua lagu dulu. Barulah tidur pun lenaaa…
Apa pendapat anda bila tengok foto mereka? ada tak gambar baby anda yang kreatif seperti di atas. Jika ada, jangan lupa kongsikan bersama kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: the Asianparent Malaysia, Ayumi Omari
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-comel-gambar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!